Tika sampai disana, aku menangis sepuas-puasnya. Laisa kubiarkan meragut rumput.
Kebetulan, Farah melalui kawasan itu. Dia mendengar tangisan seseorang, menuju ke arahku.
"Har?! Pu- Pu- Puteri Suraya?" Ujarnya separuh menjerit.
Aku memandang mukanya sambil tersenyum tawar. Air mata yang mengalir aku kesat menggunakan tanganku.
Farah mengambil tempat disebelahku. Dia seperti hendak mengatakan sesuatu, tetapi seperti takut-takut sahaja.
"Assalamualaikum tuan puteri, apa tujuan tuan puteri datang ke sini?" Soal Farah, sopan dengan tujuan supaya dapat berkawan baik bersama Puteri Suraya. Itulah cita-citanya sejak sekolah rendah.
Aku memandangnya sambil tersenyum. "Waalaikumussalam. Beta datang ke sini untuk menenangkan fikiran."
Farah berkata lagi. "Oh! patik juga begitu, tuan puteri."
Aku tersenyum. Berani juga budak ni.
"Nama hamba siapa, ya?" Soalku. Terhibur juga melihat telatah Farah.
Dia tersenyum gembira. "Nama patik, Farah. Selamat berkenalan." Farah menghulurkan tangan. Aku menyambutnya.
"Tolong jangan panggil beta tuan puteri. Panggil sahaja Suraya." Kataku.
"Baiklah, err... Suraya." Ujarnya takut-takut.
Farah bertanya. " Boleh saya tahu, nama panjang Suraya apa? Sebab, saya peminat Suraya."
Aku tersenyum. Agak-agak dia perasan tak persamaan aku dengan diriku di sekolah.
"Nama saya... Okey, beta gunakan 'saya', ya. Nama saya, Nur Zara Arissa Suraya. Umur saya enam belas." Ujarku lancar.
Aku melihat Farah yang terkejut dengan ketawa kecil.
"Wow! Saya pun enam belas tahun. Nama Suraya lebih kurang macam nama sahabat baik saya. Nama dia 'Nur Zara Suraya'." Katanya teruja.
Kemudian, dia meneliti wajahku. Aku sedikit resah.
Farah berkata dengan curiga. "Muka Suraya ada iras-iras Zara. Cuma, mata Suraya bewarna kelabu dan mata Zara bewarna coklat serta berkaca mata. Kulit Suraya putih dan kulit Zara sawo matang. Hurmm..." Dia mengecilkan mata memandangku.
Aku hanya tersengih dalam keadaan gelisah. Kemudian, aku mendapat idea.
"Cakap pasal sahabat baik, Farah mahu jadi rakan karib saya?" Soalku. Cuba untuk mengubah topik.
Farah kelihatan teruja. "What?! Maksud saya, saya sudi." Katanya cuba mengcover ayu.
"Ermm... Farah, awak ada bawa telefon?" Tanyaku.
"Ada. Kenapa?" Soalnya pelik.
Aku tersenyum. "Selfie nak?"
Farah terlopong. "Aku tak sangka Puteri Suraya ajak aku selfie..." Bisiknya.
Aku terdengar lalu tergelak kecil. Kemudian, aku mencebik.
"Tapi, macam mana nak selfie. Tengok mata saya, sembab dah." Kataku sambil menutup mata.
Farah menarik tanganku. "Sudah Suraya. Janganlah sedih lagi. Tapi, boleh saya tanya, kenapa Suraya nangis?"
Aku terpempan.
"Saya... Saya kena tukar sekolah." Ujarku lalu mengalirkan air mata.
Farah berasa pelik. "Tapi, bukan sekolah untuk diraja ada satu je ke?"
Aku mengangguk. Kemudian, menggeleng. Selepas itu, mengangguk semula. Air mata masih membasahi pipi. Farah menenangkan aku.
Aku terdengar bunyi derapan oleh orang yang berpakaian besi. Alamak! Pengawal datang.
"Bye Farah. Saya pergi dulu,ya. Kalau nak jumpa lagi, datang sini tau!" Ujarku lalu berlari ke Laisa.
Aku menunggangnya seraya berlalu pergi.
"Lari, Laisa, lari!" Laisa pun lari dengan pantasnya.
Sekali lagi, Farah terlopong. "OMG! Dia pandai tunggang kuda! Cantik pula tu, kuda dia."
Tiba-tiba, ada beberapa orang yang berpakaian besi menuju ke arah Farah. Farah kelihatan takut.
"Boleh kami tanya, kamu ada nampak Puteri Suraya di sini?" Soal salah seorang daripada pengawal.
Farah hanya menggeleng seraya menjongketkan bahu. Pengawal itu mengangguk lalu berlalu pergi.
"Yes! Farah save the puteri..." Bisiknya ceria.
YOU ARE READING
Kisah Rahsia Puteri Raja
Teen FictionNur Zara Arissa Suraya. Ya, nama itu sangat popular dalam kalangan kerabat. Dia seorang anak raja di negeri Silama iaitu, di negara Pengkalih. Walaupun seorang puteri raja, dia hanya bersekolah di SMK Silama. Dia merasakan bahawa SMK Kerabat Diraja...