Bab 4

255 10 0
                                    

Putri Izreen duduk di beranda rumahnya.
Dia membetulkan rambutnya yang ditiup angin. "Putri..Putri!!" Jerit Nek Jah. "Ya,nek." Sahut Putri Izreen. "Kawan kamu tu datang.Diorang kat luar."

Putri Izreen terus keluar.Dia mendekati dua orang rakannya yang sedang duduk di buaian. "Woi..pahal datang ni?" Putri Izreen duduk di sebelah Farish. "Kitaorang datang sebab nak bagitau berita kat kau.Gembira untuk kitaorang,tapi mungkin sedih bagi kau.Tapi,kau kan hati batu.Mana ada perasaan sedih."

Putri Izreen menumbuk bahu Farish kuat.Farish ketawa kuat sambil mengusap bahunya yang ditumbuk. "Cepatlah bagitau.Apa beritanya?" Tasha tersenyum gembira. "Kitaorang dapat tawaran! Universiti bagus punya! Kat bandar pulak tu..Tak sabar aku nak pergi.Tapi,kesian kat kau.Tak dapat2 tawaran."

Putri Izreen tersenyum hambar. "Yeke..aku gembira untuk korang.Tercapai juga impian kau,Tasha.Janganlah fikirkan pasal aku.Aku okay je.Tak lama lagi kot.Tapi,macam mana korang dapat tawaran tu?" Setahunya,
budak kampung seperti mereka susah mendapat tawaran.

"Aku dapat sebab ada orang kat Kuala Lumpur tolong aku. Tasha pulak sebab haritu dia pergi bandar semata-mata nak masuk universiti.Dia lupa nak ajak kau,lagipun kau tak sihat pun waktu tu." Tasha meminta maaf.

"Takpe..aku tak marah pun." Tasha melihat jam tangannya. "Wei,aku kena baliklah.Aku kena kemas barang.Aku dah kena pergi esok." Putri Izreen dan Tasha berpelukan erat. "Jangan lupa datang esok sebelum aku pergi.Assalamualaikum." Putri Izreen melambai Tasha dari jauh.

Putri Izreen menghampiri Farish. "Kau bila pergi?" Farish berdehem. " Aku pergi lusa kot.Tengoklah." Katanya acuh tak acuh. "Kau kata kan ada orang kat KL tolong kau.Kenapa bukan dari dulu lagi kau minta tolong orang tu?" Farish tersenyum kecil.

"Sebab aku tak sampai hati nak tinggalkan orang yang aku sayang kat sini." Putri Izreen berasa pelik. "Pakcik kau ke? Sayang gila kau kat pakcik kau." Farish ketawa kecil. "Bukan pakcik akulah.Orangnya budak perempuan yang paling kasar kat kampung ni.Orang panggil dia 'minah tomboy'. Kau tahu kan siapa?"

Putri Izreen tahu yang orang yang dimaksudkan Farish adalah dia. "Acah jelah kau ni.Apahal aku pulak?" Farish merapatkan dirinya dengan Putri Izreen. "Sebab aku sayang kaulah.Sebab kau aku tak-" Putri Izreen terus menutup mulut Farish. "Aku dah tak nak dengar ayat kau yang geli-geliman tu.Lantaklah sebab apa apa pun.Aku malas nak dengar."

Farish ketawa kecil. "Dahlah..pergi balik.
Menyemak je kat sini.Shoo..Shoo.." Farish mencebik. "Sampai hati kau halau aku.Merajuklah." Putri Izreen menolaknya keluar daripada kawasan rumahnya.

"Merajuklah! Ada aku kisah?!" Meledak ketawa Farish. "Bye..Putri." Putri Izreen memuncung. "Kenapalah dia suka orang macam aku ni? Nak kata aku cantik,comel,lemah lembut.Memang taklah.Dahlah..malas nak fikir.Buang masa je." Putri Izreen terus masuk ke dalam rumah semula.
~~~~~~~~~~~~~~~

Budak Kampung Vs Budak Bandar Where stories live. Discover now