BAB 30

6.7K 194 0
                                    

"Salah kau jugak. Asal la kau bagi tau dia mengejut macam tuh?" Zack mula naik geram dengan sikap Shahmien.

"Dah aku sayang dia, aku cakap je lah. Nak sembunyi buat apa?" Shahmien membela diri.

"Hmmm.. bagus la tuh. So, sekarang kau nak buat apa bila dengar jawapan dia?" Sinis sja bunyi dari soalan Zack.

"Yang itu aku memang tak tau. Nak tak nak, kau kena tolong aku cari akal. Bengang jugak aku dengan jawapan dia tadi." Shahmien berkata jujur.

"Ha tau pun kau? Adoii.. masalah pandai buat. Selesainya haram." Luahnya geram. Jelingan tajam dihadiahkan sebelum bangun dari duduknya.

"Aku rasa kau kena main jugak la game nih." Idea mula disumbangkan namun tidak difahami oleh Shahmien. Sekadar kerutan didahi saja sebagai balasan.

"Kau ikut je semua rentak dia. Kau cuba pikat dia sehabis mungkin. Der, hati perempuan memang keras, tapi kalau kena dengan cara, lembut jugak." Luah Zack lagi.

"Pikat dia." Ulang Shahmien sambil berfikir.

"Ye... pikat dia. Dah la, aku nak keluar jap. Kalau kau nak tidur sini, kau tidur lah." Zack berlalu pergi setelah kunci keretanya dicapai.

Beberapa minit berlalu, Shahmien pula yang mencapai kunci keretanya untuk pulang. Sepanjang perjalanan, bibirnya memanjang mengukir senyuman. Tidak dabar rasanya untuk pulang bertemu dengan Saffrina.

"Kau benci aku ye? Tak pe. Nanti kita tengok. Perasaan benci kau tu jadi sayang." Shahmien mula merasakan ada suatu keyakinan yang luar biasa. Keyakinan memiliki hati Saffrina.

Setibanya di rumah, ruangan utama yang dituju adalah kamarnya sendiri. Perlahan saja pintu itu dibuka.

Terlihat sekujur tubuh sedang terbaring elok di atas sofa. Shahmien tersenyum senget. Geli hati melihat tingkah sang isteri. Tubuh yang diselimuti dengan confoter itu dirapati.

"Kenapa aku macam pernah kenal kau sebelum ni hah?" Shahmien menyoal perlahan sambil menyelitkan rambut yang berjuntai pada wajah di telinga.

"Wajah kau nih selalu ingatkan aku pada seseorang. Tapi aku sendiripun tak tau siapa." Luahnya lagi. Dahi licin Saffrina menjadi temlat bibirnya mendarat.

Selesai urusannya disitu, dia menuju pula ke kamar Saffrina. Sengaja ingin mengetahui keperibadian wanita itu dengan lebih mendalam. Mungkin bilik itu mampu menunjukkan sikap sebenar isterinya.

Lampu ruangan itu dibuka dan matanya terus menjamah pelbagai barang yang bertemakan burung hantu. Kepalanya digelengkan. Senyuman juga terbit tanpa sedar.

"Memang cik burung hantu betul la bini aku nih." Setiap inci ruangan itu ditelitinya.

Dalam pada hatinya tercuit dengan setiap hiasan di dalam kamar tersebut, tiba-tiba hatinya tertarik pada seekor patung burung hantu kecil yang terletak elok diatas meja sisi katil.

"Macam familiar je patung nih?" Wajah kehairanan dipamerkan.

"Shahffrin? Siapa pulak Shaffrin nih? Lelaki ke perempuan arh?" Shahmien mula bingung sendiri. Bait-bait cemburu mula terbit.

Lama dipandang rupa comel patung itu. Otaknya cuba dikerahkan sebaik mungkin. Mana la tahu, otaknya dapat menyampaikan data masa lalunya yang mungkun berkait rapat dengan patung kecil tersebut.

Beberapa detik berlalu, keluhan hampa dilepaskan. Serebrumnya gagal menyumbang sebarang data yang diingini. Akhirnya dia keluar dari kamar tersebut.

******************************

"Morning sayang, masak apa tu?" Pagi itu Shahmien sengaja menggunakan bahasa yang romantik buat Saffrina. Itu merupakan salah satu cara untuk dia memikat sang isteri.

"Morning. Tak ada masak apa pun. Just bakar roti je untuk breakfast." Saffrina pula langsung tidak kaget mahupun kekok.

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Where stories live. Discover now