Part 15

6.2K 214 4
                                    

"HURM, nampak cerah sikit pagi ni. Semalam macam nak keluar segala guruh kilat," komen Puan Jauzah sebaik anak lelaki sulungnya mengambil tempat di meja makan. Tangan laju menceduk nasi goring ke pinggan untuk sarapan si anak.

"Apa, ibu?" soal Ishaq kurang faham kata-kata ibunya. Rasanya semalam cuaca biasa sahaja. Taka da pula nampak nak hujan sampai keluar guruh atau kilat.

"Muka anak ibu tulah. Semalam nampak macam ada guruh dengan kilat nak menyambar. Tak tahulah siapa yang jadi mangsa," jelas Puan Jauzah penuh sindiran. Anak sulung yang masih membujang hingga kini walaupun sudah hamper jejak 30an. Meresahkan hati tuanya.

Bukan tak ada perempuan yang melirik suka. Di taman yang mereka tinggal ni pun ramai. Tapi semua takut nak dekat. Mana tidaknya. Belum apa-apa renungan maut yang menjadi habuan. Kalau begini gayanya, membujang sampai tualah anaknya itu. Nak mencari sendiri memang tak mungkin.

Puas dibebel pun langsung tidak berbekas pada si anak. Buang masa dan air liur sahaja. Tapi hati ibu tetap mahu si anak berteman. Mahu ada isteri yang mampu menjaga anaknya. Susah hatinya melihat kekerasan Ishaq pada perempuan yang cuba dekat.

Bukan dia tidak tahu kenapa. Walaupun dia tidak pernah menyoal namun dia tahu. Mana mungkin dia tidak tahu bila anaknya itu pulang dari Arau diserang demam panas berhari-hari. Meracau-racau memanggil nama kekasih hati.

         Baik sahaja dari demam, tingkah laku anak yang dulunya bersahaja dan selamba menjadi pendiam dan penuh amarah di dada. Usah berani disebut soal perempuan, cukup pandangan mata itu mendiamkan sesiapa yang berani menyoal.

         Luka yang tak pernah sembuh. Dia faham perasaan itu. Walaupun dia bukan menyimpan luka namun dia menyimpan rindu yang besar pada arwah suami. Tak pernah lupa. Takkan pernah membuka ruang untuk lelaki lain. Bukan tiada yang mencuba. Hanya dia yang terlalu cinta dan setia.

         Siapa sangka anaknya juga begitu. Kalau dah sayang, sampai sudah tak pernah lupa. Bezanya, cinta si anak dikhianati. Lalu dendam yang beraja di hati. Kalaulah anaknya boleh lupa. Tentu sudah berumah tangga sekarang ini.

         "Perli Shaq?" soalnya serius.

         "Bukan perli. Ibu cakap yang betul aje. Siapa yang berani kacau anak ibu ni semalam?" soal Puan Jauzah duduk di sebelah si anak sebagai teman.

         "Mana yang lain?" soal Ishaq mengubah topik. Padahal bukan tak tahu adik lelakinya baru sibuk mandi. Yang perempuan masih tak habis-habis membelit selendang di kepala. Belit segala leher selagi tak puas hati. Mana tak selalu sampai lewat di pejabat. Mereka 3 beradik. Masing-masing sudah bekerjaya.

         "Jangan nak tukar topik dengan ibu," tingkah Puan Jauzah faham benar taktik si anak.

          Ishaq hanya membisu. Kalau dia diam pandailah ibunya diam sendiri. Bukan mahu biadap. Dia tiada rasa mahu menayang luka hati yang berdarah kembali kerana kisah silamnya muncul kembali. Kisah yang mahu ditanam seumur hidup kini muncul mahu menghuru-harakan hidupnya.

         Jangan berani muncul lagi hari ini. Dia tidak tahu sejauh mana tahap kesabarannya. Dia tidak mampu berpura-pura seolah-olah mereka tidak pernah punya kisah yang menyakitkan. Untuk menjadi bos dan pembantu bukan mudah kerana setiap kali terpandang wajah manis itu, amarahnya mula menjulang tinggi.

        "Perempuan mana yang berani kacau Shaq ni?" duga Puan Jauzah. Kalau muka dah kelabu mengandung guruh begini tentunya hanya perempuan penyebabnya. Jika sesama kaum Adam, Ishaq takkan begitu.

        "Ibu, Shaq pergi dulu. Dah lambat ni," ucap Ishaq menghabiskan suapan terakhirnya. Tangan Puan Jauzah diraihnya. Dicium kasih. Pipi kendur itu dicium sebelum berlalu. Rutin harian yang tak pernah ditinggalkan.

         Puan Jauzah hanya mampu menggeleng. Kasihan si anak. Luka yang tak pernah sembuh. Hanya seorang sahaja yang mampu menyembuhkan. Gadis yang tega melukakan. Dialah racun. Dialah penawarnya. Kalaulah tahu siapa gadis itu.

PERTEMUAN KALI INIWhere stories live. Discover now