Part 3

7.7K 252 4
                                    

Hi guys, sempena March 2020 Muna akan update full version untuk kesah Shaq & Zeen. Do follow me closely. Dan jangan lupa drop your vote tau. I want to know how many of you yang nak Muna keep updating this story.

Lastly, for those yang tak sabar nak baca lelajus atau nak peluk versi cetak buat koleksi, boleh dapatkan di Shopee ye. I do put my shopee link kat profile. Nak versi ebook pun ada tau. Boleh download di playstore E-Sentral apps and dapatkan novel-novel Muna kat sana ye.💞
https://www.e-sentral.com/book/info/303
.
.
"KAU biar betul, Shaq?" soal Farzan menggaru kepala yang tidak gatal. Susah betul mahu memujuk sahabatnya itu. Dah berkali-kali mereka membincangkan isu yang sama. Akhirnya dia tetap mengalah.

"I don't need it," balas Ishaq bersahaja seolah-olah isu itu bukan sesuatu yang penting. Matanya tidak lepas dari skrin komputer riba di atas meja. Acuh tak acuh melayan bicara Farzan.

"Kau tahu aku tak boleh buat don't know aje isu ni sebab kau kata kau tak perlu assistant. Hari tu elok dah ada assistant tapi kau buat dia lari. Sekarang aku nak cari pengganti kau tak nak pulak," tingkah Farzan geram.

Siapa tak geram kalau dia yang menjaga bahagian Human Resource. Mana boleh pengurus tak ada pembantu. Sakit kepala kalau berbincang dengan Ishaq soal yang satu ini. Lagi-lagi bila dia sebenarnya sudah mengeluarkan surat tawaran untuk pembantu Ishaq.

"Sorry, Shaq. Kau taka da pilihan. Assistance kau lapor diri minggu depan. Suka ke tak suka kau kena hadap jugak."

Tajam Ishaq memandang sahabatnya itu. Sahabat yang juga merupakan anak pemilik syarikat tempatnya bekerja. Pembantu? Dia tidak perlukan pembantu. Pembantu hanya menyusahkan. Hanya mengganggu. Cukup dengan 3 orang eksekutif akaun yang menyediakan apa yang dimintanya. Untuk apa lagi pembantu?

"Jangan cakap kau ambik perempuan lagi kali ni," telah Ishaq bagai dapat membaca dari riak wajah sahabatnya itu. Dia mendengus bengang.

"Kau ni bazir masa aku aje. Perempuan ni pun takkan stay lama kat sini. Dia akan lari macam perempuan-perempuan lain jugak."

"Itu sebab kau yang sengaja buat diorang lari."
Setakat ini sudah 3 orang pembantu pengurus meletakkan jawatan tidak mampu berdepan dengan Ishaq. Ishaq terlalu berkeras dengan mereka.

"Aku tak perlukan assistant yang tak tahan dengan cara kerja aku," bidas Ishaq sinis. Kalau setakat pembantu yang hanya mengganggu kerjanya, lebih baik dia melakukan sendiri. Tanggungjawab yang digalasnya bukan sedikit.

"Kali ni kau jangan risau. Mak cik aku yang recommend perempuan ni. Tough girl. Takkan lari punya. Manalah tahu sekali kau boleh buat bini," balas Farzan sempat menggiat. Kalau diikutkan Ishaq perlu turut serta memilih calon yang sesuai. Sayangnya, jika dia melibatkan Ishaq tentu langsung ditolak lelaki itu. Jadinya, dia memilih cara mudah.

"Buat bini?" Ishaq tertawa sinis bagaikan kata-kata itu terlalu mustahil untuk dihadam.

"Kau jangan pandang sebelah mata. Orangnya manis tau. Sekali tengok boleh cair. Kau nak tengok? Aku boleh kasi gambar dia," ulas Farzan tidak sudah menggiat.

"Manis?" soalnya sinis. Dia pernah kenal perkataan itu. Malangnya, perkataan itu sudah lama tertimbus dalam memori semalam. Memori yang takkan kembali lagi. Ada rasa marah yang membengkak.

"Kau nak tengok?"

"Tak perlu. Aku ada kerja ni," bidas Ishaq keras buat Farzan berundur sendiri. Risau jika dia terpijak bom jangka sahabatnya itu. Sahabat memanglah sahabat. Tapi jika sudah kakinya terpijak tempat yang salah, mahu meletup juga. Dia tergeleng-geleng membiarkan Ishaq sendiri.

PERTEMUAN KALI INIWhere stories live. Discover now