Arianna's pov:
" Hi Queen. "
- Rayhel.Surat berwarna biru keungguan di pandang kosong. Rayhel? Homo sapiens mana dah tak nak hidup kat biosfera ni? Nak aku hantar pergi matahari? Sakai lebih nak bersurat-surat dengan aku.
Kuno.
Kertas bertulisan cantik itu dironyok dan dihumban ke dalam tong sampah. Aku menguap bosan dan membuang pandangan ke luar tingkap. Kelihatan semua rakan sekelas aku sedang mengikuti kelas kesihatan.
Aku?
Tak payah ikut pun tak apa. Memang dah sihat wal-afiat.
" Hai. " Suara asing menyapa telinga. Mata mencari punca suara dan wajah Harith sedang tersenyum manis menyapa pemandangan." Buat apa kat sini? Tak ikut kelas PK ? " soalnya.
" Tak. Kau? "
" Kelas memanah sekarang tapi saya tak suka archery so better cabut. " Terangnya. Boleh-boleh dia tak suka archery?
" ouh. "
" saya pergi dulu. Tak baik rasanya kalau orang nampak kita berduaan. Bye sweetie. " wink comel dihadiahkan olehnya dan Harith hilang disebalik pintu.
🌌
Pembacaan novel yang baru sahaja aku beli di kedai buku terhenti sebaik sahaja telinga menangkap bunyi bola keranjang di dribble.
I
sy takkan lah...
Tiba-tiba sahaja aku rasa seram sejuk. Bunga kertas mama yang merimbun di tepi kolam bergoyang perlahan. Siapa tu?
Kaki aku gagahkan untuk melihat di sebalik pokok bunga tersebut. Tiga tapak sahaja lagi dan satu lembaga hitam muncul secara mengejut.
" Bahhhh! "
Jantung aku berdegup kencang dan secara spontan aku berundur beberapa langkah ke belakang dan jatuh ke dalam kolam. Wajah Ethan yang blur menyapa pandangan buat seketika.
Oh no. This is worst.
Aku tak reti berenang! Amaran 'lemas' dihantar ke otak dalam bentuk impuls dan 'shut down' diberikan sebagai tindak balas.
Air kolam mula memasuki rongga-rongga terbuka. Badan aku terasa lemas dan pernafasan tidak teratur. Pandangan juga mula berbalam.
Ethan, tolong aku...
°°°
" Babe, wake up please. " Tangan kanan aku seperti digenggam erat oleh tangan yang asing. Its such a warm hand...
Mata terpejam rapat apabila aku cuba membuka mata.cahaya terlalu terang yang terbias memedihkan anak mata. aku pejamkan mata seketika sebelum cuba membuka sekali lagi.
Kali ni pandangan lebih jelas. Wajah Ethan yang membuahkan riak kerisauan pertama sekali menjamah pandangan aku. Mata aku meliar sekeliling. Er, dalam bilik aku ke?
Tak? Bilik? Aku? Ethan?
" woi kau buat pa ni?! " Aku terjerit kuat sambil menolak Ethan sehingga dia jatuh daripada kerusi yang didudukinya tadi.
" Adoi, kau kenapa? "
" kau tu yang kenapa?! Cuba ambil kesempatan kat aku kan? " Selimut di paha aku tarik sehingga menutupi separuh muka. Bau Ethan menusuk hidung aku.
" aku ambil kesempatan? Eh kau... "
" Er... Cik Arianna ok? " Belum sempat Ethan memanghabiskan ayatnya masuk seorang wanita berkaca mata dengan kot putih masuk ke dalam bilik. Berkerut dahi licinnya apabila melihat Ethan yang terduduk di atas lantai.
" Ok sangat, bertenaga gila sampai nak patah pinggang aku dia kerjakan. " Pantas Ethan bangun dan keluar daripada bilik. Pintu bilik dihempas kuat.
Marah ke?
" Ah dr... " Aku tak tahu apa nak cakap sebab tak kenal dia. Wanita tadi tersenyum dan mengangguk sedikit.
" Saya Dr.Kalisha, Doktor keluarga Tengku Ismael yang sebenarnya uncle saya. Hee " Dia membuat simbol 'peace' dihujung ayatnya.
Alamak! Cousin Ethan lah ni kan? Ya Allah malunya aku. Ahhh! Aku tak nak fikir apa yang dah terjadi sebelum ni. Semuanya menjatuhkan maruah aku!
" Cik arianna... " aku memotong ayat Dr.Kalisha untuk membetulkan sesuatu.
" Arianna saja, tak selesa hehe. " Dr.Kalisha cuma mengangguk sambil tersenyum.
" ok, Arianna ingat apa yang jadi? " aku memang ingat! Semua ni salah Ethan! Aku mengangguk perlahan. Api-api panas mula menghangatkan hati. Tak guna punya Ethan, sebab dia lah aku jatuh kolam.
" Arianna ada rasa apa-apa? Sakit ke kat mana-mana? " soalnya lagi dengan senyuman. Memang seorang doktor yang berkarisma. Aku sekadar membalas dengan gelengan lemah.
" Boleh saya balik? " Aku bertanya pantas. " Kalau rasa dah okay. Tak payah lah nak check apa-apa lagi. " kata-kata Dr.Kalisha membuat aku sangat bahagia.
" thanks doc! " Laju sahaja kaki aku melangkah keluar daripada bilik setelah menyalami Dr.Kalisha. Ethan yang duduk di atas sofa di ruang tamu sambil bermain game aku biarkan seperti halimunan. Sempat lagi aku dengar perlian daripadanya.
" Orang tak reti nak cakap terima kasih memang macam tu! "
So?
Kesah?
Thanks for reading!
Vote or comment plz ❤🐾P/s: hi guys! Lama tak update. Sorry 😭 busy terlebih ni. Nak tidur pun takda masa 😂 *hastagTipu💩*
Apapun comment lah apa². Sis kesepian ni 😂 aiseh mohon muntah semua. 💛
Tbc❤
YOU ARE READING
Cinta Sejati Queen #Wattys17
Teen FictionCinta sejati? Wujudkah sesuatu seperti itu? Adakah insan yang setia menanti hingga bertahun-tahun untuk sesuatu yang tidak pasti? Yakin perasaan 'cinta' itu tidak pudar? Yakin hati tidak goyah setelah mengenali orang lain yang lebih baik? Yakin dia...