"Jahanam kau Firman! Arrhhhhgg!" IPhone 6s yang masih elok pada awalnya telah pecah berkecai akibat dibaling Shahmien.
Lelaki itu sudah tidak tentu arah lagi dibuatnya. Rambut yang disikat rapi telahpun berpusau-pusau bak puting beliung melanda. Mukanya yang tampan lagi segak bergaya telah bertukar menjadi bengis. Saat ini, api kemarahannya sudah tidak mampu dikawal lagi setelah perkhabaran dari Sarah tadi.
Dia benar-benar bimbang akan keselamatan Saffrina. Apa yang telah dilakukan Firman kepada Saffrina juga dia tidak tahu. Mengenangkan hal itu, Shahmien bertekad. Sekali Firman menyentuh isterinya, maka lubang kuburlah tempat Firman.
*********
Pandangan agak kabur. Kepala yang berdenyut pula membuatkan mata Saffrina semakin sukar untuk terbuka. Semakin luas kelopak matanya terbuka, semakin sakit denyutan di kepalanya.
Bagi melawan rasa sakit itu, Saffrina perlahan-lahan memicit kepalanya sendiri. Lama-kelamaan pandangannya mulai jelas. Sakit dikepala juga semakin berkurang.
Keadaan sekeliling diamati dengan rasa aneh. Dia tidak tahu akan keberadaannya saat ini. Hendak dikata hospital, hidungnya tidak pula terhidukan apa-apa bau ubat. Tangannya juga tidak disambung dengan sebarang wayar. Disuntik juga tidak.
"Awak dah sedar? Macam mana rasa, okey?" Kedengaran suara serak milik Firman dari muka pintu bilik tersebut.
"Aku ada dekat mana nih? Apa kau buat dekat sini?" Saffrina mula cuak. Lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berada dalam satu bilik. Tidakkah itu suatu situasi yang menakutkan bagi dirinya sebagai seorang perempuan?
"Awak ada dekat rumah saya. Awak pengsan tadi, tu yang saya bawa awak balik rumah saya. Saya ada bawakkan bubur untuk awak. Makan la dulu." Lembut sungguh nada dan bahasa Firman. Kalau bakal mak mertua dengar, pasti cair lah.
"Aku taknak makan. Aku nak balik." Saffrina mula gelabah. Hatinya mula tidak sedap.
Dia ingin cepat-cepat beredar dari situ. Tanpa berlengah, Saffrina terus bangun dari katil untuk berlalu pergi, namun pantas dicegah Firman.
"Awak tak boleh banyak gerak lagi. Rehat dulu ya? Isi perut sama." Usai berkata, Firman terus melangkah keluar. Jerit pekik Saffrina yang meminta dirinya dilepaskan, langsung tidak diambil peduli.
Saffrina bergegas ke arah pintu dan sedaya upaya cuba untuk membuka pintu tersebut, tetapi gagal. Pintu itu berkunci dari luar. Bahasa mudahnya, dia telahpun dikurung.
Perlahan-lahan Saffrina duduk di depan pintu itu. Air mata yang menjadi sahabatnya dalam beberapa hari kebelakangan ini turun berjurai. Wajahnya yang cantik mulus sudah hilang serinya akibat tangisan yang kerap.
Sama seperti di tepi pantai, Saffrina duduk sambil memeluk lutut dan wajahnya disembamkan. Dia sudah tidak tahu lagi untuk berbuat apa. Ahli keluarganya pasti kawatir akan keselamatannya saat ini. Tapi adakah Shahmien juga kawatir akan keadaannya? Dia sudah ada pengganti. Mustahil dia bakal kawatir mahupun risau.
Mengenangkan hakikat itu, sekali lagi Saffrina menagis dengan kuat. Habis badannya beringgut akibat esakkan. Namun, tiba-tiba saja tangisannya seakan dibaling jauh apabila ada sesuatu yang keluar dari saku seluar Jeannya. Kepala dipanggung laju dan matanya terus mencari objek tersebut.
IPhone! Mata yang bengkak terus membeliak besar. Tanpa perlu di suruh, Saffrina terus mencapai objek tersebut dan cuba mengaktifkannya. Sejak dalam kereta Danial lagi Saffrina sudah mematikan gajet tersebut. Dia tidak mahu diganggu.
Saffrina cuba menghubungi Danial tetapi gagal. Taliannya sedang sibuk. Dihubunginya pula Sarah, tetap juga gagal. Saffrina hampir berputus asa. Otak masih ligat berfikir. Siapa lagi yang hendak dihubunginya?
YOU ARE READING
ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔
RomanceSofya Saffrina, seorang gadis yang terpaksa berkahwin dengan jejaka tampan yang kaya tetapi sombong .Sebagai insan yang mempunyai hati dan perasaan, dia akhirnya terima untuk membina istana bersama lelaki itu. Shahmien Aiman, seorang jejaka...