BAB 34

6.1K 348 5
                                    

Shahmien terpana seketika. Kaget benar dia akan tindakan drastik daripada Saffrina. Sebarang tindakan gagal dilakukan.

"Who is she? Kenapa emo semacam je?" Sarina yang turut kaget akan perilaku Saffrina tadi meluahkan rasa menyampahnya dan taksemena-mena punggung dilabuhkan pada kerusi dimana menjadi alas punggung Saffrina sebentar tadi.

"She is my wife! Of course la dia emo. You memandai ungkit kisah lama buat apa?" Shahmien mula baran dengan tindakan Sarina.

"Eh, you nak pergi mana nih?" Sarina cuba menahan lelaki di hadapannya. Rasa rindu terhadap jejaka tampan itu masih lagi tidak terubat dengan sepenuhnya.

"I nak.."

' You're my honeybunch, sugar plum....Pumpy-umpy-umpkin ....You 're my.....'

kata-kata Shahmien terhenti apabila nada dering iPhonenya berbunyi. Tidak perlu melihat nama pengirimnya, dia sudah tahu bahawa pesanan ringkas itu datangnya daripada Saffrina. Sengaja Shahmien membezakan nada dering antara Saffrina dan orang lain. Paling kurang, dia tahu pesanan itu datangnya dari siapa.

Pesanan ringkas itu dibuka dan dibaca senyap dalam hati. Keluhan berat dilepaskan.

"See! Ini semua salah you!" IPhone yang tidak berdosa itu dicampak kasar ke atas meja.

"What! Kenapa I pulak?" Sarina bingung sendiri.

"Dah la! I balik dulu. By the way, nice to meet you."

"Wait, I masih lagi x dapat nak lepaskan rindu I pada you." Wajah sedih, Sarina pamerkan bagi meraih simpati dari sang kumbang.

Namun apakan daya, Shahmien langsung tidak memperdulikan Sarina. Lelaki
itu terus melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang.

**************

Setibanya di rumah, Shahmien terus melangkah menuju ke dalam rumah. Kelihatan susuk tubuh Datin Maria yang sedang asyik menonton TV diruang tamu.

"Mummy, adik dah sampai ke belum?" Sambil menyalam tanda hormat, perkhabaran mengenai isterinya lantas ditanya.

"Aaha, baru je sampai. Ada dalam bilik tu. Kamu berdua bergaduh ke?" Datin Maria mula tidak sedap hati.

"Tak lah mummy. Salah faham sikit je. Shah naik dulu ya?" Hendak ditipu, terasa bersalah. Hendak jujur, tidak patut pula membuka masalah rumah tangganya kepada orang lain meskipun ibunya sendiri.

Taman bunga mini milik Datin Maria menjadi tatapan matanya. Terdapat pelbagai jenis bunga yng beraneka warna, namun tiada satu pun yang mampu mengubati hati yang carik dikoyak Shahmien dan Sarina.

Air jernih perlahan-lahan mengalir membasahi pipi. Setiap inci wajah Sarina menjadi bayangan dimatanya. Seraut wajah itu langsung tidak mampu dilupakan.

"Aku benci kau Shahmien. Kau tak pernah nampak aku. Kau selalu bagi harapan palsu pada aku. Aku benci kau." Saffrina meluahkan rasa hatinya.

"Abang tak pernah bagi harapan palsu pada sayang. Abang tulus cintakan sayang." Saffrina kaget. Rahsia hatinya kini tidak menjadi rahsia lagi. Saffrina yakin akan perkara itu.

"Sarina mungkin masa lalu abang, tapi sayang adalah masa kini dan masa depan abang." Tangan Saffrina dicapai Shahmien. Rasa cinta yang mendalam ingin diluahkan sehabis mungkin. Biarlah isterinya tahu akan isi hati yang cuba diungkap sebelum ini.

"Dia mungkin cinta pertama abang, tapi izinkan abang untuk jadikan sayang sebagai cinta terakhir abang?" Tangan Saffrina dikucup lembut. Shahmien berharap dengan terluah saja isi hatinya terhadap Saffrina, gadis itu bakal mengakui rasa cinta terhadap dirinya.

Namun semua itu sekadar mimpi apabila Saffrina langsung tidak mengeluarkan sepatah kata. Tubuhnya kaku, lidahnya kelu dan hatinya beku. Sekadar pandangan kosong sebagai balasan kepada Shahmien diatas curahan hati.

Shahmien terkilan. Sampai bila Saffrina hendak terus dengan egonya? 

Shahmien benar-benar memerlukan kesabaran yang tinggi. Penyakit ego saffrina pasti ada ubatnya. Shahmien yakin.

Bagi melepaskan beban dihati, Shahmien memeluk erat tubuh isterinya. Pelukan bagi menggambarkan kasih sayangnya yang tidak ternilai buat Saffrina.

Saffrina tidak membantah. Dibiarkan saja tubuhnya dipeluk. Dia akui, memang dia sayangkan Shahmien dan dia cintakan lelaki itu. Namun mampukah istana cinta dibina andai tiangnya  disaluti dendam.

Lagi pula, Saffrina takut akan bayang-bayang sendiri. Saffrina takut andai dia merelakan hatinya untuk mencintai Shahmien, adakah lelaki itu akan terus mencintainya jika suatu masa Shahmien kenal akan dirinya yang sebenar. Atau lelaki itu akan menolaknya seperti tujuh tahun lalu.

Mengenangkan peristiwa itu, Saffrina bagaikan baru tersedar dari rasukan cinta, lantas tubuhnya dijauhkan dari Shahmien.

"Aku nak mandi. Waktu magrib dah nak habis." Usai berkata, lantas tangannya mencapai tuala lalu masuk ke dalam kamar mandi.

💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝💝


#bintang bawah tu tlg tekan sat nahh..

#komen pliss..tkut sis ad buat silap..

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Where stories live. Discover now