Bonus

5.4K 205 42
                                    

Aku berjalan di taman istana sambil menikmati permandangan yang indah. Kini, aku dan Putera Ilham berkongsi istana. Kami sangat bahagia. Cewah!

"Adinda! Apa yang adinda buat di sini?" Soal Putera Ilham yang muncul melalui gerbang utama.

Aku ketawa. "Adinda suka berjalan di sini. Kakanda mahu apa?" Soalku. Hmm... Aku rasa aku tahu apa dia nak.

"Adinda masakkan ayam goreng untuk kakanda boleh?" Soalnya.

Aku ketawa. Sejak dari kecil, Putera Ilham sangat menggemari ayam.

"Lepas saya masakkan untuk awak, boleh saya jumpa Azmin dan Farah di taman?" Tanyaku padanya.

Putera Ilham tersenyum. "Boleh. Tapi..." Dia membuat wajah serius. "Jangan rapat sangat dengan Azmin tu."

Aku mengangguk seraya tersenyum. Sejak berkahwin dengan dia ni, tak sangka pula dia ini sangat manja dan cepat cemburu.

"Okey, jom pergi dapur!" Ajakku. Kami berdua melangkah masuk ke dalam istana.

💍👑💍👑💍👑

"Farah!" Jeritku sebaik sahaja turun daripada kereta kuda.

"Zara!" Jerit Farah lalu berlari ke arahku. Aku dipeluk olehnya.

Azmin yang berada di belakang hanya tersenyum melihat Farah. Aku terperasan akan sesuatu.

"Farah, jangan cakap yang kau bercinta dengan Azmin." Ucapku tiba-tiba.

Farah melepaskan pelukan. Wajahku ditatapnya dengan mata yang dibesarkan. "Mana kau tahu ni?"

"Aku kan puteri yang serba tahu. Hohoho..." Balasku dengan gaya puteri yang sombong dengan rakyatnya.

Farah mencebik. "Yelah Zara..." Jawabnya dengan mata yang memandang atas.

Azmin mendekati Farah. "Farah! Aku kena balik sebab mak aku minta ambil adik aku dekat sekolah."

Farah mengangguk. "Okey Zara. Aku kena balik sekarang ni. Jumpa lagi tuan puteri." Katanya.

Aku mengangguk faham. Walaupun sedih, aku tetap melambai mereka pergi dengan senyuman.

"Okey, lepas ni nak pergi jumpa Surina di Shitaji."

👑💍👑💍👑💍

"Adinda nak pergi Shitaji?" Soal Putera Ilham dengan kuat. Dayang-dayang yang berdekatan terperanjat dengan suaranya.

Aku ketawa. "Relax... Adinda lama dah tak jumpa Surina. Rindu!" Ujarku bersungguh-sungguh.

Putera Ilham mengusap dagunya lalu mengangguk. "Okey juga. Shitaji dekat je dengan negeri Soriya."

"Kenapa? Kakanda nak pergi Soriya ke?" Soalku ingin tahu.

Dia mengangguk. "Ya. Kakanda nak jumpa Putera Zainal di sana. Lama pula tak jumpa sejak dia dah berkahwin tiga tahun lepas."

"Amboi. Kira macam abang angkatlah ni." Kataku. Dia mengangguk.

"Okey setuju. Jom!!" Ajakku dengan teruja.

The End

Kisah Rahsia Puteri RajaWhere stories live. Discover now