Cinta Sejati Quèen//19:

709 53 4
                                    

2 tahun kemudian...

angin sejuk bumi England menyapa kulit aku yang sudah pucat dek terlalu sejuk. Cuaca pada musim sejuk yang mencecah 7°C buat aku seperti hidup dalam peti sejuk.

Walaupun dah dua tahun aku menyambung pelajaran ke sini selepas keputusan SPM keluar. Aku masih lagi tidak boleh menyesuaikan diri dengan cuaca empat musim.

Dua tahun tanpa dia.

Tipu la kalau aku tak rindu dia. Rindu usikan dan sakatan dia namun pada masa yang sama selalu melindungi aku. Rindu Ethan sebab aku dah tak boleh nampak orang yang hampir serupa dengan along walaupun dari segi fizikal berbeza.

" Yo Qey! " Terasa seperti bahu aku ditampar perlahan dari belakang. Tahu sangat aku siapa.

" Sakai arh edward cullen! "

" excuse me? What do you mean by what... Sa.. Sakeii? And please, Im edward harris. " Menggelikan hati pula aku bila dengar loghatnya menyebut perkataan bahasa melayu. Bibir merahnya tercebik sedikit. Edward memang tak suka diusik dengan watak vampire dari wayang twilight.

Tak tipu tau, tapi muka dia memang serupa 90% dengan Edward Cullen which of aku pun tersilap pandang bila first time aku terjumpa dia dua tahun lalu. Boleh pula aku bawa bergambar dan minta autograf waktu tu.

Start dari situ lah aku mula rasa selesa dan berkawan dengan dia. Mat salleh ni boleh tahan banyak peminat. Aku pun rimas sebab tak pasal-pasal kena benci sebab rapat dengan dia. Well orang handsome kan?

Tapi nak buat macam mana? Dia je lah kawan aku.

" Ehem! " Hampir aku lupa dengan seseorang. Kyra Aryna. Kawan aku kat sini selain Edward and Im so lucky that she's from Malaysia too. So tak ada lah aku forever alone sangat kat England ni sampai habis pengajian.

" kyraaa! " Tubuhnya dipeluk sekuat hati. Aku akui memang perangai aku dah jauh berbeza bila sampai kat sini. Contohnya sekarang aku dah pandai berkawan, tak macam dulu. Bila sebut pasal kawan serta merta aku teringat dengan seseorang.

Ethan raphael.

" weyh! Jangan sakai boleh tak? " Kyra sedaya upaya melepaskan pelukan erat aku. Edward hanya mampu menggelengkan kepala melihat karenah kami yang seperti budak-budak tadika walhal dah besar panjang. Nak jadi mak orang pun dah lulus.

" Sejuk lah. Pinjam lah haba sikit. " secebis simpati dirayu daripada Kyra.

" Peluk Edward yang tinggi macam gunung everest tu kalau sejuk sangat."

" Hey, are you talking about me? " Sampuk Edward dengan wajah 99.99% blur. Aku lupa nak bagitahu yang mat salleh ni tak faham melayu even kami dah lama berkawan. Sebab tu lah aku dan kyra boleh kutuk dia sesedap rasa.

Aku memandang kyra sekilas sebelum kami berdua sama-sama menghamburkan gelak tawa. Itu lah! Orang suruh ambil kelas bahasa melayu tak nak.

" Oh ya Qey, ada surat lagi untuk kau. " Ujar Kyra setelah dia habis ketawa. Sepucuk surat berwarna biru laut dikeluarkan daripada beg sandangnya.

" thanks. " Tak perlu tanya dari siapa sebab aku dah tahu. Rayhel yang misteri I thought. Kami berbalas-balas surat selama dua tahun ni tapi aku tetap tak ada minat nak tahu siapa dia.

Aku cuma membalas suratnya kerana aku rasa selesa dengan dia. Rasa macam dah kenal lama walhal tak pernah pun bersua mata dan duduk semeja.

Hai pretty! Apa khabar? Jaga kesihatan eh. Sejuk sangat cuaca kat England sekarang ni. Actually aku ada kat England sekarang. Kau nak jumpa aku tak?

Love,
Rayhel.

Aku melipat surat tadi dan memasukkannya kedalam beg tangan.

Jumpa?

Nak ke tak nak?

Thanks for reading!
Vote or comment for the next update❤
Tbc :)

Cinta Sejati Queen #Wattys17Where stories live. Discover now