Cinta Sejati Quèen//01:

1.4K 80 8
                                    

Arianna's pov:

Gemaan indah Madam Yoon masih terngiang-ngiang di gegendang telinga aku apabila dia melihat luahan hasil nukilan Arianna Qeisha pada cermin keretanya. Eksklusif guna gincu kylie, mary jo K yang tengah hot dipasaran.

Madam tak penat ke mebebel macam orang tua? Oops, madam memang tua.

Nak saya pinjamkan baju? Nampak kecik je baju madam semua, baju lama eh? Ketat sangat dahh.

Best pilih kasih?

Hah, macam tu lah antara nukilan indah yang terukir diatas sekitar permukaan Lexus milik Madam Yoon yang dikerjakan oleh aku dan beberapa classmates lelaki yang tiba-tiba datang menghulur bantuan.

Bukk!

Tanpa sebarang warning atau self alert, punggung aku selamat mencium lantai koridor sekolah. Adoyaii, sakitnya terhentak kat simen. Haih! Anak siapa jalan tak pakai mata ni? Menyusahkan hidup orang lain je.

Bodoh!

" eh..ehh sor..sorry que..enn. " Mata aku menscan perempuan yang aku agak baru sahaja tingkatan satu itu dari atas hingga ke bawah setelah bangun daripada terduduk. Tergagap-gagap perempuan tu minta maaf, tau takut.

" Nama? " Soalan aku ternyata membuat gadis itu semakin gementar, mungkin dia takut dibuang daripada Exavierz High. Private school yang berprestij ini cukup gah dengan rekod akademik, sukan dan kokorikulumnya.

" Mi...mi...mi "

" Mi apa? Mee goreng?! " aku menyergahnya setelah gadis itu hanya memberitahu mimimi? Makhluk asing mana kah nama pelik sangat? " Mira. "

Air mata mulai bergenang ditubir matanya membuat hati aku sedikit kesian nak ajar budak ni supaya dia lebih berhati-hati waktu berjalan. " Dah, lepasni jangan langgar orang lagi. Kalau tak aku patah-patahkan kaki kau. Faham?! "

Mata sengaja dikecilkan agar Mira bertambah takut, mengangguk laju gadis itu. Aku rasa jantung dia dah terbang kat Afrika jumpa si uvuvwevwevwe onyetevwe ugwemubwen ossas sebab terlanggar orang yang salah pagi ni.

" Blah. " Mira mengucapkan terima kasih dan terus berlalu pergi dengan pantas. Nak terkucil agaknya, Lemah betul perempuan tu. Aku baru gertak sikit, belum belasah sampai lunyai.

Ceh.

" ann, tak padan tau perempuan cantik macam kau ni sekasar tu. " seorang lelaki tinggi lampai dengan blazer biru menandakan dia seorang pengawas sama seperti aku menyandar di dinding dan menyilangkan tangannya.

Cool.

" Hm yelah jam. " balas aku selamba dengan senyuman ultra mengejek, tak heran aku dengan mimpi dia nak jadikan aku lemah-lembik. Fieyzam Syafaiq atau lebih dikenali sebagai Ijam merangkap sepupu rapat sebelah papa.

Dia ni memang full package. Handsome, kaya, pandai dan gentle memang tipikal lelaki di dalam novel melayu. Mujur sahaja dia ni sepupu yang tak boleh aku kahwini, kalau tak dah lama aku masuk meminang.

k, gurau je.

" alah, aku ugut sikit je. Sakit tau punggung aku tercium kat lantai tu. " ujar aku melangkah pergi sambil memaut bahu Fieyzam yang tinggi lampai nak mampus tu. Tertarik sekali lelaki tu namun dia cuma diam membisu.

" Haih, suka hati kau la cuzzy. " balasnya sambil menggeleng namun kaki tetap ikut melangkah. Dah masak dengan perangai aku yang macam budak-budak kalau bersamanya.

" Arianna! " seorang hamba Allah sedang melaungkan nama aku daripada hujung koridor. Insan malang mana yang tertelan mikrofon ni?

Kepala lantas dipusing seratus lapan puluh darjah untuk melihat gerangan yang telah memanggil nama beta. Imej yang terpantul pada retina membuat aku menjulingkan mata keatas tanpa sengaja. Pandangan 'kau nak apa?' yang sedikit membunuh diberikan namun lelaki itu tenang tanpa sedikitpun gentar.

" Apasal tak tunggu aku pagi tadi? " Soalan padu daripada lelaki tersebut membuat hati aku rasa nak berak. Eh salah, rasa menyampah. Kau fikir aku maid kau ke kena tunggu bagai?

" Sukati aku lah. " Terpaksa aku mendongakkan kepala untuk bercakap dengan dia, spisis galah macam Fieyzam juga cuma lebih tinggi sedikit. Patah dua lah leher aku ni tak lama lagi sebab asyik mendongak.

" Ish kau ni, balik nanti tunggu aku! Kalau tak aku cium kau. " Ethan memberi pesanan dan terus berlalu pergi tanpa memberi aku ruang untuk membalas kata-katanya.

Hampeh!

Fieyzam disisi dah tersenyum senget dengan pandangan mengejek kearah aku. " Kau nak hilang mata ke? " ugutku sambil mengacah untuk mencucuk matanya.

" So sweet. " balasnya sinis berbaur mengejek sebelum pergi membuka langkah seribu untuk menjauhi aku dan mengelak dibelasah.

" pala bana la kau ni jam! " jerit aku lantang tanpa memperdulikan mata-mata yang memerhati di sekeliling. " Kau orang tengok apa?! " Jerkah aku sekali dan semua yang terhenti segera berlalu.

Takpe, dorang dah biasa.

Thanks for reading!
Vote or comment for the next update.

Cinta Sejati Queen #Wattys17Where stories live. Discover now