Ethan's pov:
Semakin aku kenal Arianna, semakin kuat rasa aku nak lindungi dia. Orang lain tak akan faham perasaan dia. The only thing they know are judging.
Manusia takkan pernah berhenti mencari ketidaksempurnaan orang lain.
" Ethan. We need to talk! " Arianna yang muncul tiba-tiba dengan nada suara yang tegas membuat jantung aku hendak tercabut keluar.
" What? " Jawab aku dengan air muka yang dikawal agar kelihatan selamba habis. Nasib baik aku tak ada sakit jantung, kalau tak dah lama goal!
Nauzubillah.
"Err.. nothing lah. " Arianna terus mengangkat kaki. Kenapa dengan dia ni? Neuron dia dah tak berfungsi dengan betul ke apa?
Loceng pun dah berbunyi, lebih baik aku masuk kelas. Dah lah madam yoon punya kelas, fizik yang best pun jadi bosan sebab orang tua tu.
Gatal semacam.
" Weryh Riz, kau ada dengar tak yang kononnya Queen buat masalah macam dulu lagi? " Sherly cuba mengumpan Fariza untuk bergosip dengannya. Telinga aku mula terpasang apabila nama Arianna disebut.
" Oh, yeke. " Fariza membuat muka bosan. Nampak sangat tak berminat. Aku boleh nampak Fariza dan Arianna saling bermusuhan. Kenapa ya?
" Dia belasah Faiq kau tau? " Sherly masih menyambung gosip nya walaupun Fariza menunjukkan reaksi bosan.
" What? That handsome faiq wadry? Atlet taekwondo tu? Oh minah tu dah melampau! " Wajah Fariza tetiba jadi kemerahan. Telapak tangannya di hentak ke atas meja agak kuat. Nasib baik tak ada cikgu, kalau tak dah lama berdiri kat luar.
Boleh tahan gatal juga Fariza ni, semua lelaki dia nak.
Murah.
Tsk.
" Padan muka Faiq, siapa suruh kutuk Arianna. Then kebetulan minah tu dengar. On the spot arh kena belasah. " Itu lah padahnya, lain kali jangan cakap belakang sebab tu mulut kita diciptakan di hadapan.
#MohonSentap.
" Faiq kutuk apa? " Fariza kelihatan teruja out of sudden. Takut aku tengok reaksi psiko perempuan tu yang tiba-tiba keluar. Dia lupa makan ubat ke apa ni?
" Faiq kau ada latihan taekwondo tak petang ni? " Mahfuz yang sibuk memeriksa nama pelajar yang dicatit minggu ni.
" Ada kot napa? " Faiq buat muka bosan. Dia memang tak berapa nak ngam dengan si Mahfuz ni sebab mamat tu lagi bagus dari dia. Dia je yang hidung penyek tapi nak ditinggikan.
" Er... Arianna ikut tak? " Mahfuz tahu Arianna pernah mengikuti pertandingan sama-sama dengan Faiq tapi Arianna terpaksa pergi eropah out of sudden sebab nenek sebelah mama meninggal dunia.
Kalau tak mesti Arianna boleh dapat emas. Setakat si Faiq? Sekelip mata dia boleh tumpaskan. Apalagi yang minah-minah tu? Kecik punya hal lah.
" Minah tu? Ceh, takde maknenya dia nak ikut. Berlagak je lebih. Mentang-mentang sekolah ni bapak dia punya, ikut suka hati je dia nak buat. Takda disiplin langsung. Kalau terer takpa jugak, ayam mati ada lah. Sekali aku tendang melayang sampai ke Paris. " ujar Faiq dengan bongkak.
Mahfuz time tu cuma menahan geram dengan ayat faiq yang angkuh macam nak mati. puih kalahkan arianna sekali pun tak pernah.
Siapa yang ayam mati sebenarnya? Berlagak lebih!
" Sapa yang sampai paris? " Arianna tiba-tiba muncul dibelakang. Faiq dah pucat lesi, mahfuz dah sembunyi senyum.
Alfatihah buat Faiq.
" Er... Er.. takde... " Faiq tergagap. Lah? Tadi bukan main tinggi lagi cakap. Sekarang baru nak takut?
" kau ingat aku bodoh ke? Aku dengar lah apa kau cakap. " Arianna memandang tajam kearah Faiq yang agak tinggi.
Faiq cuma mampu menelan air liur kesat. Mampus. " Kau kata apa tadi? Aku berlagak? Takda disiplin? Ayam mati? Sekali tendang sampai paris? Wow what a bullshit popped out of your mouth. "
" Tak.. ma..man..ada. " Arianna dah tersenyum sinis tengok Faiq yang sembang je kencang.
" kebodohan dan perasan hebat kau tu simpan sikit lain kali! Dan ini baru namanya berlagak! " dua saat, faiq dah terbaring kaku dilantai dengan hidung dan kepala berdarah sedikit.
kaki arianna yang tegak keatas diturunkan. Selamat melakukan 360° turning kick. Dia tersenyum puas. Paling dia tak suka manusia jenis tin kosong.
Bunyi je bising.
Mahfuz dah terkebil-kebil tengok faiq. Tak tahu nak buat apa." Jaga baik-baik eh homo sapiens tak guna ni. Hehe " Mahfuz dah naik heran dengan mood swing arianna.
Naik angin lepastu tersengih.
Pelik.
Fariza yang mendengar cuma ternganga. Tak percaya.
Aku pun sama.
Thanks for reading!
Vote or comment for the next update!
Tbc ❤
YOU ARE READING
Cinta Sejati Queen #Wattys17
أدب المراهقينCinta sejati? Wujudkah sesuatu seperti itu? Adakah insan yang setia menanti hingga bertahun-tahun untuk sesuatu yang tidak pasti? Yakin perasaan 'cinta' itu tidak pudar? Yakin hati tidak goyah setelah mengenali orang lain yang lebih baik? Yakin dia...