Sesampainya di penghujung jalan, aku berehat sebentar sebelum keluar dari laluan rahsia tersebut.
Aku menukar gaunku kepada baju t-shirt dan seluar jeans. Aku memakai kanta lekap dan cermin mata. Mahkotaku, aku simpan di dalam beg.
Aku membuka pintu laluan dan segera berlari keluar dari perkarangan istana.
'Ke mana aku mahu pergi?' Getus hatiku.
Sedang aku berjalan, aku teringat akan pondok lama yang kubina bersama teman sepermainanku semasa umur kami mencecah 10 tahun. Ianya berdekatan sekolah.
Segera aku menuju ke situ. Mujur ianya masih kukuh dan tiada sesiapa yang menggunakannya.Nasib baik, ayamku bernama Doodle yang masih hidup menjaganya. Sudah beranak-pinak gamaknya.
Aku meletakkan beg. Tikar yang masih elok, kuusap perlahan. Aku baring sambil memikirkan masa hadapanku.
"Apakah bonda akan mencariku? Adakah aku akan berjumpa lagi dengan Putera Ilham? Bagaimana dengan Laisa?" Bisikku sendirian.
Tiba-tiba aku teringat. "Siapakah teman sepermainanku dahulu? Setahu aku, dia seorang lelaki dan keturunan kerabat juga. Tapi, aku tidak ingat namanya. Yang aku tahu, nama dia 'Syamir'."
Aku memejamkan mata setelah penat berfikir. Beberapa minit kemudian, aku terlelap.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kisah Rahsia Puteri Raja
Novela JuvenilNur Zara Arissa Suraya. Ya, nama itu sangat popular dalam kalangan kerabat. Dia seorang anak raja di negeri Silama iaitu, di negara Pengkalih. Walaupun seorang puteri raja, dia hanya bersekolah di SMK Silama. Dia merasakan bahawa SMK Kerabat Diraja...