Empat hari berlalu membuatkan Saffrina cukup bosan berada di rumah. Pagi itu dia kelihatan bergitu ceria sekali. Manakan tidaknya, hari ini dia sudah bisa untuk pergi ke cafe. Tidak sabar pula rasanya dia hendak menyiapkan segala tempahan dari pelanggannya.
Satu per dua hari Saffrina di cafe amatlah meletihkannya. Terdapat banyak tempahan kek yang perlu disiapkan dengan pelbagai bentuk, tema dan corak. Nasib baik Ikin dan Icha ada. Sedikit-sebanyak mereka mampu untuk meringankan beban Saffrina disamping menyegerakan penghasilan kek yang ditempah oleh para pelanggan.
"Dik, ada orang nak jumpa." Kedengaran suara Syaza dari arah belakang.
"Siapa kak?" Soal Saffrina. Tangan yang dibaluti sarung tangan cuba ditanggalkan.
"Cik Misya."
"Ouh, okey. Ikin tolong basuh bekas ni semua and Icha tolong simpan bagi kemas ya. Lepas tu kamu berdua boleh pergi rehat." Setelah arahan diberi kepada lekerjanya, dia lantas keluar dari ruangan tersebut.
Dari jauh sudah kelihatan batang tubuh milik Misya yang cantik. Misya bukan sekadar seorang fashion designer, kekadang dia juga akan jadi model untuk designya sendiri bagi menjimatkan kos.
"Hye sis. So, why you want to meet me?" Sapa Saffrina penuh diva.
"Tak payah nak over sangat la." Menyampah benar Misya dengan kelakuan Saffrina yang kononnya diva itu.
"Bongok la kau nih. Aku baru je nak menggedik dengan kau. Haiiss. Kau datang sini nak apa? Mesti bersebabkan?" Tawa yang ditahan sedari tadi akhirnya terhambur keluar juga. Kalau dengan Misya, dia mampu untuk menjadi pelbagai jenis watak manusia termasuk gedik.
"Kau tak buat gedik pun memang dah gedik." Kutuk Misya tanpa rasa bersalah.
Saffrina yang mendengar sekadar menjulingkan matanya keatas menandakan dia tidak kisah. Dah selalu pun kena kutuk dengan sepupunya sendiri.
"Lapar la beb. Jom makan?" Mukanya sengaja dicomelkan dan perutnya ditekan menandakan lapar.
"Aku on. Tapi kau yang belanja." Balas Saffrina lagi sambil tersengih macam kerang busuk.
"Ye la. Konon dapat suami kaya-raya. Anak dato' lagi. Tapi makan aku yang belanja." Bebel Misya sambil berjalan menuju ke mobilnya.
"Laki aku yang kaya. Aku nih mujur la tak kayap." Sempat lagi Saffrina membalas sebelum dirinya ditelan kereta.
Jus epal yang segar disedut rakus. Nikmatnya mulai terasa setelah air itu mengalir membasahi kerongkong. Dahaga yang dirasa sebentar tadi mulai hilang setelah hampir setengah gelas air itu disedut oleh Misya.
"So, ada apa kau nak jumpa aku? Have a any problem maybe?" Pembuka bicara dimulakan dengan Saffrina.
"Tak ada apa pun. Aku saja nak lari dari Datin Marina tuh. So, aku bagi la alasan nak jumpa costumer aku yang lain." Dengan jujurnya Misya menjawab. Saffrina yang mendengar mulai geleng kepala.
"Ouh ya, by the way macam mana hubungan kau dengan Shahmien? Bila nak bagi aku baby?" Misya sudah mula membuka soalan panas disitu.
"Banyak kau punya baby. Aku nih tengah serabut tau tak." Dengar saja topik itu, kepalanya mulai rasa berat.
"Kenapa? Kau gaduh dengan dia ke?" Semakin tertarik Misya untuk tahu dengan lebih mendalam.
"Tak gaduh pun. Cuma...cuma dia dahh..dia dah jatuh cinta dengan aku." Lambat-lambat Saffrina memberitahu perkara sebenar.
"What!? OMG! Are you serious honey?" Teruja benar Misya setelah mendengar pengakuan dari Saffrina.
"Yup. But that is not good for me okey." Balas Saffrina mengakibatkan keterujaan Misya hilang.
"But why? He is your crushed at school right?" Misya mula pening dengan sikap Saffrina.
"Tapi tu dulu. Sebelum dia malukan aku depan orang ramai. Kau ingat aku boleh lupakan semua tu? No way." Balas Saffrina. Terserlah muka menyampahnya.
"Okey, aku faham tapi kau ke..."
"Sofya? Yes Sofya. Awak buat apa dekat sini? Boleh saya duduk sekali?" Tidak sempat Misya menghabiskan ayatnya, tiba-tiba saja suara Firman yang mencelah dari belakang.
"Yes, she is Sofya and i am Misya. Kami tengah bercucuk-tanam dekat sini and kenapa you potong cakap I? I tak habis cakap lagi tau! Who are you hah!?" Pantang tujuh keturunan buat Misya jika dia sedang bercakap mengenai sesuatu yang penting dan ada yang memotong cakapnya lebih-lebih lagi orang itu langsung tidak dikenalinya.
"Ouh, you tengah bercakap ke tadi? Sorry I tak perasan." Selamba saja Firman meminta maaf seolah-olah memujuk budak kecil dengan memberi mainan.
"Hye Sofya. Awak pergi mana sehari dua nih. Saya tak nampak awak pun dekat cafe?" Selesai dengan Misya, dia beralih pula keoada subjek utamanya
"Aku pergi tandas jap beb. Ada lalat pulak dekat sini. Tak selera aku nak makan." Santai saja Misya membahasakan Firman sebagai lalat.
Disitu, Saffrina yang serba tak kena. Tidak taju untuk berbuat apa, akhir sekali dia terus menyedut minumannya.
"Apa masalah dengan kawan awak tuh?" Soal Firman kebingungan.
"Sorry, dia memang macam tuh pantang kalau ada orang yang potong cakap dia dan mintak maaf pulak acuh tak acuh je." Terang Saffrina jujur yang sejujur-jujurnya.
"Okey. Tak kisah la. Awak macam mana sekarang."
"Aku macam ni la. Tak ada apa yang berubah pun. Tetap macam dulu." Balas Saffrina malas.
"Maksud saya, awak dah kahwin ke belum? Awak still single kan?" Soalan cepu mas mula dilontar membuatkan Saffrina serba salah untuk menjawabnya.
"Sebenarnya saya.."
"Hye sayang. Dekat sini sayang rupanya. Merata abang cari sayang tau." Jika tadi Firman yang memotong cakap Misya, kini Shahmien pula yang memotong cakap Saffrina.
"Ehh..a..abang. Abang cari sa..sayang? Sorry la tadi a..sayang lupa nak bagi tau abang kalau yang sayang keluar makan dengan Misya." Tergagap Saffrina membalas kata Shahmien. Kecut perutnya apabila menerima panahan mata tajam milik Shahmien.
"Misya? Awak nama Misya ye?" Soal Shahmien sinis.
"Firman. Kawan lama Sofya." Tangan dihulur sebagai tanda pertemuan.
"Shahmien, suami kepada Sofya." Tangan yang dihulut Firman disambutnya.
"Misya mana?" Soal Shahmien lagi dengan suaranya yang cuba dikawal daripada dirasuk oleh api kemarahan.
"Dia pergi tandas." Takut-takut Saffrina menjawab.
"Ouh.. tandas.. Bro, tolong bagi tau Misya kalau yang aku bawa Sofya lunch tempat lain." Tanpa menunggu sebarang balasan dari Firman. Shahmien terus berlalu pergi sambil tangan sasanya memeluk erat tubuh Saffrina.
Sepi. Satu patah perkataan saja yang perlu diguna untuk menggambarkan situasi di dalam perut kereta tersebut. Masing-masing menyepi tanpa sebutir kata.
Shahmien diam seribu bahasa kerana ingin mengepung kesabaran yang hampir terlepas dek tiupan angin cemburu. Ya dia cemburu apabila melihat Saffrina bersama lelaki lain.
Saffrina pula malas hendak bersuara apatah lagi menceritakan perkara yang sebenar. Jika Shahmien ingin cemburu sekali pun, apa dia peduli. Yang penting, dia benar-benar malas hendak bertikam lidah dengan Shahmien hanya untuk perkara yang remeh bergitu.
YOU ARE READING
ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔
RomanceSofya Saffrina, seorang gadis yang terpaksa berkahwin dengan jejaka tampan yang kaya tetapi sombong .Sebagai insan yang mempunyai hati dan perasaan, dia akhirnya terima untuk membina istana bersama lelaki itu. Shahmien Aiman, seorang jejaka...