Ep 7

7K 353 6
                                        

Aku membuka mata. Cahaya matahari yang terang menghalang penglihatanku. Aku mencari kelibat Putera Ilham.

Tiada pula aku nampak batang hidungnya. Tiba-tiba tanganku ditarik ke dalam semak samun. Habis kotor gaun biruku.

Aku mahu membuka mulut. Tetapi ada tangan yang menutup mulutku. Aku berpaling. Kelihatan Putera Ilham tersenyum paksa.

Aku mengangkat dagu.

"Shh... Pengawal." Katanya. Aku mengangguk.

Terdengar derapan kaki oleh pengawal yang berjalan. Baju besi yang dipakai oleh mereka menghasilkan bunyi yang kuat.

Aku dan Putera Ilham terdengar perbualan mereka.

"Nak cari siapa dalam hutan ni?" Soal pengawal 1.

"Raja kata, Puteri Suraya dan Putera Ilham sudah melarikan diri." Ujar pengawal 2.

"Permaisuri dari negeri Saikori kata, Puteri Suraya telah menghasut Putera Ilham supaya melarikan diri bersamanya." Kata pengawal 3.

Aku yang terdengar kata-kata daripada pengawal 3 mengalirkan air mata. Aku tidak sangka bonda kepada Putera Ilham berkata begitu.

Putera Ilham terdengar esakan kecilku. Dia menenangkan aku.

Dia berbisik kepadaku. "Maafkan saya, maafkan bonda saya, maafkan ayahanda dan bonda tuan puteri."

Aku berasa pelik.

Mulutku ditutup dengan kain putih secara tiba-tiba. Aku yang tidak tahan dengan wangian terus tidak menyedarkan diri.

Perkara yang terakhir aku nampak adalah...

Putera Ilham ditutup mulutnya dengan kain putih juga.

°°°
°°°

Aku tersedar. Aku melihat keadaan sekeliling. Seperti pernah kulihat sebelum ini. Oh! Bilik aku rupanya.

Aku melihat pakaianku, sama seperti tadi. Aku melihat jam. Sudah pukul lima petang.

Aku terdengar bunyi manusia berjalan. Segera aku berlari menuju ke kamar kecil yang menempatkan pakaianku.

Aku memasukinya lalu menyorok di celah-celah pakaian. Ehem, pintu nampak je kecil, tapi besar kat dalam. Ada berpuluh-puluh baju aku dalam kamar ini.

Tiba-tiba pintu kamar pakaianku dikuak. Lampu dibuka. Ayahanda dan bonda melangkah masuk. Aku mengecilkan diri.

Kisah Rahsia Puteri RajaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang