Keesokan harinya, aku bersiap-siap untuk ke sekolah. Pakaian sekolah kusarung serta barang penyamaranku.
Aku berjalan kaki menuju ke sekolah. Nasib baik pondok ni dibina berdekatan dengan sekolah.
Apabila aku sudah berdekatan dengan sekolah, kelihatan satu tangan sedang melambai ke arahku. Farah!
"Awal pula kau datang hari ni?" Soal Farah. Dia tersenyum senget.
Aku hanya tergelak kecil. "Saja."
Tiba-tiba Azmin muncul di sebelah aku. Hish, tidak selesa sungguh.
Kami bertiga jalan beriringan.
"Zara." Panggil Azmin.
"Hmm."
"Aku nak kau jawab dengan jujur."
"Hmm."
"Rumah kau kat mana? Kau keturunan apa?" Soal Azmin. Dia merenungku, lama.
Apa aku nak jawab ni. Kalau lari pula kantoi.
"Errr... Ammm..."
Aku menarik Farah memasuki kelas. Beg sandang aku letak di atas kerusi. Aku keluar dari kelas dengan cepat.
"Kau kenapa Zara?" Tanya Farah kehairanan.
Aku hanya mendiamkan diri sambil menghirup udara pagi.
Tiba-tiba aku ternampak seorang budak lelaki yang amat kukenal. Syamir?
Aku berlari ke arah lelaki itu dengan lajunya.
Aku menjerit untuk memastikan orang itu adalah Syamir. "Syamir!!"
Orang itu berpaling. Betulkah itu Syamir?
"Awak kenal saya?" Soalnya gementar.
Aku terlompat kecil. "Ini sayalah... Arissa." Bisikku perlahan.
Jejaka itu terkejut. "Aww- Ak. Teman sepermainan yang saya cari selama ini."
"Kenapa rupa awak lain?" Soalnya. Aku tergelak.
"Inilah penyamaran." Ujarku gembira.
Dia tersenyum. "Tahulah awak popular."
Aku tergamam. Senyuman itu... Suara itu... Seperti...
"Putera Ilham?" Soalku.
Jejaka itu terkejut. Dia menekup mulutnya menggunakan tangan.
"Betullah awak Putera Ilham?" Soalku lagi. Dia mengangguk kecil.
"Syamir Ilham Izwan?" Tanyaku meminta kepastian. Dia mengangguk sekali lagi.
"Yang kita jumpa hari tu?" Tanyaku lagi. Dia mengangguk laju. Tangan masih menekup mulut.
"Oh... My... Goodness!!" Jeritku kuat.
Aku ternampak Farah dan Azmin berjalan ke arahku. Muka mereka tampak cemburu.
Segera aku menarik Putera Ilham ke tempat lain. Iaitu, di stor sukan.
"Ingat tak dulu, awak panggil saya Arissa, saya pula panggil awak Syamir. Ingat tak?" Soalku.
"Ingat..." Dia mengangguk laju.
Aku berkata. "Awak pun menyamar? Saya dapat tahu awak Syamir sebab awak pakai cemin mata Nerd."
Dia tergelak kecil. "Mestilah. Saya pun larikan diri macam awak."
Aku terkejut. "Kenapa?"
"Sebab,bonda kata, "kalau kamu tak nak berhenti sekolah, bonda tak nak letakkan kamu sebagai Raja masa depan. " Ajuknya.
Aku tergelak. "Kenapa awak lari ke sini?"
"Ini saja tempat yang saya tahu." Ujarnya senang hati.
Tiba-tiba kami terdengar bunyi derapan kaki.
YOU ARE READING
Kisah Rahsia Puteri Raja
Novela JuvenilNur Zara Arissa Suraya. Ya, nama itu sangat popular dalam kalangan kerabat. Dia seorang anak raja di negeri Silama iaitu, di negara Pengkalih. Walaupun seorang puteri raja, dia hanya bersekolah di SMK Silama. Dia merasakan bahawa SMK Kerabat Diraja...