Ep 6

7.4K 375 7
                                    

Aku menunggang Laisa hingga jauh dari pandangan pengawal dan rakyat. Walaupun aku akan pindah sekolah, sekurang-kurangnya aku akan dapat berjumpa dengan Farah setiap hari.

Kalau aku pindah, tiada siapa tahu rahsiaku.

Tapi, aku mahu lari ke mana? Tak akanlah nak lari ke negeri lain. Bertambah malu keluarga aku nanti.

Jadi, aku mengambil keputusan untuk duduk di dalam hutan terpencil buat sementara.

"Banyaknya buah di hutan ini." Ujarku.

Aku hendak mencapainya, tetapi tidak boleh. Walaupun aku lebih tinggi daripada Farah, pokok itu lebih tinggi. Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk berehat dahulu.

"Surina... Kau pun dah benci aku ke? Kau je yang tahu segala rahsia aku. Tapi, tak akanlah aku nak lari ke negeri dia. Aduh!" Kepalaku serabut.

Aku duduk di atas batu sambil menguis tanah. Tiba-tiba sebiji epal berguling ke arahku. Tetapi, Laisa sudah memakannya terlebih dahulu.

Aku mencari-cari siapakah gerangan tersebut. Aku ternampak seorang lelaki sedang menunduk ke arahku.

"Err... Siapakah tuan hamba? Mengapakah tuan menunduk?" Soalku.

Tiba-tiba lelaki itu mengangkat muka. Aku terkejut lalu mukaku berona merah. Kacak sungguh!

"Nama beta, Putera Ilham dari negeri Saikori. Tuan Puteri, apa khabar?" Soalnya sopan.

Aku terkejut. "Mengapa.... Kenapa tuan putera mengikut beta?"

Dia tersenyum. Cair aku.

"Beta ikut untuk melindungi tuan puteri. Beta ternampak tuan puteri menunggang kuda, jadi beta pun ikut. Takpe, beta tak bagitahu ibu bapa tuan puteri." Ujarnya.

Aku berkata. "Err... Boleh tak kalau tak ber'beta-beta'? Saya tak selesalah..."

Dia tersenyum. "Boleh, tuan puteri." Sekali lagi dia menunduk hormat.

"Saya tahu, tuan puteri bersekolah dengan rakyat biasa. Saya mahu nasihat, jangan ambil hati dengan kata-kata orang lain." Ujarnya dengan penuh sopan. Aku mengangguk.

Banyak perkara yang kami bualkan pada petang itu. Tidak pula aku perasan yang hari sudah senja.

"Tuan puteri akan duduk di mana? Adakah tuan puteri mahu pulang ke istana?" Soal Putera Ilham.

Aku menggeleng. "Saya tak mahu." Ujarku sambil menggosok badan Laisa yang sedang nyenyak dibuai mimpi.

"Habistu, tuan puteri mahu tidur di mana?" Soalnya lalu duduk di sebelahku semula.

Aku tertunduk lalu memeluk tubuh. "Saya tidur di sini sahajalah."

"Baiklah jikalau begitu. Saya mahu menemani tuan puteri." Ujarnya sambil tersenyum.

Aku mengangkat kepala. "Pasti tuan putera seorang pelajar pandai di SMK Kerabat Diaraja. Sungguh sopan bahasa tuan putera."

Dia hanya tersengih.

"Tuan putera sudah mempunyai kekasih hati?" Ujarku tiba-tiba.

Dia tersenyum. Asyik senyum je dia ni. Cair habis dah aku ni.

"Tiada. Cuma, sahabat tuan puteri iaitu Puteri Surina, sukakan saya. Tolong jangan beritahu dia." Ujarnya sambil mengemaskan rambut.

Aku mengangguk lalu melentokkan kepalaku di atas badan Laisa. Putera Ilham pula menongkat dagu. Kesian pula aku tengok dia.

Malam itu, kami tidur dengan nyenyak.

Kisah Rahsia Puteri RajaWhere stories live. Discover now