Okey, singgahsana yang cantik dah sedia, perhiasan telah tersedia, tempat letak makanan pun sudah disediakan. Jadi... Apa yang belum sedia?
Ah, hai pembaca! Akulah Nur Zara Arissa Suraya a.k.a puteri raja negeri Silama di negara Pengkalih. Sudah lama kita tidak bersua, kan?
Hmm, apakah yang sedang aku lakukan sekarang? Oh, aku sedang menghias istanaku kerana hari lahir suamiku, Syamir Ilham Izwan, bakal kunjung tiba! Jadi, sekarang ni aku dan kakitangan istana sedang bertungkus lumus menghias istana. Yalah, aku perlu menjemput warga diraja yang lain!
Kalau semua tertanya-tanya sama ada Ilham perasan atau tidak... Mestilah tidak! Dia ada urusan dekat negara Soriya nun sana tu. Jadi, kena buat cepat-cepatlah. Balik je nanti, hari lahir dialah tu.
Sebenarnya... Aku tak tahu apa jadi sekarang. Dalam istana cantik, luar istana? Kelam-kabut.
Semalam tiba-tiba sahaja sekumpulan tentera berkuda milik negara jiran mengganggu kawasan luar bagi melintas ke negara sebelah. Aku tak fahamlah kenapa nak juga lalu depan istana?
Sekarang ni, kakitangan istana sedang sibuk membersihkan kawasan hadapan yang dipenuhi lumpur. Terpaksa kambus balik tanah, letak balik rumput, kumpul balik batu-batu hiasan yang telah jatuh bersepah.
Geramnya!!
Tetapi tidak mengapa, aku sabar. Aku sabar sangat!
Setelah segalanya selesai, aku tak perlu risau apa-apa dah. Semua kad jemputan telah aku edarkan termasuklah sahabat-sahabatku iaitu Farah dan Azmin.
Aku berdoa sangat-sangat agar segalanya berjalan dengan lancar.
°°°°°°°°°°°°
Pada pagi tarikh kepulangan kakanda-ku itu, aku terus berlari-lari ke bawah setelah menyelesaikan segala keperluanku.
"Tuan puteri, sabar..." Tegur ketua dayang yang tadinya sibuk mengarahkan orang bawahannya agar membersihkan istana buat kali ke berapa entah.
Tergeliat kaki aku untuk berjalan elok-elok setelah berlari dengan kasut tinggi tanpa sedar. Aku hanya tersengih memandangnya sebelum mengangguk perlahan.
Setelah dua jam menunggu...
"Selamat datang ke istana milik Putera Ilham dan Puteri Arissa." Jemput pengawal istana kepada tetamu yang hadir.
Actually, aku tak adalah jemput ramai-ramai. Setakat belah aku dan belah Ilham, cukup sudah.
Apabila aku terlihat ibuku iaitu Permaisuri Sawardah dan bapaku iaitu Raja Saiful, aku terus sahaja melangkah pantas. Aku rasa mereka tak sempat cari aku pun aku dah jumpa dulu.
"Ah! Anakanda! Sudah lama tidak kita bersua muka." Ujar bondaku lalu memelukku erat. Selepas itu, ayahandaku pula mengikut sekali.
"Macam mana sekarang? Dah ada isi belum?" Soal bondaku sambil cuba-cuba untuk menyentuh perutku.
Aip, aku terus sahaja menolak tangannya lembut.
"Belum ada rezeki lagilah, bonda." Aku membalas sebelum menjemput mereka makan. Tak nak aku cakap-cakap pasal perkara ini.
So... Sekarang ni mana Ilham? Jangan cakap dia sesat pula.
Tanpa aku sedar, pintu istana ditolak laju. Kelihatan dua orang insan yang amat aku kenali melangkah masuk.
"Zara!!!" Laung Farah sebelum berlari ke arahku dengan pantas sekali.
Istana aku tiada peraturan. Jadi aku tidak kisah sekiranya ada yang berlari, membuat bising dan melakukan apa-apa. Tetapi kalau aku dah start rimas, tunggulah kau nanti.
"Farah!" Jeritku semula agar dia tidak berasa keseorangan. Kami berpelukan lalu meleraikannya apabila Azmin sudah berdehem perlahan.
"Ops, sorry. Terambil hak orang pula." Kataku lalu disambuti tawa mereka.
Apabila keadaan mula diam dan dipenuhi dengan bualan serta bunyi geselan sudu dan garfu, aku rasa hairan pula.
Kalau tak silap aku, Ilham patut muncul beberapa minit lepas. Namun, di manakah dia?
"Tuan puteri, kek dah sampai."
Terkejut aku apabila pengawal istana membuka pintu bagi penghantar kek menghantar kek ke dalam istana. Wah, asal senang-senang je bagi orang luar masuk?
"Okey... Letak di sini." Arahku. Jejaka yang menutup wajah dengan topi dan topeng muka itu mengangguk dan mengikut arahanku.
Kejap, jejaka itu macam aku kenal gayanya. Ilhamkah itu? Dia fikir aku tak tahu ke?
"Baiklah, awak boleh keluar." Ujarku bersahaja dan membuat gaya menghalau. Kemudian, aku bergegas ke belakang singgahsana yang mana mempunyai jalan ke ruang dalam istana.
Jejaka itu bagaikan tersentak seketika sebelum berlari mengejarku. Apabila hadirin mula melihat perlakuannya, dia segera menoleh kekok dan melakukan tunduk hormat. Selepas itu, dia sambung berlari.
Aku pula menarik kainku yang labuh ke atas agar mudah untuk melakukan perlarian. Kalau benar dia suamiku, memang dia akan kejar aku sampai sini.
Tapi... Tak sampai-sampai pun mamat tu. Betul ke tak?
Aku yang sudah kepenatan menyandarkan bahuku ke dinding lalu terduduk perlahan-lahan. Penatnya, ya Allah!
Tulah kau Zara. Suka sangat main kejar-kejar guna high heels. Memang kena padahlah. Sekarang ni, kaki kau dah terkehel.
Sedang aku merungut berkenaan kesakitanku, secara tiba-tiba muncul sepasang tangan memelukku dari belakang.
Alah, acah sweetlah dia ni.
"Kakanda."
"Ya, adinda?"
Aku segera menarik tangannya dan menoleh dengan cepat. Tersentak dia dibuatnya. Hahaha!
Renungan tajam daripadaku membuatnya sedikit gerun. Terus sahaja dia mencabut topi dan topeng muka. Terserlah wajahnya yang kacak itu.
"So, kakanda. Kenapa buat macam tu?"
"Buat macam mana?"
"Main-mainlah! Menyamar jadi itu pula! Adinda tunggu lama tau tak?!" Marahku yang sudah kepenatan.
Terpejam-pejam matanya menahan telinga. Takut didengari orang, dia menutup mulutku dengan tangannya.
"Shh, nanti orang dengar!"
"Biarlah!"
Sebiji buah strawberry gergasi yang aku rasa dia sempat curi ambil dari gunung kek tadi, dia masukkan ke dalam mulutku penuh-penuh. Ayyy, ni lagi yang aku nak marah ni.
"Dahlah tu sayang oi. Jom kita jemput tetamu. Kakanda ada banyak benda nak cerita dengan adinda lepas habis jamuan ni. Terima kasih sebab buat semua ni untuk kakanda. Sudahlah penat selesaikan hal politik, jadi dengan penyamaran nilah kakanda dapat hilangkan stress sikit." Terangnya.
"Lagipun, kita berdua ni kan penyamar sejati sejak dari zaman sekolah lagi?" Soalnya nakal dengan senyuman kecil.
Aku ketawa sakan. Yalah, betul juga tu. Sepenat-penat aku, penat lagi dia.
"Dahlah tu, jom kita keluar."
Aku tersenyum bahagia. Bahagia dengan kurniaan Allah yang berada di hadapan mataku sekarang ini.
-Tamat-
👑👑👑👑👑👑👑👑👑👑
Hai dan Assalamualaikum semua! Selamat tahun baru! Terima kasih kerana setia bersama 'Kisah Rahsia Puteri Raja'.
Semoga semua dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan berjaya di dunia akhirat!
Semoga bertemu lagi!
YOU ARE READING
Kisah Rahsia Puteri Raja
Fiksi RemajaNur Zara Arissa Suraya. Ya, nama itu sangat popular dalam kalangan kerabat. Dia seorang anak raja di negeri Silama iaitu, di negara Pengkalih. Walaupun seorang puteri raja, dia hanya bersekolah di SMK Silama. Dia merasakan bahawa SMK Kerabat Diraja...