BAB 18

6.7K 199 2
                                    

Ruangan mewah itu bagai mengepung kedukaan yang tiada kesudahan buat Shahmien saat melihat sekujur tubuh yang kaku terbaring di katil. Wajah tua itu ditatap lama tanpa jemu manakala tangan Dato' Ridzhuan pula digenggam erat bagi menyalurkan semangat buat bapanya yang sedang bertarung nyawa.

Meski dia telahpun menunaikan impian Dato' Ridzhuan namun dia tahu bahawa impian itu masih lagi tidak sempurna. Jasadnya saja yang menunaikan impian tersebut sedangkan hatinya masih lagi tidak mampu.

Tangan tua yang dipegang erat bergetar akibat menahan tangis. Pada saat itu, Shahmien merelakan saja air mata lelakinya gugur. Bukan kerana sudah tidak ada rasa malu tetapi kerana kesedihan yang melanda serta ditambah pula ruang yang hanya mengisi dia dan bapanya sahaja.

Beberapa detik masa berlalu, tiba-tiba sahaja dia merasakan ada pergerakan lain pada tangan yang digenggam. Kepala yang tadinya tertunduk terus dipanggungkan.

"Daddy!" Itu saja yang terluah dari bibirnya saat menangkap mata milik Dato' Ridzhuan terbuka dan memandangnya sayu.

"Sh..sh.."

"Daddy, daddy jangan banyak cakap lagi. Kejap Shah panggilkan doktor." Laju saja dia memotong ayat bapanya saat melihat kepayahan Dato' Ridzhuan untuk melontarkan kata.

"Ja..jangan. Daddy okey." Dato' Ridzhuan cuba menghalang.

"Tapi daddy tak.."

"Daddy okey. Mummy dengan Sofya mana?"

"Dia orang balik ambil barang. Daddy nak jumpa dengan dia orang ke? Shah boleh call sekarang." Keterujaan yang melanda membuatkan Shahmien tidak sabar-sabar untuk memberi tahu kepada mummy dan isterinya.

"Tak apa......"

Sunyi. Masing-masing kaku.

"Shah....daddy harap kamu mampu menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. Jaga keluarga kita baik-baik." Saat berkata, Dato' Ridzhuan memandang tepat ke anak mata Shahmien. Mengharapkan anak lelakinya faham akan apa yang ingin disampainya.

"Daddy, Shah.."

"Shah....daddy dah tak sanggup nak tanggung semua penderitaan ni Shah. Izinkan daddy untuk lepaskan tanggungjawab daddy pada Shah."

"Tapi daddy, kami masih lagi perlukan daddy. Kami tak sanggup kehilangan daddy" Shah mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan daddynya.

"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Daddy harap Shah mampu jaga family kita dengan baik. Jangan jadi ketua yang di harapkan, tapi jadilah ketua yang diperlukan." Dato' Ridzhuan berhenti seketika menahan sakit.

Shahmien yang melihat keadaan bapanya yang pucat itu membuatkan rasa takut kian bertambah. Sesungguhnya dia amatlah takut akan kehilangan bapa kandungnya.

"Daddy mintak ampun pada Shah."

"Daddy tak pernah buat salah dengan Shah daddy. Shah yang banyak berdosa dengan daddy. Ampun Shah daddy. Halalkan makan minum Shah." Shahmien sudah tidak dapat mengawal kesedihannya. Air mata yang telah berhenti turun kembali. Segala rasa malunya hilang ditelan waktu.

"Daddy dah lama ampun kan Shah. Sampaikan maaf daddy buat mummy dan Sofya dan bagi tahu mereka yang daddy dah lama ampunkan mereka dan semua yang mengenali daddy. Tolong relakan pemergian daddy Shah." Tenang saja Dato' Ridzhuan meluahkan isi hatinya. Tidak ada langsung kesangkutan pada bait bicaranya.

Shahmien yang mendengar setiap butir bicara insan yang disanjunginya hanya mampu mengangguk tanpa sebarang kata.

Sedetik kemudian, Shahmien mulai sedar akan perubahan Dato' Ridzhuan dalam mengawal pernafasannya. Dengan sepantas kilat Shahmien memangku bapa kandungnya dan perlahan-lahan Shahmien mengucap kalimah Syahadah.

Usai kalimah terakhir Dato' Ridzhuan lafazkan, akhirnya dia menghembus nafas terakhirnya. Tenang saja wajah Dato' Ridzhuan. Bibirnya tersenyum manis.

Tanpa menunggu lama, Shahmien tunduk dan melabuhkan hidungnya pada dahi arwah. Dicium dengan penuh shahdu jasad itu. Badannya terhinggut-hinggut menahan tangis.

Kemudian, kain selimut ditarik sehingga melepasi wajah dan tangannya memicit butang kecemasan yang berwarna merah di tepi katil untuk memanggil doktor.

******************************

"Mummy, jom balik. Dah lewat nih" Shahmien memegang bahu Datin Maria untuk menyedarkan wanita itu dari lamunan kesedihan.

"Shah dengan Sofya balik la dulu. Mummy nak teman daddy di sini." polos saja suara Datin Maria saat melontarkan kata. Bibirnya tersenyum sedikit.

"Tapi sekarang dah senja mummy. Jom balik dulu. Esok-esok kita datang balik." Kali ini Saffrina pula memainkan peranan. Jika Shahmien memegang bahu kanan, dia pula memegang bahu kiri Datin Maria.

"Tak boleh. Kalau mummy pulang, siapa yang nak temankan daddy?" Kata Datin Maria lagi sambil menggosok lembut tanah timbunan kubur tersebut.

"Mummy, jangan macam nih. Jom balik. Mummy tak kesiankan daddy? Please mummy, relakan pemergian daddy." Batang tubuh milik Datin Maria di peluk sebak. Kasihan benar dia melihat keadaan ibu kandugnya itu.

"Daddy yang tak kesiankan mummy. Mummy tak pernah tinggalkan daddy sorang-sorang, tapi kenapa daddy tinggalkan mummy? Apa salah mummy?" Kini Datin Maria sudah tidak mampu menahan sedih. Untuk kesekian kalinya air mata mahalnya mengalir membasahi pipi. Datin Maria memeluk kubur arwah sambil teresak-esak menagis.

"Dah la mummy. Daddy tak pernah tinggalkan kita. Daddy sentiasa ada untuk kita. Ada dalam hati kita. Mummy tak baik buat macam nih. Mummy kena redha dengan ketentuan ilahi." Shahmien cuba menarik Datin Maria dari terus memeluk tanah kubur itu. Kata-kata semangat dan nasihat turut diluahkan bagi memujuk hati mummynya yang hancur. Air mata yang hampir gugur ditahan semampu mungkin. Tidak akan dia membenarkan sesiapa melihat air matanya. Sebagai ketua keluarga, dia perlu kuat.

Saffrina yang melihat adengan itu turut mengundang kesedihan buat dirinya. Air matanya turut gugur untuk yang kesekian kalinya. Mungkin dia bukan anak kandung buat Dato' Ridzhuan tetapi kasih sayang yang bapa mertuanya curah amatlah memberi kesan buatnya.

"Mummy..mummy..na.."

"Ya Allah, mummy!"

"Mummy, kenapa nih?"

Keadaan menjadi kelam-kabut apabila tiba-tiba saja Datin Maria tidak sedarkan diri. Tanpa berlengah. Shahmien terus mengangkat tubuh mummyna dan dibawa ke kereta. Saffrina pula menyambar barang-barang yang digunakan tadi untuk dibawa pulang.

******************************

"Macam mana doktor?" Shahmien mula menyoal apabila doktor peribadi kelurga mereka selesai memeriksa.

"Datin Maria tidak mengalami sebarang penyakit berbahaya cuma dia agak tertekan. Mungkin datin masih lagi tidak dapat menerima kenyataan mengenai pemergian Dato' Ridzhuan. Encik dengan puan jangan risau, Datin Maria hanya perlu banyak berehat dan kalau datin masih lagi tertekan, encik boleh bagi datin makan ubat ini yaaa." Terang doktor tersebut panjang lebar sambil menghulurkan ubat buat Datin Maria.

"Terima kasih ya doktor." Ubat diambil dan ucapan terima kasih diluahkan. Shahmien berasa lega sedikit kerana Datin Maria tidak menghidapai sebarang penyakit kronik.

Pada malamnya, mereka mengadakan kenduri tahlil. Tidak terlalu besar. Sekadar menjemput jiran, saudara-mara dan rakan-taulan yang mengenali keluarga mereka.

Segala persiapan majlis pada malam itu diuruskan oleh Shahmien dan Saffrina. En. Adnan, Pn. Melur dan Danial turut ada bagi membantu apa yang perlu. Datin Maria pula hanya diam membisu sejak tersedar dari pengsan. Sekadar angguk dan geleng sahaja menjadi bahasa insyarat buat Datin Maria. Apabila para tetamu membaca yasin, dia turut membaca yasin. Air mata juga turut mengalir disaat yasin dialunkan.

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Where stories live. Discover now