Part 50

2.6K 168 0
                                    

Enjoy the story. Kalau suka jangan lupa komen & vote.💞
.
TUBUH yang tersandar lesu di dinding bilik air itu dicempung lalu dibawa ke bilik. Direbahkan ke katil. Terlupa langsung pada si gadis yang ditinggalkan di pintu rumah dek mahu cepat melihat keadaan Puan Jauzah.

Wajah berkerut risau. Mata meliar mencari sebarang kecederaan di tubuh ibunya.

    "Ibu tak ada luka pun," tutur Puan Jauzah meyakinkan.

    "Macam mana boleh jatuh ni?" soal Ishaq serius. Bahaya betul dibiarkan ibunya seorang diri di rumah.

    "Licin," luah Puan Jauzah pendek. Dia sibuk mahu membasuh bilik air tadi. Agaknya masih bersisa sabun yang digunakan. Dia langsung tidak perasan.

Malang tidak berbau. Jatuh terduduk tubuhnya di lantai. Mahu patah pinggang dibuatnya. Sakit sangat sampaikan dia tidak mampu bangun. Terpaksa mengengsot keluar dari bilik air.

Nasib baik telefon bimbit diletakkan di kerusi yang berada di luar bilik air sahaja. Lalu nombor Ishaq didail pantas.

"Ibu ni... kan dah cakap hati-hati. Shaq bawak ke klinik," tingkah Ishaq tegas.

"Tak payah. Bukannya ada luka apa pun. Panggilkan Ani kat taman depan. Mintak dia urut ibu. Kejap aje baik nanti," arah Puan Jauzah. Diurut-urut pinggang menahan rasa sakit yang menjalar di seluruh tubuh.

Dia lebih selesa berurut dengan Ani yang sudah selalu datang ke rumah jika tubuh tuanya terasa lenguh-lenguh urat. Sedap urutannya. Cepat sahaja hilang rasa sakit.

"Pergi klinik dululah. Kalau tak ada apa-apa baru urut," bantah Ishaq kurang setuju. Dia mahukan pemeriksaan lanjut. Mana tahu ada kecederaan dalaman pula.

"Tak payah! Panggil aje Ani tu datang sini," tegas Puan Jauzah berdegil.

Ishaq mengeluh berat. Tak berdaya berlawan kata dengan ibunya. Kalau berkeras takut pula Puan Jauzah berkecil hati.

"Shaq pergi kejap. Shaq mintak kawan temankan ibu kat sini kejap."

"Shaq bawa kawan ke?"

"Baru habis seminar tadi. Terus datang sini. Patutnya balik office terus. Terpaksa bawa dia sekali."

"Perempuan?" soal Puan Jauzah teruja. Mata bersinar-sinar mengharap. Kalau lelaki tentu anak bujangnya tidak akan mengajak menemaninya di bilik.

"Shaq ke depan kejap," balas Ishaq terus bangun lalu keluar dari bilik si ibu. Mahu mendapatkan Aazeen.

Gadis yang mundar-mandir di ruang tamu dihampiri. Nampak resah. Gelisah. Mungkin tidak selesa berada di rumahnya. Rumah yang suatu ketika dahulu pernah berjanji mahu dibawa tinggal bersama.

Senyum sinis kini bermain di bibir. Menghalau pergi segala janji manis yang pernah terungkap.

Melihat si gadis manis berada di dalam rumahnya menjentik suatu rasa. Rasa yang sukar dimengertikan.

"Macam mana ibu you?" soal Aazeen menyedari kehadiran Ishaq. Sedari tadi hanya menanti di ruang tamu. Tidak berani mahu menjenguk ke bilik orang tanpa dijemput walau hati turut diusik risau.

"I nak minta you temankan ibu I kejap. I nak ke taman depan sana. Nak panggil Kak Ani tukang urut tengokkan ibu I. Tolong jagakan ibu I, Zeen," pintanya mengharap gadis itu sudi menjaga ibunya.

    "You pergilah. I temankan ibu you kat sini."

    "Thanks," ucap Ishaq lembut. Terukir senyum ikhlas di bibir buat si gadis kali ini.

    Aazeen hilang kata. Terpukau dengan senyuman yang selalu menghiasi hidupnya suatu ketika dulu.

    "I pergi dulu."

    Aazeen hanya mampu mengangguk. Membiarkan lelaki itu pergi. Ada getar yang mengusik. Ada rindu yang berbisik. Rindu pada lelaki itu. Terlalu rindu sebenarnya.

PERTEMUAN KALI INIWhere stories live. Discover now