Arianna's pov:
Lelaki berkaca mata dihadapan aku yang sedang tersengih-sengih aku pandang kosong. Dia ada wayar putus ke ni? Lain macam je aku tengok. " Aku kenal kau ke? "
" Tak rasanya, saya syed Harith Qhairuz. " Tangan kanan dihulurkan untuk bersalaman. " oh. " Balas aku sambil memusingkan badan menghadap kearah beberapa pelajar dah ditangkap lambat oleh pengawas junior setelah gate ditutup.
" err haha. " Harith mengangkat tangannya ke tengkuk untuk menutup rasa malunya sebab salamannya tidak ku sambut.
Kesah aku?
🌌🌌🌌🌌🌌🌌🌌
Suasana hingar-bingar di cafeteria lenyap apabila kaki kanan aku melangkah masuk ke kawasan cafe. Kalau ada cengkerik confirm win.
Aku berlalu ke kaunter tanpa memperdulikan mata-mata yang memerhati. " Arianna nak makan apa hari ini? " Mak cik Zaleha tersenyum ramah kepada aku.
" macam biasa. " Balas aku dengan senyuman tipis. Tray yang telah berisi makanan diangkat dan kaki dilangkahkan ke meja khas untuk aku.
Queen's table.
Waktu aku ralit menjamu makanan yang sedap dengan penuh selera, ada suara garau mengganggu ketenteraman rakyat Malaysia yang bernama Arianna Qeisha.
" Hai boleh saya duduk kat sini? " Malas hendak melayan, aku terus menyambung makan tanpa menghiraukan mamalia yang aku pun tak tahu sapa.
Baru sahaja suapan hendak mendarat didalam mulut aku datang lagi penganggu durjana. Hari ni tak nak declare sebagai hari gangguan sedunia ke?
" Sedap makan ari tak ajak aku. " suara yang cukup dikenali melabuhkan punggungnya disebelah aku. " Kau diam. " Tak tengok muka pun aku dah kenal. Kepala yang sedari tadi aku tundukkan aku angkat dan wajah Harith sedang tersenyum menyapa pandangan.
" Newbie ke? " Soal Ethan berbasa basi agar tidak kelihatan sombong. Aku cuma menikmati makanan sambil memasang telinga. " Eh taklah, aku ada je dari dulu tapi jarang datang sekolah sebab selalu masuk hospital. " dia membetulkan tanggapan Ethan.
" form berapa bro? " soalnya lagi.
" form 6 "
' Lah form 6 rupanya, patutlah baju dia warna lain. ' desis hati Ethan.
" Aku Tengku Ethan Raphael. " Ethan menghulurkan tangan untuk bersalam. Well typical malaysian right?
" Syed Harith Qhairuz. " Balas Harith sambil membalas huluran tangan Ethan.
Ethan cuma mengangguk kecil sebelum semua menyambung makan. selesai sahaja aku menyudahkan makanan terus aku berdiri dan meninggalkan mereka.
Malas nak berlama.
Rimas!
°°°
" Wah perempuan mahal layan ramai lelaki eh? " Terdengar suara yang aku memang kenal sejak azali membingitkan telinga menyindir. Ni mesti kes tak puas hati Ethan dengan Harith duduk semeja dengan aku.
Podah!
" watch your mouth Fariza! " Terdengar suara keras dibelakang aku menegur Fariza.
" Urgh! Apa abang ni? Bela orang lain daripada adik sendiri? " Fariza mencerlung marah kearah aku. Sorry cik kak, tak gegar.
" Lebih baik aku mengaku arianna adik daripada kau tau tak? cukup-cukup lah kau malukan aku dengan perangai tak semenggah kau tu. " bidas Fieyzam sinis.
Oh lupa aku nak cakap, Fariza ni adik si Fieyzam merangkap sepupu aku.
Sepupu tercinta pfft.
Tolonglah.
Thanks for reading!
Vote or comment for the next update.💞
YOU ARE READING
Cinta Sejati Queen #Wattys17
Teen FictionCinta sejati? Wujudkah sesuatu seperti itu? Adakah insan yang setia menanti hingga bertahun-tahun untuk sesuatu yang tidak pasti? Yakin perasaan 'cinta' itu tidak pudar? Yakin hati tidak goyah setelah mengenali orang lain yang lebih baik? Yakin dia...