Special for Mac. FREE READING. Only in March.💞
.
SEPANJANG hari dia menfailkan dokumen yang baru separuh luaknya. Sakit pinggang dibuatnya. Banyak lagi perlu dihadap. Ishaq pula seperti tidak mahu melepaskannya. Boleh diagak jawapan Ishaq jika dia meminta untuk pulang.Mug kopi diletakkan di atas meja Ishaq. Dia kembali ke sofa tanpa sepatah kata. Ishaq pun tidak membuka mulut. Mungkin mood masih tegang dek Farzan yang menyibuk soal mereka tadi.
Telefon bimbit yang menjerit tiba-tiba mengundang renungan tajam Ishaq. Terus diangkat lalu ditekap rapat di telinga.
"Bila nak balik, sayang? I'm waiting." Suara Eduan mengusik pendengaran.
"Aku balik lambat hari ni. Ada kerja sikit," bisik Aazeen tidak mahu Ishaq memasang telinga.
"Baliklah awal. Aku boleh lepak rumah mak anjang malam ni je. Esok pagi aku dah balik. Tak boleh lama kat sini. Aku datang ambil kau."
"Eh, jangan. Sorry, Duan. Aku betul-betul ada kerja urgent ni. Aku try settle cepat-cepat. Apa-apa nanti aku call kau," balas Aazeen terus mematikan talian. Lagi lama lagi panjang bicara Eduan merayunya pulang.
"Kekasih hati dah ajak balik?" sindir Ishaq kurang senang. "Siapkan filing tu dulu baru pergi dating. Jangan ingat kerja akaun ni boleh main cinta aje."
Rasa panas sahaja hati dikritik begitu. Diketap bibir tidak mahu membalas. Tak kuasa nak layan bos yang sesuka hati sahaja mahu menyelarnya. Ikut sedap mulut sahaja berbicara. Tahulah benci. Tahulah marah. Tak perlulah pantang ada peluang saja mahu menikam hatinya.
Dicapai dokumen di dalam kotak kasar. Protes pada bos yang garang. Sengaja dihempas fail hitam dengan kasar. Sakit hati pada bos, fail yang tidak bersalah menjadi mangsa.
"Fail tu hak milik syarikat. Pakai duit syarikat. Bukan duit you. Jangan senang-senang aje nak rosakkan harta syarikat," sindir Ishaq. Faham sangat kemarahan itu ditujukan padanya. Dia menahan tawa. Comel wajah cemberut gadis itu.
Dia rasa mahu sahaja baling fail ke wajah sinis lelaki itu. Lagi-lagi bibir yang lancang sangat menyindirnya dari tadi. Grrrr...
YOU ARE READING
PERTEMUAN KALI INI
RomanceSebut sahaja tentang cinta, pasti sepasang kekasih menjadi simboliknya. Couple of the year. True love. Belangkas. Semua itu gelaran untuk mereka di kampus. Nourul Aazeen, Hawa yang dijadikan untuk Adamnya, Mohd Ishaq. Sepasang kekasih yang takkan be...