Kek yang telah siap dihias Saffrina diberikan kepada Shahmien pula untuk menambah beberapa biji coklat chips.
Seketika kemudian, iPhone milik Shahmien menjerit minta diangkat sewaktu pemiliknya sedang sibuk dengan tugasan lain.
"Abangad, ada orang call nih." Beritahu Saffrina takut-takut suaminya tidak mendengar walaupun nada dering yang digunakan agak kuat sehingga memenuhi ruangan dapur itu.
"Siapa?" Shahmien masih lagi dengan fokusnya terhadap kek yang sedang dihias.
"Zack." Nama yang tertera di skrin iPhone disebutkan.
"Sayang jawabkan kejap."
Saffrina akur. pantas panggilan itu di jawab.
"Assalamualaikum" sapa Saffrina ramah.
"Ada. Nak cakap dengan dia ke?" Balas Saffrina lagi setelah mendengar bicara dari corong iPhone itu.
"Kejap. Abang, Zack nak cakap. Nah." IPhone 6s itu dihulurkan kepada Shahmien namun tidak disambut sebaliknya tangan yang kotor ditayangkan.
Tiada pilihan. Saffrina menekapkan iPhone tersebut pada telinga suaminya.
"Ermm."
"Keluar? Mana?"
"Kau biar betul?"
"Okey, kalau macam tu aku datang sekarang."
"Okey,"
"Nak pergi mana?" Panggilan dimatikan. Setiap butir bicara Shahmien didengari dengan teliti. Tanpa menunggu lama, Saffrina terus menyoal.
"Nak keluar jap jumpa Zack. Abang pergi dulu ya?" Balas Shahmien dengan senyuman melebar. Tangan yang kotor dicuci dan dia terus berlalu pergi setelah huluran tangannya disambut oleh Saffrina untuk bersalam. Ciuman hangat di dahi licin Saffrina turut dihadiahkan.
Hati Saffrina kosong. Hilang terus moodnya untuk menyiapkan kek untuk hari esok. Dengan adanya Shahmien, terasa ceria saja dapur itu meski banyak kali dia terkena dengan suaminya itu. Keluhan berat dilepaskan.
"Ala , balik kejap lagi akak jumpa la suami akak tu dekat rumah." Icha yang perasan akan perubahan pada riak wajah bosnya, mula memberi tiupan semangat sedikit.
"Ehh, mana ada. Akak okey la." Nafi Saffrina. Ikin dan Icha tersenyum saja. Kenal sangat dengan sikap majikan mereka.
Tiba waktu cafe ditutup, Saffrina dan para pekerjanya mengemas apa yang patut. Banyak juga barang yang perlu dikemas akibat pelanggan yang ramai pada hari itu.
Sedang leka mengemas, tiba-tiba saja nada dering dari iPhone milik Saffrina bekerja. Tanpa menunggu lama, Saffrina terus mengangkat panggilan tersebut.
"Assalamualaikum" Ramah saja permulaan kata Saffrina.
"Waalaikummussalam, boleh saya bercakap dengan Pn. Saffrina?" Kedengaran suara lembut wanita dari corong iPhone.
"Ya, saya sendiri. Ni siapa ya?" Balas Saffrina.
"Saya ingin memaklumkan bahawa suami Pn. Saffrina terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya dan kini dia sedang dirawat di Hospital." Lancar saja wanita itu memberi maklumat terbaru kepada Saffrina mengenai Shahmien sedangkan Saffrina sendiri sudah tersekat-sekat peredaran oksigen dalam tubuhnya.
"Ya Allah, baik..baik cik, saya akan datang sekarang. Terima kasih atas maklumatnya." Sambil membalas, air matanya mengalir perlahan. Mujur saja dia sedang duduk ketika itu. Jika tidak, pasti sudah jatuh kelantai.
"Dik, kenapa nih?" Syaza yang kaget dengan sikap Saffrina terus menerpa dan bertanyakan hal yang sebenar.
"Shah eksiden kak. Saya nak kena pergi sekarang. Akak tolong kunci cafe ya kejap lagi." Tanpa menunggu balasan dari Syaza, Saffrina terus berlalu pergi setelah mencapai beg tangannya.
YOU ARE READING
ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔
RomanceSofya Saffrina, seorang gadis yang terpaksa berkahwin dengan jejaka tampan yang kaya tetapi sombong .Sebagai insan yang mempunyai hati dan perasaan, dia akhirnya terima untuk membina istana bersama lelaki itu. Shahmien Aiman, seorang jejaka...