"Suraya! Mana kamu?" Jerit bonda. Gaun kelabu yang labuh menghiasi lantai.
Ayahanda pula mencari-cari di celah-celah baju. Ayahanda tahu, aku memang suka menyorok di sini.
Aku menangis lalu membaringkan diri. Apalah agaknya nasib Putera Ilham. Mungkin sama macam aku.
Bonda ternampak sedikit kain yang bewarna biru di celah gantungan baju.
Aku ditarik olehnya untuk keluar dari situ. Segera dia memelukku tapi aku tidak membalasnya kerana terasa seperti ingin merajuk. Wajahku yang lesu dan kotor disapu menggunakan tangan.
Ayahanda mendekati kami. Dia juga memelukku.
"Kenapa kamu buat bonda macam ni?" Soal bonda.
Aku tersenyum lesu. Bekas pening masih ada.
"Tapi, kenapa bonda dan ayahanda buat Arissa macam ni?" Giliranku pula menanyakan soalan.
Ayahanda berkata. "Kami buat begini, kerana hendak menjadikan kamu sebagai puteri yang tulen. Kamu perlu."
"Kalau macam tu, saya tak nak jadi puteri." Ujarku lalu menjatuhkan mahkota dari kepalaku.
Bonda dan ayahanda terkejut. Mereka menggoyangkan badanku.
"Dia pening lagi ni, kakanda." Ujar bonda kepada ayahanda.
Ayahanda mengangguk. "Sebab tu cakap benda merapu."
Bonda menarik tanganku keluar dari kamar kecilku. Dia juga menarikku keluar dari kamar.
"Bonda, nak pergi mana ni?" Soalku.
"Daftar kamu ke sekolah baru." Ujar bonda sambil menarik tanganku menuju ke tangga utama.
Aku merentap tanganku. Dengan segera, aku berlari ke kamar lalu mengunci pintu. Terdengar bunyi ketukan dan suara yang memanggilku tetapi aku tidak mengendahkannya.
"Macam mana ni, esok dahlah sekolah. Aku nak keluar macam mana?" Bisikku sendirian.
Aku memasukkan baju sekolahku, segala pakaianku dan segala barang keperluan ke dalam beg besar. Mahkotaku juga kubawa.
Aku mencari jalan keluar dan mataku tertancap pada sebuah pintu kecil. Pintu yang menghubungkan jalan keluar dengan kamarku. Ianya dibina khas untuk aku.
Aku tersenyum lebar.
°°°
°°°"Argghh!! Takde apa yang perlu disiasat lagi. Memang betul takde rahsia yang Zara sorokkan." Jerit Azmin di dalam biliknya. Dia sudah berputus asa untuk mengetahui identiti Zara.
Dia tersenyum. "Esok tanya dia sendirilah kat sekolah. Aku kan pakar bab-bab orang menipu ni."
Dia membaringkan diri lalu terlelap. Terlalu banyak berfikir agaknya.
∆∆∆∆∆
Sorry, kalau tak menarik. Saya kehilangan banyak idea.
YOU ARE READING
Kisah Rahsia Puteri Raja
Teen FictionNur Zara Arissa Suraya. Ya, nama itu sangat popular dalam kalangan kerabat. Dia seorang anak raja di negeri Silama iaitu, di negara Pengkalih. Walaupun seorang puteri raja, dia hanya bersekolah di SMK Silama. Dia merasakan bahawa SMK Kerabat Diraja...