Hari ini hari cuti dan aku teramatlah sibuk. Aku kena melayan tetamu bersama ibu bapa aku. Mereka yang jemput, aku pula ikut terjebak.
Majlis di istana ini ialah untuk mengumpulkan semua keluarga kerabat. Ha! Baru aku ingat sahabat aku dari negeri Shitaji. Nama dia Puteri Surina. Mana, ya dia?
Tiba-tiba seseorang menyapaku dari belakang. "Duhai, saudari. Tidak nampakkah beta yang berada di belakang ini?"
Aku berpaling. Kelihatan Puteri Surina tersenyum ke arahku. Aku terus memeluknya.
"Surina! Aku rindu kau!" Selepas aku mengucapkan perkataan 'aku' dan 'kau', sejurus itu juga, seluruh tetamu istana memandangku.
"Err... Beta salah dengar ke?" Soal salah seorang daripada tetamu.
"Sebagai seorang puteri, kita mesti menjaga akhlaknya." Ujar seorang lagi pula.
"Baginda tidak sekolah ke? Oh! Tidak pernah pula beta nampak baginda di SMK Kerabat Diraja." Kata seorang lagi.
Keadaan mula bising dengan kata-kata makian terhadapku. Aku berlari menuju ke kamar sambil diikuti oleh Surina.
Gaun labuhku yang berwarna biru ini menyebabkan larianku menjadi perlahan. Sesampainya di kamar, aku menangis sepuas-puasnya. Bertapa malunya aku pada waktu itu.
Aku menutup mukaku dengan bantal. Puteri Surina cuba untuk menenangkanku. Tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Permaisuri Sawardah dan Raja Saiful melangkah masuk manakala Puteri Surina berlalu keluar.
"Kamu tahu tak kamu sudah memalukan keluarga kita?" Soal Ayahanda dengan nada yang tinggi. Aku hanya mengangguk perlahan.
"Mulai bulan depan, kami mahu kamu belajar di SMK Kerabat Diraja. Kamu akan diajar dengan sebaik-baiknya untuk menjadi puteri yang tulen." Ujar Bonda pula. Aku tidak sangka, bonda menyebelahi ayahanda.
Aku berlari keluar dari kamar menuju ke dewan. Tetamu-tetamu yang ramai itu aku harungi dengan selamat. Sejurus itu, aku berlari menuju ke kandang kuda.
Aku membawa kuda kesayanganku, Laisa namanya. Aku menunggangnya lalu keluar dari perkarangan istana. (Ala-ala macam dalam cerita 'Brave')
Aku menuju ke taman yang selalu ku lepak bersama Farah dengan berpakaian puteri. Mahkota yang hampir jatuh, kubetulkan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Kisah Rahsia Puteri Raja
Fiksi RemajaNur Zara Arissa Suraya. Ya, nama itu sangat popular dalam kalangan kerabat. Dia seorang anak raja di negeri Silama iaitu, di negara Pengkalih. Walaupun seorang puteri raja, dia hanya bersekolah di SMK Silama. Dia merasakan bahawa SMK Kerabat Diraja...