Cinta Sejati Quèen//11:

774 50 0
                                    

Arianna's pov:

Udara di taman sedikit menyegarkan kerana tempat ini sedikit lembab dan berhawa. Mungkin baru lepas hujan namun ramai orang yang datang ke sini. Ada yang berjogging, bersiar-siar bersama keluarga dan macam-macam lagi.

" Eh Arianna. " Tangan memberi reaksi pantas apabila ada yang menepuk bahuku. Tangan asing itu dipusingkan ke belakang badannya dan lutut ditendang kuat menyebabkan lelaki itu terus rebah ke tanah.

" Aduh... " Lelaki itu mengerang kesakitan. Mata aku mengambil masa yang agak lama untuk mengenal pasti wajah lelaki itu kerana tahap kerabunan aku yang agak teruk. Lupa nak pakai contact lens tadi, kan dah tak nampak?

" harith? Sorry. " tangannya pantas dilepaskan. Orang yang berkerumun tadi mula beransur pergi, ada yang mengambil gambar. Nak viral lah tu, macam tak ada kerja je orang malaysia sekarang ni.

" Bapak ganas awak ni. " Rungutnya sambil memusing-musingkan tangan kiri yang dipulas tadi. Terseliuh mungkin. " Dah biasa. Sorry " aku minta maaf sekali lagi.

" Takpe lah, atleast saya tahu awak boleh jaga diri. Tak payah susah-susah saya nak protect awak. " wink dan sengihan nakal diberikan bersama ayat yang boleh membuatkan aku rasa mual.

Sweet talker.

" tak kesah. " balasku dingin dan kaki memulakan larian anak mengelilingi tasik yang menghijau dek pantulan pokok-pokok rendang disekelilingnya. Tempat yang semula jadi terbentuk ini memang cantik. " tunggu saya. "

Harith mengejar dari belakang walaupun aku tidak mengendahkan kata-katanya untuk menunggu lelaki itu. Buat apa nak tunggu? Aku tak janji pun nak jogging dengan dia. Sibuk je nak muncul kat sini time ada aku.

Stalker ke?

" Awak selalu datang sini ke? " Soalnya cuba memecahkan kesunyian diantara kami berdua. Hampir setengah taman ini dipusing baru lah ada suara Harith keluar. " Dulu lah. " balas aku acuh tak acuh.

Nafas mula tercungap-cungap kerana lama tidak berjogging. Baru 600 meter dah pancut. " Dengan siapa? " Soalan Harith kali ini sedikit menyentakkan aku.

" Aryanz. " wajah tampan itu bertandang lagi difikiran dan perasaan rindu melanda diri. Dah lama aku tak lawat Aryanz, nanti nak bawa mama pergi lah.

" boyfriend? " Aku mengangguk. " He's my everything, my love, my boyfriend, my brother, my enemy and my angel guardian. " balasku dengan senyuman tipis. Hati aku akan dipagut sayu setiap kali teringat tentang Aryanz.

I miss him damn much!

" So arianna tak available lah ni? Kecewanya saya. " Tangannya diletakkan pada dada dan wajahnya membuat raut sakit yang teramat. Harith patut masuk dunia lakonan, memang berbakat.

" Tak lah. "

" Hah? Maksud Arianna? " rambut ikalnya digaru perlahan dengan mulut sedikit ternganga. Harith bingung, dia tak faham. " nothing. Can we stop talking about this? " Dia cuma mengangguk setuju.

Syukur lah dia tak nak memaksa, kalau tak dah lama aku tembak buang dalam tasik. Ada juga masuk news nanti dengan tajuk:

anak syed menghembus nafas terakhir di tasik.

" Nak ice-cream? " Aku memandang mata koko Harith dan mengangguk perlahan. Siapa tak suka ice-cream kan? Sila jadi warga afrika kalau tak. Ice-cream is bae. " alright, duduk kat sini dulu eh? "

Aku duduk dibangku berdekatan sambil memerhati Harith yang berlari anak ke arah stall yang menjual Ice-cream. Kelihatan beberapa budak berbaris menanti giliran untuk membeli ice-cream.

Iphone dikeluarkan dan beberapa mesej baharu masuk. Tiga daripada celcom dan satu lagi daripada unknown number.

Jangan rapat dengan Ethan!
Dia aku punya!

Dengar cakap aku kalau kau tak nak terima akibat buruk!

S

iapa yang childish sangat send mesej macam ini? Fanatik gila kat Ethan ke minah ni? Nombor dicheck namun hampa, nombornya telah diset kepada private number. Macam lah aku takut dengan ancaman macam tu.

Bodoh la.

Sedar tak sedar Harith dah berada dihadapan aku. " Awak, nah. " Ice-cream perisa coklat didalam kon dihulurkan. Harith mengeluarkan iphone nya sebaik sahaja aku menyambut hulurannya.

" Lets take a photo. " Seorang budak lelaki yang memegang deck membantu Harith untuk mengambil gambar. Aku cuma menurut tanpa membantah, just a picture right?

Wont hurt anyone.

Isn't?

Thanks for reading!
Vote or comment for the next update!

Cinta Sejati Queen #Wattys17Where stories live. Discover now