Cinta Sejati Quèen//10:

777 52 5
                                    

Arianna's pov:

" Kau marah ke? " hanya soalan itu keluar dari mulutnya sambil berjalan seiringan dengan aku sejak dari sekolah tadi. Kaki dilangkahkan lebih laju apabila bumbung rumah sudah kelihatan.

" Ari, sorry lah. " Ethan masih berusaha mengejarku dari belakang. Rambutnya yang agak panjang dan tebal kadang-kadang diselak ke belakang apabila jatuh ke dahi. Sebiji jerawat masak diatas kening kanannya sedikit menarik perhatian.

Bamm!

Pintu pagar kecil dihempas kuat apabila kaki selamat melangkah ke dalam perkarangan rumah. Nasib Ethan lah kalau pintu itu mengenai wajahnya.

Siapa suruh cari pasal dengan aku.

" Dah balik ann? " suara yang dah hampir 3 minggu aku tak dengar menyapa pendengaran. Wajah mama yang tersenyum tipis sambil duduk menghadap komputer riba dan beberapa fail kerja aku pandang dingin.

Tak boleh ke tinggal kerja tu walau sekejap je? Tak cukup lagi ke harta nak dikumpul. Ah, manusia mana pernah puas dengan apa yang dimiliki. Tanpa membalas kata-kata mahupun menyalami wanita yang bergelar mama, aku beredar naik ke bilik.

Ingatkan dah tak ingat jalan balik rumah ni.

Pintu ditutup dan dikunci, beg sekolah dibaling ke atas sofa. Blazer digantungkan dan tangan mencapai tuala yang berlipat di atas katil. Nak mandi, panas!

Usai mandi dan berpakaian rumah. Rambut separas dada berwarna perang gelap dikeringkan menggunakan hair dryer. Rambut aku memang berwarna asli mengikut darah kacukan itali sebelah mama.

Pergerakan tangan pada hair dryer untuk mengeringkan rambut terhenti apabila telinga menangkap bunyi ketukan pada pintu. " Ann, mama ni. " beberapa taluan ketukan menyusul lagi selepas itu.

Nak apa pulak ni? Pintu dibuka dan wajah mama muncul disebalik pintu berwarna kelabu ini. " Boleh mama masuk? " Soal wanita itu.

" masuk lah. " Balasku masih tanpa senyuman. Mama duduk disofa yang berhadapan dengan tv dan mengonkan tv tersebut. Beg sekolah yang ada disebelah mama aku angkat dan diletakkan di atas meja belajar.

Apa angin mama tengok tv kat bilik aku ni? Tadi bukan main lagi sibuk dengan kerja dia. " Ann, duduk sini kejap. " ruang kosong disebelahnya ditepuk perlahan. Tanpa membantah, punggung dilabuhkan bersebelahan mama.

Mata difokuskan pada tv yang terpasang, tayangan the legend of blue sea yang dibintangi oleh Lee Min Ho menjadi pilihan mama. Tak sangka wanita korporat seperti mama meminati k-drama bukan?

" Marah mama ke? " soalan yang simple namun agak susah untuk dijawab. Entahlah, aku lebih rasa terpinggir dan sunyi daripada marah. Aku bukan tak sedar mereka sibuk kerana aku dan disebabkan oleh suatu insiden meragut nyawa itu.

Mereka masih cuba melupakan arwah dan cara mereka ialah denga menyibukkan diri hingga mengabaikan aku. " Maaf kalau ann rasa mama dan papa abaikan ann. " tangan mulusnya menggenggam kejap tangan kananku.

" Ann tahukan sebab apa mama dan papa macam ni. Ann lah satu-satunya permata kami tapi kami tak mampu memberikan kasih sayang dan masa untuk ann. Mama minta maaf sebab selalu sibuk dengan kerja. " Ada genangan dikelopak mata mama namun hati aku rasa kosong. Sedikitpun tidak terkesan dengan pohonan maaf mama.

Permata?

Kalau aku ni permata, mereka akan jaga aku setiap masa dengan penuh kasih sayang dan berhati-hati. Mereka tidak akan membiarkan habuk dan calar menodai diri.

Arwah dah lama pergi, aku dah tak ada sesiapa untuk dijadikan teman ketawa dan menangis. Hidup aku sunyi walaupun dilimpahi dengan kekayaan dan kesempurnaan.

" Dah lah, ann nak keluar jogging. " Tangan mama dilepaskan dan aku berlalu masuk ke walk in wardrobe untuk menukar pakaian. Sweatshirt dan sweatpant kelabu jenama nike disarungkan ke tubuh. Kasut airmax nike berwarna biru gelap dan kelabu dipadankan.

Apabila aku keluar, bayangan mama dah tak ada didalam bilik. Aku tak kesah pun kalau mama terasa, biarlah dilabel anak derhaka. Mereka tak faham apa yang aku rasa.

Kunci kereta mini cooper yang bergantung didinding dicapai. Telefon pintar dan beberapa not lima puluh ringgit dimasukkan kedalam poket berzip.

Kaki menuruni tangga dengan pantas dan mata diliarkan ke sekeliling rumah. Kereta mama diluar juga tiada, keluar pergi mensyuarat persatuan datin-datin lah tu. Wanita korporat right?

Tidak melengahkan masa, diri dihumban masuk ke dalam perut kereta dan kereta mini cooper hitam meluncur laju dari perkarangan banglo Tan Sri Arman. Destinasi utama ialah taman rekreasi dengan tasik indah yang berjarak kira-kira 8km daripada rumah.

Taman kegemaran aku dan aryanz. Kami selalu pergi kesana untuk berjogging pada waktu petang, ingat lagi aku masa aryanz tertolak aku hingga terjatuh dan meninggalkan parut yang masih berbekas di lutut kiri sehingga sekarang.

Tak lupa juga kalau kami pergi sana ada sahaja perempuan yang ingin mengambil gambar bersamanya dan macam-macam lagi hingga aku pun rasa nak tutup muka aryanz pakai tong sampah kalau berjalan dengan dia.

Rindunya masa tu.

Thanks for reading!
Vote or comment for the next update!

Cinta Sejati Queen #Wattys17Where stories live. Discover now