Selepas semua murid pulang dari sekolah, limousine aku pun muncul.
Aku membuka pintu lalu masuk ke dalam limousine. Tanpa aku sedari, ada mata lain yang sedang melihat.
Driver aku pun menekan pedal minyak untuk menuju ke istana. Sebenarnya, ayahanda suruh aku datang ke sekolah dengan menaiki kereta kuda.
Aku takut kantoi sebenarnya. Cuma aku bagi alasan yang kuda pasti akan buang air merata-rata. Nasib baik bonda setuju masa tu.
"Beta rasa macam tak lama lagi, rahsia beta akan terbongkar sebab hati beta rasa macam tak sedap je sejak kebelakangan ni. Dah dekat berbelas tahun beta jaga rahsia ni." Aku meluahkan isi hati kepafa sang pendengar.
"Tuan puteri jangan risau. Patik pasti, rahsia akan dijaga sampai bila-bila. Namun, semuanya kuasa tuhan, tiada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi." Balas driverku.
"Baiklah." Balasku lalu mendiamkan diri.
Dayang-dayang juga tidak segan untuk berbual denganku. Sifatku yang peramah menyenangkan semua orang.
"Tuan puteri, kita sudah sampai di istana." Ujar driverku.
Aku hanya membuka pintu sendiri. Seperti yang aku kata, aku mahu berdikari. Itu pun, senyap-senyap.
Kalau bonda dan ayahanda tahu, pasti mereka marah. Aku yang menyuruh Pak Mat a.k.a driver aku, tidak perlu untuk keluar membuka pintu untukku. Biar aku yang buat sendiri.
Aku memasuki istana. Pengawal yang menjaga pintu menunduk hormat kepadaku. Yang itu, aku suka. Walaupun, aku mahu berdikari, tunduk hormat tu yang paling best. Hihihi...
°°°
°°°Azmin pov
"Macam ada sesuatu yang Zara sorokkan dari semua orang." ujarku seorang diri.
Aku membaringkan diri di atas katil. Kepalaku masih lagi ligat berfikir. Stressnya!
"Kenapa dia balik naik limousine? Siapa yang ambil dia? Dia duduk mana?" Aku semakin tertekan.
"Sabar Azmin sabar.... Relax..." Tuturku untuk menenangkan diri.
"Lepas ni, aku akan siasat siapa kau Zara. Lepas tu, lagi senang aku nak dekati kau. Semua rahsia pasti akan terbongkar." kataku lagi dengan ketawa sinis.
∆∆∆∆∆
Hai! Ny here. Ny rasa,betul ke Azmin dapat dekati Zara bila dapat tahu rahsia dia? Ny rasa tak. Lagi jauh adalah... Hahaha... Bye.
YOU ARE READING
Kisah Rahsia Puteri Raja
Teen FictionNur Zara Arissa Suraya. Ya, nama itu sangat popular dalam kalangan kerabat. Dia seorang anak raja di negeri Silama iaitu, di negara Pengkalih. Walaupun seorang puteri raja, dia hanya bersekolah di SMK Silama. Dia merasakan bahawa SMK Kerabat Diraja...