DIA menolak daun pintu perlahan-lahan. Tidak mahu mengejutkan jika Aazeen sudah enak tidur. Kamar mereka sudah suram tanpa cahaya. Sesuram wajah sang isteri yang merajuk.
Tubuh yang membelakangkannya itu dipandang lama sebelum dia memanjat naik ke katil. Tangannya melingkar kemas di pinggang ramping sang isteri.
Tidak berkutik tubuh itu. Mungkin Aazeen benar-benar tidur. Wajahnya disembamkan ke rambut yang harum dengan wangian syampu. Gelora nafsu mengusik. Dibiarkan sepi.
"Jangan sampai Zeen pergi bawa diri."
Bicara terakhir ibu terus berlagu di telinga. Diulang-ulang lagak radio buruk. Aazeen takkan pergi. Isterinya sudah berjanji setia. Bersedia menerima segala layanan buruknya. Itu janji di antara mereka.
Aazeen menahan rasa hati. Dia belum tidur. Sebaik pintu dikuak Ishaq, dia terus berpura-pura tidur. Tidak mahu berhadapan dengan suami sendiri.
"Abang takkan benarkan Zeen pergi," bisik Ishaq menyangka isterinya tidur.
Tersentuh rasa mendengar bicara itu. Dalam kasar Ishaq melayannya, lelaki itu tetap mendakap tubuhnya setiap malam. Memelut erat ibarat tidak mahu lepas.
Cukup dakapan seorang suami meredakan rajuk yang tersimpan. Sampai bila mereka akan begini? Mampukah dia meraih kemaafan daripada suami sendiri?
'Zeen cinta abang. Maafkan Zeen.'
"BAK sini bibir tu," arah sang suami keras.
"Nak buat apa?" soal Aazeen pelik.
"Banyak tanya," selar Ishaq garang. Tubuh langsing itu ditarik rapat dengannya. Dagu tirus sang isteri dicuit agar memandangnya.
"Abang nak buat apa?" soal Aazeen keliru. Bibir merahnya disentuh tangan kasar suami.
"Diam," tingkah Ishaq. Dicuit sedikit bibir merah itu agar terjuih menayangkan lopak ulser yang agak besar.
Dia mendengus geram. Kurang minum air lagi. Isterinya memang degil. Bukannya tahu menjaga kesihatan sendiri. Sedar-sedar sudah mengeluh sakit bila makanan pedas terkena bibir.
Dia tidak mahu dikatakan suami yang tidak tahu menjaga kesihatan isteri sendiri. Walaupun isteri sendiri yang degil.
Bonjela di tangan dipicit sedikit. Tanpa sebarang amaran disapu hati-hati di bibir merah itu.
"Ouch," keluh Aazeen menahan pedih. Berkerut wajahnya.
"Lain kali minum banyak air," pesan Ishaq tegas.
Wajah tegang itu dipandang lama. Senyum lebar terukir di bibir. Dalam serius, dalam tidak suka, dalam benci, Ishaq tetap mengambil berat.
Hati berbunga-bunga dengan perhatian sang suami. Tangan mula melingkar di leher Ishaq. Berani.
"Macam dulu-dulu," komennya lembut. "Dulu pun abang pernah buat macam ni untuk Zeen," tambahnya bila Ishaq terus diam. Hanya mata yang tajam memandangnya yang berani melingkar tangan di leher suami sendiri.
"Dulu dan sekarang... takkan sama," bisik Ishaq dingin. Tangan yang melingkari lehernya dirungkai kasar.
"Dulu... Zeen tak ada hak nak buat macam ni," ucapnya seraya menyatukan bibir pada bibir sang suami yang jelas menolaknya. Lama mereka begitu.
"Ouch." Dia terjerit sakit bila tekapan bibir Ishaq agak kuat mengena bibir yang luka.
"Dah tahu bibir tu sakit..."
"Tempat lain tak sakit," potong Aazeen menghadiahkan lirikan menggoda.
"Zeen..."
"Yup..." Tangan mula miang merayap di dada bidang sang suami. "I'm here," sahutnya dengan suara lunak manja.
"What're you trying to do?" soal Ishaq mula rasa mahu membaham. Dengan tubuh yang hanya dibalut top bertali halus dan skirt sendat pendek yang sengaja ditayang padanya, buat imannya sentiasa ke laut.
"I want you," bisik Aazeen bergemersik lembut di dada suami.
"You!" Bengang dengan diri sendiri. Tidak pernah mampu menolak.
"I'm yours."
Ishaq tidak menanti lama untuk mencempung tubuh genit itu lalu dibawa ke katil. Menikmati keindahan yang halal baginya. Hanya dia yang terus-terusan cuba menahan diri. Tidak mahu ketagih pada tubuh isteri sendiri.
Dia tidak mahu ditawan nafsu. Hakikatnya dia selalu kalah dengan godaan. Isterinya begitu bijak menggoda. Selalu seksi di bilik.
"Ini cuma nafsu," ucapnya mengingatkan. Lebih kepada mengingatkan diri sendiri. Rambut panjang mengurai itu dibelai lembut.
"I know," balas Aazeen lembut mengerti. Dia tidak peduli selagi Ishaq mahukannya.
"I will never forgive you."
"I know."
"Keep that in mind," tegas Ishaq lagi. Bibir mendarat di dahi sang isteri. Dibisikkan doa melayari bahtera indah.
Kenapa perlu ada rasa yang indah begini bila segalanya hanya menurut nafsu? Marah itu nafsu. Benci itu nafsu. Aazeen juga nafsu. Hanya nafsu. Tidak perlu ada sebarang rasa yang menggugat.
YOU ARE READING
PERTEMUAN KALI INI
RomanceSebut sahaja tentang cinta, pasti sepasang kekasih menjadi simboliknya. Couple of the year. True love. Belangkas. Semua itu gelaran untuk mereka di kampus. Nourul Aazeen, Hawa yang dijadikan untuk Adamnya, Mohd Ishaq. Sepasang kekasih yang takkan be...