BAB 16

7.2K 204 4
                                    

Air sungai yang tanpa jemu mengalir dipandang sayu. Sungguah dia tidak menyangka bahawa dia bakal menjengah kembali ke kampung itu setelah tujuh tahun berlalu.

Tiupan angin yang membadai lembut tubuhnya membuatkan Saffrina berasa selesa disitu. Keindahan kampung yang bergitu lama ditinggal membuatkan hatinya degil untuk berganjak pergi walaupun hari telah lewat petang.

Sungguh jiwanya nyaman berada di tepi sungai sambil ditemani irama muzik yang dihasilkan oleh alam tanpa sedikitpun campur tangan dari manusia. Irama asli hutan. Itulah bunyi yang mendamaikan hatinya. Andai dia berdaya untuk menghentikan waktu, pasti telah lama dia lakukan agar keindahan itu terus dirasa.

Namun, kedamaian yang dirasa pantas saja dirampas sang teknologi. IPhon S6 yang berada disisinya menjerit kuat minta dijawab. Saffrina yang agak kaget akan bunyi peragut keindahan alam itu mendegus kasar. Tangannya mencapai IPhone tersebut lalu menyapu skrin untuk menjawab panggilan.

"Hmmmh!" Dingin saja sapaan Saffrina sebagai permula kata apabila Shahmien yang menjadi sang pemanggil.

"Kau ada mana nih?" Saffrina dan Shahmien. Nada yang digunakan sama keras sama dingin.

"Ada je kat sungai belakang nih." Jawabnya malas.

"Kau buat apa kat sana? Balik cepat! Dah maghrib nih." Usai berkata Shahmien terus mematikan talian. Kalau tidak diletak, pasti pelbagai alasan yang bakal dijamah telinganya.

"Ish, dah la ganggu ketenteraman aku, mengarah aku macam anak kucing pulak tuh. Dasar lembu!"  Bebel Saffrina geram.

Pada malam itu, masing-masing hanya menjalankan aktiviti sendiri.Tiada apa yang menarik dilakukan. Shahmien sibuk dengan rancangan di kaca TV, Saffrina pula sibuk dengan tempahan kek yang diterimanya. Bukan membuat kek tetapi sekadar melayan kerenah para pelanggan yang mahukan yang terbaik melalui laman sosial WhatsApp.

"Kau tidur bilik hujung sana. Bilik tengah tu aku punya." Shahmien bersuara sambil menunjukkan kedudukan bilik setelah sejam berlalu.

"Okeyyhh" Balas Saffrina bersahaja.

Mendengar jawapan Saffrina yang acuh tak acuh itu membuatkan Shahmien malas untuk terus bersuara. Kakinya pantas menuju kearah bilik tidurnya.

Esok paginya, Shahmien bangun dari lena yang nyenyak seawal tepat enam pagi. Seperti pagi yang lain, Shahmien membersihkan diri, berwuduk dan bersedia untuk solat. Tika tikar sejadah dibentangkan, hatinya tiba-tiba saja terdetik nama Saffrina.

"Dah bangun ke belum minah nih? Kang kalau dia tak solat, aku juga yang kena. Aish, tak boleh tak boleh." Bicara Shahmien sendiri sebelum keluar dari biliknya untuk melihat Saffrina sama ada sudah bangun ataupun masih asyik dibuai mimpi.

Saat kakinya ingin melangkah menuju ke arah bilik isterinya, tiba-tiba matanya menangkap susuk tubuh seseorang di atas sofa ruang tamu. Pantas saja otaknya menyuruh dua batang kakinya untuk melangkah ke arah susuk tubuh itu.

Seperti yang dijangkakan, Saffrina sedang enak terlentuk di atas sofa. Shahmien yang melihat keadaan itu hanya mampu menggelengkan kepala sambil tangan mula menggaru tengkuknya yang tidak gatal.

"Sofya, bangun cepat. Dah lewat nih nak solat." Kejutan Shahmien bermula dari bahagian kaki.

"Ermmhh..." Itu sahaja yang mampu diluahkan Saffrina sebelum diam semula.

"Sofya, bangun cepat! Lewat dah ni." Nada suara dan henjutan pada kaki Saffrina dikuatkan lagi. Namun tiada sebarang balasan daripadanya.

"Ish kau nih! Degil betul kan nak bangun?" Shahmien mula baran dengan kedegilan Saffrina.

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Where stories live. Discover now