Sofa empuk yang memenuhi ruang kamarnya menjadi tempat punggungnya mendarat. Bibir yang mulus itu terukir dengan senyuman manis saja sedari tadi.
Sungguh dia tidak menyangka bahawa hari ini dia telah bertemu dengan Shahmien Aiman bin Dato' Ridzhuan. Lelaki yang lama terhapus namanya dihati Sarina mula mengambil tempat lamanya semula.
"Tak sangka I boleh jumpa you hari ni. I miss you so much." Sarina bercakap sendiri. Hatinya riang-gembira sekali apabila mengenangkan ayat Shahmien yang terakhir itu.
" By the way, nice to meet you."
Sebaris ayat yang singkat itu telah menjadi baja buat sekuntum bunga di hati Sarina. Terpancar kemekaran bunga itu melalui riak wajahnya.
"Senyum meleret je anak ummi nih. Ada apa-apa yang ummi tak tau ke?" Kemunculan Datin Vida agak memeranjatkan Sarina.
"Ermm...maybe." Sarina yang memang manja dengan umminya bersedia untuk berkongsi ceritanya.
"Okey....so, boleh ummi tau?" Ruang sebelah Sarina menjadi tempat perlabuhan punggunggnya.
"Of course. Ummi tau tak, tadi Sofye jumpa Shahmien Aiman." Teruja sekali Sarina memulakan cerita.
"Anak Dato' Ridzhuan ke?" Datin Vida cuba mengingati.
"Yaaaa...Ummi tau tak, Shah handsome sangat ummi. Sofye rasa, Sofye dah jatuh cinta balik pada dia. OMG ummi, I'm so happy." Teruja benar Sarina meluahkan rasa hati.
Segala sesuatu perkara yang berkaitan dengan hidupnya pasti akan dikongsi bersama Datin Vida. Tiada rahsia antara mereka setelah kedua beranak itu kehilangan ketua keluarga mereka pada tiga tahun lalu di Turki.
"Lega hati ummi bila dengar Sofye dah jatuh cinta balik. Akhirnya terbuka juga pintu hati Sofye, tapi ummi nak tanya sikit. Sofye cintakan Shah kerana rupa paras dia saja ke?" Belakang badan Sarina digosok lembut. Hatinya gembira apabila perkhabaran itu dijamah tetapi kawatirnya sebagai seoranh ibu memang tidak dapat dielak. Sarina satu-satunya anak gadisnya. Dia tidak mahu sesuatu perkara yang buruk menimpa gadis itu.
"Mana ada ummi. Sofye betul-betul cintakan Shah. Dari dulu sampailah hari nih, perasaan cinta Sofye pada Shah tak pernah hilang. Bila Sofye jumpa Shah tadi, Sofye jadi yakin kalau yang Shah tu memang jodoh Sofye." Senyuman bahagia terukir di bibir nipis itu. Keyakinan yang mendalam menambahkan lagi semangatnya untuk memiliki Shahmien.
**********
Pagi yang hening lagi mendamaikan hati itu membuatkan mood Sarina menjadi ceria sekali. Awal-awal pagi lagi Sarina sudah bangun. Usai solat subuh, dia terus bersiap-siap untuk pergi berjumpa dengan Shahmien di pejabat.
Baju kurung moden yang dipakainya dikemaskan sedikit bergitu juga dengan tudung bawal yang tersarung kemas diatas kepala. Setelah puas dengan penampilan diri, beg tangannya dicapai dan bersedia untuk bertolak.
Sepanjang perjalan menuju ke Shah's Holding, senyuman mekar dari bibir Sarina tidak pernah lekang. Tidak sabar rasanya untuk bertemu si pujaan hati.
Setibanya di tempat yang dituju, Sarina keluar dari keretanya dan berdiri tegak dihadapan bangunan yang gah itu. Ketika kakinya sudah sedia untuk melangkah, tiba-tiba saja tangannya ditarik dari belakang membuatkan pergerakannya terhenti.
"You buat apa sini?" Teguran itu memeranjatkan Sarina.
"Ouh hye. I datang nak jumpa you la!" Teruja benar Sarina apabila jejaka idaman sudah ada di depan mata.
"For what?" Kemunculan Sarina membuatkan hatinya tidak senang. Dia sudah tidak mahu untuk menatapi wajah itu.
"Shah, I miis you. I nak rapat dengan you macam dulu balik. Please Shah." Sungguh lembut kata-kata Sarina. Jika lelaki lain yang mendengarnya pasti sudah cair. Namun bukan senang untuk mencairkan hati Shahmien Aiman setelah dikecewakan oleh Sarina sendiri.
"Masuk kereta dulu. Kita borak dalam kereta je." Arah Shahmien pantas. Terasa segan pula apabila ada beberapa mata yang sedang memerhati gelagat mereka.
"Kenapa mesti dalam kereta? You nak borak tempat lain ke? I boleh pandu." Setelah tubuh berjaya ditelan kereta miliknya, gadis itu mula membuka mulut. Terasa bahagia pula apabila dapat sekereta dengan Shahmien.
"Nope. I nak tanya sikit je. Apa motif you nak rapat dengan I semula? Hubungan kita dah berakhir." Malas hendak berbasa-basi, Shahmien terus ke tajuk utama.
"Shah? You tanya I kenapa? I love you so much. Of course I nak balik pada you. Shah, kita mulakan semula sayang. Please?" Tanpa berfikir panjang, Sarina terus meluahkan isi hatinya.
"What?!!! You dah gila ke apa? You yang tinggalkan I dulu, sekarang you datang nak mulakan semula? Mudahnya hidup you?" Hati Shahmien mulai panas.
"Listen, I dah kahwin dan I sayang isteri I sedangkan you hanyalah masa silam I. Mencintai you adalah sesuatu kesahan besar dalam hidup I. So please. Jangan ganggu I lagi. Sotong macam I tak layak untuk you." Shahmien pantas berlalu pergi setelah ayatnya dihabiskan. Perasaan marahnya cuba di kawal. Kisah silamnya mula kembali bermain-main di dalam ingatannya.
Throwback....
"Aku nak break." Tanpa salam mahupun sapaan awal, Sarina terus memulakan bicaranya dengan nada yang angkuh dan nampak malas saja untuk bersuara.
"What?!! Break?!" But why? Biy ada buat salah ke sayang. Kalau ada biy minta maaf tapi jangan la sampai break. Biy sayangkan sayang." Sungguh Shahmien kaget dengan apa yang dijamah oleh telinganya.
"I'm sorry. Tapi aku dah buat keputusan. Shah, aku malu couple dengan kau. Kau tau tak kawan-kawan aku kutuk aku kononnya aku bercinta dengan sotong. Aku tak dapat terima. Sebab tu aku nak break dengan kau. Kau faham kan situasi aku?" Jujur benar ucapan Sarina. Meski bernada lembut, namun tetap menyengat dihati Shahmien.
Shahmien tergamam. Tidak disangka Sarina sanggup berkata bergitu padanya. Hatinya hancur tidak terbentuk. Hanya kerana badannya yang tinggi lampai dan kurus serta kulitnya yang putih berseri tanpa sebarang parut mahupun jerawat, orang ramai menggelarnya sotong. Dia boleh terima itu semua tetapi tidak jika Sarina sendiri yang berkata.
"Ouhh, tak sangka. Kau pun akan cakap aku macam tu. Aku boleh terima kalau semua orang dekat sekolah ni panggil aku sotong, tapi aku tak boleh terima bila kau yang gelar aku macam tu. Kau nak break? Okey fine! Kita break. Kalau kesempurnaan yang kau cari, aku memang bukan orangnya. Dasar, harap pakaian ja sopan, alim. Tapi perangai, buruk."
Sungguh Shahmien tidak dapat menerima semua itu. Hatinya amat menyayangi Sarina tetapi mengapa madu diberi, hampedu dibalasnya. Gadis yang sopan dan lemah lembut dimata semua rupanya bisa mulutnya. Dia benar-benar kecewa. Perasaan benci terhadap wanita mulai menginap dihati. Ya! Dia benci akan wanita. Wanita hanya akan melukakan hatinya.
🎃🎃🎃🎃🎃🎃🎃🎃
Sorry..janji nak publish malam marin, sekarang baru publish...
Sis pakai smart fone je..so kena guna line..then line pulak buat hall..sorry again guys...
Hope enjoy dengan bab kali nih...walaupun agak mengarut.
hahahahahaTypo abaikan yer..
Klau ada slh or silap, komen je..sis boleh betulkan..☆jangan lupa tekan yer syg² sekalian..
Mmmuahhh...😘😘😘😘
YOU ARE READING
ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔
RomanceSofya Saffrina, seorang gadis yang terpaksa berkahwin dengan jejaka tampan yang kaya tetapi sombong .Sebagai insan yang mempunyai hati dan perasaan, dia akhirnya terima untuk membina istana bersama lelaki itu. Shahmien Aiman, seorang jejaka...