"aku tak suka perempuan lain minat aku!Aku dah ada perempuan yang aku paling sayang dan aku tak perlukan orang lain lagi! Tolong berhenti daripada minat aku dan tolong jangan kacau hidup aku lagi! Oh ya! satu lagi aku nak kau sedar. Kau tuh tak setaraf dengan aku. Kau tuh dah la miskin tak cantik pulak tuh. Kau ingat kau tuh layak ke untuk aku?"
Itulah ayat terakhir yang diluahkan oleh Shahmien iaitu crush kepada Saffrina sewaktu di sekolah menengah sebelum masing-masing membuka haluan sendiri . Hamburan daripada Shahmien amat terkesan buat Saffrina.Sehingga kini, setiap butir bicara yang dilafaskan oleh Shahmien melekat kuat diingatannya sehinggakan Saffrina tidak berani lagi untuk mendekatkan diri dengan mana-mana lelaki melainkan ahli keluarganya sendiri.
Hampir 10 tahun peristiwa itu berlalu namun tiada tanda-tanda yang mengatakan kisah itu akan terpadam dek perjalanan waktu. Saffrina mengeluh sendiri.Walaupu kehidupannya tidak lagi seperti dulu namun keperitan dimasa lalu tetap menghantuinya sehingga ke hari ini.Memang benar setiap keperitan yang dilaluinya adalah gara khilafnya sendiri. Khilaf seorang remaja yang amat teruja dengan dunia barunya sebagai budak sekolah menengah.Meminati seorang jejaka yang kaya raya dan tampan adalah kesilapan besar dalam hidupnya.
"Sedarlah diri kau tu sikit Sofya. Kau tu budak miskin.Kau tau tak, bila kau berjalan tepi Shah, kau orang sebijik macam enggang dengan pipit."Sekali lagi Saffrina terkenangkan saat dia dimalukan dihadapan sahabatnya oleh Sarina,iaitu kekasih kepada Shahmien semasa zaman persekolahan.Walaupun nama mereka seakan sama namun masing-masing mempunya persenaliti yang berbeza dan jurang taraf hidup yang ketara.
Setelah tamat pengajiannya di peringkat sekolah menengah, Saffrina sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur dan menetap disana kerana terpaksa mengikuti abangnya yang bekerja sebagai seorang juruterbang.Pada mulnya memang benar keluarga Saffrina merupakan keluarga yang sederhana. Tidak terlalu kaya dan tidak juga terlalu miskin. Namun bagi sesiapa yang hidup didalam golongan yang mewah, kehidupan Saffrina dianggap miskin.Kehidupan yang sederhana telah berganti mewah dengan kejayaan yang diraih oleh abangnya,Naim Danial.
Saffrina merebahkan tubuhnya diatas katil yang diperbuat daripada kayu serta terdapat ukiran bunga yang halus dan eligen.Chubby yang berada di penjuru katil dicapainya lalu dipeluknya erat."Bila la aku dapat lupakan semua ni ubby. Aku penat la macam nih, hari-hari asyik benda sama yang aku fikir. Aku penat la kalau macam nih terus." Luah Saffrina kepada patung burung hantu kesayangan yang diberi oleh sahabatnya sempena ulang tahunnya yang ke 17 pada beberapa tahun lalu.
Tersenyum saja Saffrina apabila Chubby kesayangan menghadiahkan pandangan yang kosong beserta senyuman palsu.Chubby lah peneman setianya apabila dia lagi dilema. Bagi Saffrina, Chubby adalah pengganti sahabatnya yang kini telah sambung pengajian ke luar negara. Setelah mereka sekaluarga berpindah menetap di Kulala Lumpur, Saffrina dan sahabatnya Sarah tidak lagi berhubung bahkan bertemu.Perkhabaran yang mengatakan Sarah telah sambung belajar ke luar negara juga diketahui setelah dia pulang ke kampung halamannya. Itupun mujurlah dia bertemu dengan Izhar, classmatenya dulu.
Pada mulanya agak sukar untuk Saffrina menerima kenyataan itu.Maklum saja lah, seorang insan yang bergelar sahabat selama hampir 15 tahun bergitu tega meninggalkannya tanpa sebarang nota.Namun, setelah difikirkan kembali dia cuba untuk berfikiran positif. Dia menganggap Sarah pergi tanpa pengetahuannya diatas sebab yang tidak dapat dielakkan. Sehingga kini dia masih lagi mananti kepulangan sahabatnya itu.Pelbagai cara juga yang dilalukan semata-mata untuk berhubung dengan Sarah, namun semuanya bagaikan angin yang berlalu tanpa hasil.Akhirnya dia hanya redha dan berserah
"Kau pergi mana aahh Sarah? Sampai sekarang aku tak dapat apa-apa berita tentang kau. Kau sihat ke? Kau ingat aku lagi tak?" Tanpa sedar, perlahan-lahan air jernih mengalir di pipi mulus milik Saffrina."Apa salah aku pada kau ah? Jahat sangat ke aku sampai sahabat kau sendiri pun kau tak bagi tau mana kau pergi". Air kian deras mengalir. Saffrina mencubit-cubit pipi Chubby. Mugkin dia lagi membayangkan Chubby itu adalah Sarah.
YOU ARE READING
ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔
RomanceSofya Saffrina, seorang gadis yang terpaksa berkahwin dengan jejaka tampan yang kaya tetapi sombong .Sebagai insan yang mempunyai hati dan perasaan, dia akhirnya terima untuk membina istana bersama lelaki itu. Shahmien Aiman, seorang jejaka...