BAB 10

7.5K 202 0
                                    


Jauh Shahmien mengelamun. IPhone ditangan dipusing tanpa henti. Tubuh sasa itu hanya bersandar santai di atas kerusi kulit dalam ruangannya. Semenjak Shahmien mengetahui penyakit Dato' Ridzhuan, otaknya tidak pernah berhenti dari memikirkan tanggungjawabnya sebagai anak.
Dia perlu menunaikan impian daddynya namun dia juga tidak sanggup untuk mengahwini wanita hodoh itu. Perkara itulah yang membuatkan hidupnya tidak tenang. Dia tidak tahu untuk mengambil keputusan yang bagaimana. Sungguh otaknya buntu untuk membuat keputusan. Takut akan tersalah dalam mengambil keputusan.

"Jauh terbang? Sampai mana?" Tanpa rasa bersalah kerana tidak mengetuk pintu dulu sebelum masuk, Zack terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi bertentangan dengan Shahmien. Gatal saja mulutnya menyoal.

"Baru JB. Tak sampai Singapore lagi." Shahmien mula dengan loyar buruknya.

"Kau apa hal? Dari tadi aku tengok, monyok je?" Zack Menyandarkan badannya agar lebih selesa dan terus menyoal. Malas hendak melayan loyar buruk dari Shahmien.

"Kau rasa aku patut tak tunaikan permintaan daddy aku?" Shahmien menyoal tanpa berselindung. Soal penyakit yang dihidapi Dato' Ridzhuan telahpun diketahui oleh Zack.

"Why not? Kau tu anak lelaki, tunggal pulak tuh. Memang tanggungjawab kau la untuk tunaikan impian daddy kau. Tak salah bro kalau kau korbankan masa depan kau demi bapak kau sendiri. Lagipun, mungkin dia tak cantik sebab dia tak pandai nak bergaya. Nanti kau touch up dia sikit, cun la." Panjang berjela nasihat yang diberi oleh Zack khas buat sahabatnya.

Shahmien diam seribu bahasa. Masih lagi menganalisis setiap data yang disampaikan Zack sebentar tadi. Terusik juga hati lelakinya. Apa guna dia sebagai anak lelaki tunggal jika tidak menunaikan impian daddynya sendiri. Tapi.....

"Asal? Kau tak sanggup?" Soal Zack lagi setelah sekian lama ditemani sepi.

Shahmien hanya memandang kosong ke arah Remy Zakry. Tidak tahu untuk meluahkan kata sedang otak masih tidak dapat menemui jawapan yang sahih.

"Kau nak aku bagi akal bernas untuk kau?" Otak jahat Zack mula berkembang. Keningnya dijongketkan sebelah manakala senyumannya pula penuh dengan strategi.

Kening milik Shahmien turut terangkat sebelah tanda meminta penjelasan lanjut. Suaranya tetap disimpan kemas. Macam simpan bini lawa pun ada. Huhuhu.

"Kontrak." Satu patah perkataan saja yang diluah, terus membuatkan biji mata Shahmien terbeliak besar.

"Kau gila! Kau ingat ni drama TV apa?" Suara yang disimpan tadi terkeluar juga. Shahmien menggelengkan kepalanya perlahan tanda tidak menyangka idea gila itu bakal diberikan.

"Habis, kau nak buat apa? Musnahkan impian daddy kau? Kau sanggup?" Hati Zack mula panas dengan sikap Shahmien yang tidak mahu mendengar nasihatnya.

"Sah laa aku tak sanggup. Tapi ak...."

"Tapi lagi?" Tidak sempat Shahmien menghabiskan ayatnya Zack sudahpun memotong laju. Hatinya geram.

"Tapi aku tak sampai hati nak buat. Kau ingat nikah kahwin ni benda main-main ke?" Shahmien juga turut geram dengan sikap Zack yang sering tuduhnya melulu.

"Aduyaii.. asal lembap sangat kau ni hah?" Badannya yang tadi menyandar kini telah pun menegak. Kesabaran yang tipis cuba dipupuk sebaik mungkin.

Shahmien minta penjelasan dengan mempamerkan wajah kehairanan. Suaranya disimpan kembali. Terasa rugi pula hendak menggunakan suaranya pada benda yang belum tentu dapat menyeselaikan permasalahannya.

Sebuah keluhan dilepaskan Zack." Dulu kau yang cakap yang perempuan tuh pun tak nak kahwin dengan kau." Zack menerima sebuah anggukan dari Shahmien.

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Where stories live. Discover now