Guyss.. untuk yang berminat dalam bentuk pdf, ebooknya dah available ye. RM15 sahaja! Grab sementara masih promo tersangat murah. ❤️
wasap.my/601159607691/AbamShaqHi guys, sempena March 2020 Muna akan update full version untuk kesah Shaq & Zeen. Do follow me closely. Dan jangan lupa drop your vote tau. I want to know how many of you yang nak Muna keep updating this story.
Lastly, for those yang tak sabar nak baca lelajus atau nak peluk versi cetak buat koleksi, boleh dapatkan di Shopee ye. I do put my shopee link kat profile. Nak versi ebook pun ada tau. Boleh download di playstore E-Sentral apps and dapatkan novel-novel Muna kat sana ye.💞
https://www.e-sentral.com/book/info/303395/Pertemuan-Kali-Ini
.
LAMA wajah itu menjadi mangsa renungannya. Bagai tidak rela melepaskan pergi. Bagai tidak sanggup berpisah walau sesaat. Terlalu ingin dijadikan suri hidupnya. Agar sentiasa dekat di sisi. Sentiasa mudah untuk digapai. Dan semua itu akan dikotakan tidak lama lagi. Cinta mereka akan mengambil langkah yang lebih besar. Cinta hingga ke syurga.Wajah si gadis sudah merona merah menahan bahang cinta direnung tidak lepas kekasih hati. Kaki rasa ingin lari. Menyorokkan wajah yang terasa panas. Lain benar renungan cinta sang kekasih hari ini. Buatnya kaku di situ. Tenggelam dalam rasa cinta yang buat hidupnya terasa terlalu indah. Bagaikan dunia ini milik mereka berdua. Tidak sedar pun mata-mata teman sesekali melirik pada mereka.
"Abang..." Akhirnya terlontar juga suara si gadis yang sedari tadi bagai terlekat di kerongkong. Jemarinya yang masih di dalam genggaman tangan lelaki tinggi lampai itu ditarik perlahan. Baru tersedar teman-teman yang menantinya dari jauh. Memberi peluang untuknya mengucap selamat tinggal buat seketika pada cinta hati.
"Hurm..." Mata terus melekat pada wajah yang begitu indah di mata. Genggaman di jemari itu dikejapkan. Langsung tidak peduli pada teman-teman sang kekasih yang sudah tersengih-sengih dengan aksi romantisnya.
"Zeen... Zeen kena gerak dulu," ucapnya tersekat-sekat. Jika dia terus tenggelam dalam panahan cinta lelaki tinggi lampai di hadapannya ini, pasti terlepas keretapi sekejap lagi.
Dia dan teman-teman seangkatan akan pulang menaiki keretapi sahaja. Lebih mudah begitu. Tidak perlu keluarganya datang mengambil. Dia bukan lagi anak kecil yang memerlukan ibu dan ayah untuk melakukan setiap perkara. Dia boleh berdikari sendiri."Abang..." Suaranya dikeraskan sedikit. Dan tangannya direntap agak kuat agar terlepas dari genggaman yang sampai sudah pun takkan dilepaskan jika dia tidak bertindak lebih dahulu. Grrrr...
"Marah?" soal suara garau itu romantis.Dia menjeling geram. Mahu cair dengar suara romantis begitu. Lelaki tinggi lampai di hadapannya ini hanya tua setahun sahaja darinya. Tetapi gaya lelaki itu nampak cukup matang. Wajah juga kelihatan lebih matang. Tidak serupa lelaki muda yang berusia 24 tahun. Penampilan juga cukup berbeza.
Matanya melirik pada kemeja dan slack yang dipakai kekasih hati. Benar-benar bergaya korporat. Jauh beza dengannya yang hanya mengenakan jeans lusuh dan t-deshirt lengan panjang. Tudung bawal 10 ringgitnya disebai di bahu. Langsung tidak dipin dengan cantik. Inilah penampilannya. Terlalu ringkas. Santai. Cukup berbeza jika mahu dipadankan mereka.
Entah bagaimana lelaki seperti ini jatuh cinta dengannya. Dan cinta mereka bukan mainan. Cinta yang sudah lama tertulis untuk mereka. Cinta yang bakal menjadi halal untuk mereka bersama. Betapa hati berat untuk pulang . Terlalu berat untuk berpisah.
"Zeen balik dulu."
"Dua hari, sayang. And then... I will make you mine," bisik si kekasih penuh janji buat bibir si gadis menguntum senyum bahagia.
"I'll be waiting."
"Call abang bila sampai nanti."
Si gadis hanya membalas dengan senyuman. Takut jika bersuara dia mahu terus setia di situ. Belum pun melangkah jauh, hati sudah merintih rindu. Baru sahaja dia mahu berpaling pergi, tangannya dicapai sang kekasih. Dia tidak berani berpaling. Takut kakinya akan terus terpaku.
"I will miss you sorely," bisik sang kekasih membuat si gadis mengeluh berat. Tertawa besar sang kekasih mendengar keluhan itu. Tahu si gadis juga punya perasaan yang sama. Tangan itu dilepaskan pergi. Sikit masa lagi, si gadis akan menjadi miliknya.
************************************
"PILIH aku, Zeen. Kahwin dengan aku. Buang budak KL tu dari hidup kau. Kahwin dengan aku. Aku boleh jaga kau lebih baik dari dia. Aku lebih kaya, Zeen." Tangan kekar si lelaki dihulurkan menanti jawapan.
Bibir Aazeen merekah dengan senyuman. Wajah kacak di hadapannya dipandang lama. Satu jaminan yang pasti jika dia menyambut tangan kekar itu. Tegakah dia menyambut huluran itu? Bibirnya diketap menahan gejolak rasa.
Dia punya 2 pilihan. Lelaki tinggi lampai yang begitu menyintainya yang baru ingin merangkak di dalam kerjaya. Atau sepupu yang berdiri di hadapannya yang sedari dulu menyimpan rasa cinta buatnya. Sepupunya anak orang kaya. Mampu memberikannya kemewahan. Dan mampu mencintainya sepanjang hayat.
Lambat-lambat tangan itu disambutnya. Dia sudah nekad memilih dan dia tak mungkin berpaling lagi. Selamat tinggal kenangan. Selamat tinggal, sayang. Hati berdesis lirih.
Drama sebabak itu rupanya punya penonton bisu yang langsung kaku melihat kekasih yang sentiasa di dalam ingatan mengkhianati cinta yang terpasak kemas di sudut hati. Segala mimpi yang dianyam kini berkecai langsung tidak bernilai.
Yang tinggal hanya kesakitan dan amarah yang menjulang. Saat ingin menyunting si kekasih, ini pula yang ditayangkan di depan mata. Si gadis memilih sepupu yang lebih kaya. Ya, dia masih belum punya apa-apa. Namun sangkanya dia punya cinta. Sayang seribu kali sayang. Segalanya hanya mimpi. Tak mungkin jadi kenyataan.
Tangan dikepal kemas. Terasa mahu dilayangkan pada lelaki yang begitu mudah merampas si gadis. Tetapi untuk apa? Bukan salah lelaki itu. Si gadis yang tega berpaling daripadanya. Lalu mampukah dia menyalahkan lelaki itu?
"Aa... bang," terlontar juga suara Aazeen akhirnya saat mata tertancap pada wajah yang merah padam itu.
Sedari tadi lagi dia tahu kehadiran kekasih hati. Mahukan tidak jika mereka sudah berjanji mahu bertemu untuk diperkenalkan dengan keluarganya. Sayang sekali dia terpaksa memilih yang lain. Dan lebih senang memilih di hadapan sang kekasih supaya dia tidak perlu menjelaskan apa-apa. Tak perlu sebarang penjelasan untuk perpisahan ini. Rasa bersalah begitu menggamit. Terlalu bersalah.
Tanpa sepatah kata lelaki itu menghayun langkah pergi. Tak mungkin kembali. Tiada lagi ucapan sayang. Tiada lagi kata-kata cinta. Tiada lagi manisnya hari semalam. Dia mengharapkan sebaris ucapan selamat tinggal. Dan itu juga tak mungkin menyapa pendengaran sedang hati sudah mula berdetik rindu untuk mendengar suara itu.
Kaki dikeraskan agar tidak cuba mengejar. Kejung di situ melihat bayang lelaki itu semakin menghilang pergi. Dia yang memilih begini. Memilih untuk membuang cinta mereka. Maafkan Zeen, desis hati penuh kepiluan.
YOU ARE READING
PERTEMUAN KALI INI
RomanceSebut sahaja tentang cinta, pasti sepasang kekasih menjadi simboliknya. Couple of the year. True love. Belangkas. Semua itu gelaran untuk mereka di kampus. Nourul Aazeen, Hawa yang dijadikan untuk Adamnya, Mohd Ishaq. Sepasang kekasih yang takkan be...