Cinta Sejati Quèen//06:

837 60 0
                                    

Arianna's pov:

" Arianna! " Wajah Ethan menyapa pandangan mataku sebaik sahaja keluar daripada perkarangan rumah. Aku sekadar merenung tajam ke arah dia. Peristiwa kelmarin masih berbekas didalam hati.

" Sorry lah. " Dia menyayingi langkahku dan mengucapkan perkataan sorry beberapa kali. Langkah aku hentikan setelah dua minit berlalu dipenuhi sesi minta maaf daripada Ethan Raphael.

" Yela. Dah pergi main jauh-jauh. " usirku.

" betul ni? Thanks ari, " Senyuman lebar memenuhi wajahnya. Lembut pula hati aku nak maafkan mamat ni. Eh entah lah.

" Dah blah. "

" Alaa, jalan sama-sama lah pergi sekolah. " Matanya dikerdipkan beberapa kali seperti kanak-kanak memujuk untuk dibelikan gula-gula.

" Tak nak. "

" Pelik la kau ni. Orang lain berbaris tau nak jalan dengan aku yang superb hot ni. " Ethan memuji diri sendiri sambil membetulkan sedikit rambutnya yang kemas. Dia berlagak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.

" orang lain tu bukan aku. " Balas aku dingin sambil melangkah pergi meninggalkan Ethan yang masih sibuk dengan rambutnya.

" queen wait! " sekejap sahaja langkahku dikejar oleh kakinya yang panjang bagaikan galah. Aku cuma membiarkan tanpa sebarang kata-kata, malas nak bertekak.

Bukan boleh kaya pun.

" dah breakfast? " soalannya cuma dibalas dengan gelengan. Aku memang tak suka makan breakfast kat rumah. Lebih selesa beli makanan kat cafeteria sekolah.

" makan. " Seplastik sandwich diletakkan diatas kepala aku membuat langkah aku terhenti serta merta dan tangan pantas menangkap sandwich yang hampir jatuh itu.

" Wha... " Belum sempat aku nak bercakap dah mamat sengal tu potong. " Makan tau. Aku jalan dulu. Bye queen. Take care. " Dia tersenyum tipis dan terus berlari laju meninggalkan aku. Bayangan Ethan hilang apabila dia membelok ke lorong yang menuju ke arah sekolah.

Aku terkedu seketika namun tetap menyambung perjalanan ke sekolah. Aku lebih suka berjalan kaki kerana jarak sekolah dari rumah cuma mengambil masa lima belas minit. Malas aku nak menambah pencemaran udara.

Lagi sihat kalau jalan kaki kan?

Beberapa minit kemudian aku tiba dihadapan pintu pagar sekolah dan pandangan pagi yang indah aku sekali lagi tercemar dengan kemesraan Ethan dan seorang gadis yang cukup aku kenali.

Fariza nadzie.

" Ee best ke dating kat depan pagar sekolah ni? Takde classnya. " Sindir aku sambil sengaja melanggar kedua-duanya. Wajah Fariza sudah mencuka manakala Ethan blur.

" weyh betina! " Fariza dah bercekak pingang sambil menjerit nyaring. " Eh apa dia perempuan murahan? " Balas aku sambil tersenyum sinis.

' Diorang ni ada apa-apa ke? ' Bisik hati kecil Ethan.

" Kauu... " Fariza menundingkan jari telunjuk kearah aku.

" Aku apa? Cantik? Aku tahu. Thanks terharu aku kau puji. " saja nak tambah panas, jongket lah sikit kening yang lawa tu.

" gila! Ethan jom. " Dia memeluk tangan kanan Ethan dan menarik lelaki tersebut masuk ke dalam kawasan sekolah.

" Dont touch me! " Tangan Fariza ditepis kasar oleh Ethan hingga gadis tu ternganga sendirian disitu. Tak sangka ada lelaki menolak sentuhannya.

" Eth..Et.. Ethan! " Fariza mengejar langkah Ethan yang dah jauh dihadapan. Tak malu sungguh, nama je perempuan tapi sanggup rendahkan maruah kejar lelaki!

Hati aku bersorak kemenangan. Seronok dapat serampang dua mata. Sakitkan hati Fariza seterusnya kenakan lelaki tersebut. Watch out with who you mess with kids.

" Gila ke senyum sorang-sorang? Nak aku call Hospital Bahagia? " Fieyzam muncul tiba-tiba dan menghadiahkan lukuan free pada kepalaku.

" sakit lah sakai. " Dadanya aku tumbuk sedikit kuat sebagai balasan lukuan tersebut. You get what you give right?

" auch. Kasar lah kau ni. " Fieyzam mengusutkan rambut aku dan satu lagi tumbukan mengenai dagunya. " Jangan cari pasal dengan aku. " pandangan membunuh diberikan kepadanya.

" Okay. Okay. " kedua tangannya diangkat bagaikan penjenayah yang telah surrender kepada pihak polis. Kami tetap bertenggek di pintu pagar menanti pelajar yang lambat datang.

Dah tugas kami harini.

Haih, Malas aku nak jadi pengawas ni sebenarnya tapi dah pak long merangkap papa Fieyzam iatu Tuan Arnadi merayu kat aku. Nak buat macam mana kan?

" Arianna... " terbantut niat aku hendak mengunyah sandwich yang diberikan oleh Ethan tadi dek suara asing memanggil nama aku.

Siapa pula ni?

Thanks for reading!
Please vote ★ and comment❤

Cinta Sejati Queen #Wattys17Where stories live. Discover now