Part 4

7.2K 243 1
                                    

Hi guys, enjoying the story so far?
Do check my other works. Bukan Mahuku, Lelah Mencintaimu, My Darling Luna, Batrisyia and a lot more. You will enjoy the story for sure.💞

https://www.e-sentral.com/book/info/303389/Bukan-Mahuku
.
.
ISHAQ melangkah keluar dari biliknya menuju ke pantri. Sempat matanya menangkap staf-stafnya yang menunduk seperti takut. Dia tersenyum sinis. Takut? Itu lebih baik dari ada yang cuba mendekat.

Dia tak mampu mengawal sabar jika ada antara kaum hawa ini cuba menarik perhatiannya. Kaum hawa yang dibenarkan dekat dengannya hanya ibu dan adik-adik perempuan. Tiada yang lain boleh menyemak di dalam hidupnya. No entry!

Hajar menggosok dada seolah menahan debar. Mata melirik pada pengurus akaun yang semakin menghilang dari pandangan.

"Mata dia tu..." Bibir tercebik-cebik kononnya takut sangat. Itu belum lagi jika dipanggil masuk ke bilik untuk ditempik. Scary!

"Tengok kita macam ada laser," tokok Zimah setuju sangat. Mahu tak setuju kalau mata itu seringkali tembus bila ada kesalahan yang dilakukannya. Garang!

"Kalaulah Encik Ishaq tu tak garang... sanggup aku berkepit dengan dia," ucap Jijah yang lebih suka menggoda. Dah lama melirik suka pada si bos. Sayangnya mata laser yang menjadi balasan. Terus kecut dibuatnya.

"Muka handsome ke... tinggi macam galah ke... kalau dah tengok kita macam nak makan orang... aku lari dulu. Tak sanggup aku. Kalau jadi bini dia harus makan sumpah seranah hari-hari. Pantang buat silap sikit mahu bengkak telinga ni dengar," bidas Zimah.

"Kau ni propa. Jaranglah dia nak bertempik. Yang selalu dapat mata laser dia aje," balas Jijah membela si bos yang langsung tidak peduli.

Dia suka melihat bosnya itu. Dalam garang punya karisma yang buat ramai perempuan mahu lentok di bahu itu. Masakan tidak jika bahu itu begitu lebar. Dengan tangan berurat kekar. Dada tempat bersandar paling selesa buat kekasih hati. Ruginya kalau dada itu tidak dimiliki sesiapa.

Sesekali jika bos mereka bertempik tentunya ada salah besar yang mereka lakukan. Bukan sesuka hati sahaja bos mereka mahu marah. Namun mata laser yang selalu buatnya kecut itu memang hari-hari jadi habuan. Macam benci sangat tengok kaum hawa ni. Bagaikan menuduh yang kaum hawa ini langsung tidak bawa kebaikan.

"Kau bolehlah cakap macam tu. Dah kau memang suka kat bos tu. Kalau kau nak sangat cuba la dekat dengan dia. Kalau kau tak kena sembur... aku belikan kau beg yang kau meroyan nak sangat tu," cabar Hajar bersungguh-sungguh.

"Tak apalah. Kau simpan aje duit kau tu. Aku boleh beli sendiri nanti. Tunggu aku kumpul duit dulu," balas Jijah menyerah kalah. Tak sanggup dia dapat semburan percuma dari bos mereka. Cukuplah tengok dari luar bilik bos sahaja. Memuja dari jauh.

"Tahu pun kau takut. Kau ingat bos tu pandang kau ke? Bos tu gay agaknya. Sebab tu tak suka perempuan," tempelak Zimah tidak sedar Ishaq sudah terpacak di belakang mereka dengan wajah merah padam.

"Awak cakap apa?!" deram Ishaq merenung tajam stafnya yang bukan main sedap mulut mengatanya. Mahu sahaja ditelan hidup-hidup. Perempuan!

Kejung Zimah di tempat duduknya. Hanya bibir terketar-ketar tidak mampu membalas. Tahu salahnya sendiri yang mencari pasal. Matilah. Mahu kena pecat sekejap lagi.

Mata Ishaq kini jatuh pada Jijah kemudian Hajar. Ketiga-tiga stafnya tampak pucat terkebil-kebil memandangnya. Perempuan!

"Lain kali... kalau awak bertiga nak cakap pasal saya... pastikan saya takkan dengar walau sepatah pun. Kalau sekali lagi saya dengar yang bukan-bukan..." ucap Ishaq penuh amaran. Cukup untuk mengecutkan jantung 3 orang stafnya itu. Dia menghayun langkah ke biliknya meninggalkan mereka yang ketakutan.

"Fuhhh!" Hajar menghela nafas yang tadinya tersangkut di dada penuh kelegaan. Ingatkan dia pasti dipecat tadi.

"Kaulah ni, Zimah. Lain kali cakap tu pandang kiri kanan," tempelak Jijah geram terpaksa menjadi mangsa mata laser bosnya. Kalaulah pandang redup penuh kasih, alangkah bahagianya.

"Aku pulak? Mana aku tahu dia boleh senyap-senyap berhenti kat sini," ucap Zimah membela diri. Diusap-usap pipi cuba mengembalikan darah ke wajahnya yang pucat macam nampak hantu tadi. Selamat tak hilang kerja. Fuh, bahaya betul.

"Nasib tak hilang kerja. Kau ingat senang ke nak cari kerja bagus macam ni?" tukas Jijah tidak puas hati. Disebabkan susah mencari pekerjaan yang lebih baik buat mereka bertiga sanggup menghadap bos yang garang. Gaji di sini cukup selesa untuk mereka. Suasana tempat kerja juga bagus. Hanya jangan cari pasal dengan bos.

"Yelah. Salah aku. Korang baik. Korang mana ada mengutuk dia. Aku aje," ucap Zimah mengaku bersalah namun sempat menyindir Hajar dan Jijah. Dia mencebik tidak suka.

"Kan best kalau ada perempuan yang boleh leburkan garang bos kita tu. Baru heaven sikit kerja kat sini," ucap Hajar penuh mengharap. Dia sudah selesa di sini. Malas mahu berpindah ke tempat baru.

"Aku dengar dari Encik Farzan ada assistant baru nak masuk. Agak-agak berapa lama dia boleh tahan?" sampuk Jijah.
"Betul ke? Aku doa kali ni biar dapat assistant yang boleh bela nasib kita kat sini. Biar boleh lawan Encik Ishaq. Biar buku bertemu ruas," doa Zimah sungguh-sungguh.

"Amin," tambah Hajar setuju sangat. Tak sabar menanti kehadiran pembantu pengurus yang baru. Mana tahu kali ini nasib mereka terbela.

PERTEMUAN KALI INIWhere stories live. Discover now