Bab 10

223 13 2
                                    

"Ala..kenapa mummy tak kasi? Kesian kanlah dekat dia.." Rayu Ruiz Naufal. "Mummy main2 jelah..Mestilah mummy kasi.Lagipun rumah kita kan besar.Banyak bilik.Takdelah mummy sunyi sangat nanti.Dia pun boleh kawan dengan Nisha,kan?"

Ruiz Naufal tergelak kecil. "Nisha nak kawan dengan dia? Memang taklah..Dia tu kan jaga reputasi.Mana nak kawan dengan budak2 kampung.Anyway,I'm sure Tuk Husin will be so happy.Thanks mummy.Bye." Ruiz Naufal masuk ke dalam rumah semula.

"Tuk..alhamdulillah.Mummy saya benarkan.Suruhlah Iz kemas barang dia." Tuk Husin dan Nek Jah tersenyum gembira.
"Alhamdulillah..tapi,boleh kamu pergi cari Putri? Tadi kan dia lari keluar.Kampung ni bukan besar sangat.Tolong cari ye."

Ruiz Naufal terus keluar dan berjalan di merata tempat.Dari satu rumah ke satu rumah.Dari satu sawah padi ke satu sawah padi.Dia menyeka peluh di dahinya.Dia menghampiri sebuah pokok di hadapan rumah Tuk Husin.Dia duduk di pangkin di bawah pokok. "Huh..penatnya.Manalah budak ni.Aku dah penat sangat ni."

Tiba2 ada kulit buah rambutan jatuh di atas kepalanya. "Aik..Mana datangnya kulit rambutan ni?" Dia mendongak ke atas.
Matanya membulat. "Woi,kau buat apa dekat atas tu?" Putri Izreen hanya memandang Ruiz Naufal sekilas. "Tengah makanlah.Buta ke apa?"

Ruiz Naufal bertambah marah mendengar jawapan Putri Izreen. "Kau tahu tak aku penat cari kau merata-rata! Ke sana,ke sini! Kau pula boleh je selamba makan rambutan dekat atas pokok ni!" Nafasnya naik turun menahan marah.

Meledak ketawa Putri Izreen. "Kau apahal gelak pula?! Tak kelakarlah!"

"Lawaklah..Kau tahu tak aku dari tadi aku tengok je kau ke sana ke sini.Sedangkan aku kat depan rumah je pun.Lain kali guna mata dan otak betul2.Faham?" Ruiz Naufal mengeluh berat.Penat betul dia melayan kerenah Putri Izreen.

"Yelah2..Jomlah balik.Atuk awak risaukan awak.Awak kena kemas barang.Mummy saya kasi awak tinggal dengan kami." Putri Izreen laju menggeleng. "Tak naklah.Aku tak nak ikut kau!! Jangan paksa aku!!"

"Iz..ini untuk masa depan awak juga.
Mungkin awak tak gembira sekarang.
Tapi,bila awak dah belajar elok2..Dapat keputusan bagus..Dapat kerja bagus..Mesti awak gembira,kan? Awak dapat banggakan mak ayah awak..Atuk nenek awak..Saya pasti diorang mesti lagi sedih kalau awak tak patuh pada permintaan atuk awak."

Putri Izreen menyeka air matanya yang mengalir sedikit. "Mak ayah aku dah meninggallah.Tolonglah jangan sebut pasal diorang." Ruiz Naufal tersentak. "Sorry..
saya tak berniat pun." Putri Izreen tersenyum hambar.

"Tapi,betul juga cakap kau.Ini semua untuk masa depan aku.Atuk dan nenek aku mesti gembira.So,aku...akan ikut kau.Tapi...Ini tak bermakna kita kawan.Kita masih musuh,
faham?" Ruiz Naufal tergelak kecil.Mereka pun masuk ke dalam rumah semula.

"Putri..kamu pergi mana? Kami risau sangat." Putri Izreen tersenyum. "Putri okay je.And, Putri dah buat keputusan..Putri akan pergi ke bandar." Nek Jah dan Tuk Husin tersenyum gembira.

"Pergilah kemas barang.Pakai baju elok sikit.Janganlah pakai T-shirt dan seluar tracksuit je." Putri mengangguk dan terus masuk ke dalam biliknya. "Ruiz pergi ambil kereta dekat bengkel sekejap.Rasanya kereta dah siap tu.Ruiz pergi dulu ye.
Pinjam motor atuk." Tuk Husin mengangguk.

Putri menyumbat sahaja hampir kesemua bajunya ke dalam beg.Nek Jah yang memerhati dari tadi terus menghampirinya. "Kenapa sumbat je? Lipatlah elok2..Kamu ni kan perempuan.Sopanlah sikit." Nek Jah melipat baju Putri Izreen.

"Sebelum Putri pergi,Putri nak melawat kubur mak ayah sekejap." Nek Jah mengusap kepala Putri Izreen lembut.Dia menatap muka itu lama.Cucunya memang seorang yang tabah.Tiada mak ayah dari umur 5 tahun.Dia hanya menumpang kasih mereka.

Tapi,dia pasti Putri Izreen teringin merasa kasih sayang seorang ibu dan ayah.Sangat susah untuk melihat cucunya menangis.Dia suka menangis diam2.Walaupun nampak luarannya kasar,tapi dia sebenarnya seorang yang lembut di dalam.

Ruiz Naufal masuk ke dalam bilik. "Iz..cepat sikit siap ye.Saya nak bertolak balik dah ni." Putri Izreen mengangguk.Dia menyikat rambutnya yang panjang dan mengikatnya. "Kamu tak nak potong ke rambut kamu ni? Panjang sangat.." Nek Jah memakaikan sepit bunga berwarna putih di rambut Putri Izreen.

"Tak naklah..Bukan senang nak tunggu rambut ni tumbuh sampai paras pinggang." Nek Jah membawa beg pakaian Putri Izreen ke luar rumah.

Ruiz Naufal menyalami Tuk Husin. "Ruiz..terima kasihlah sebab sudi bawa cucu kami ke bandar.Tolonglah jagakan dia.Atuk percayakan kamu.Atuk tahu kamu seorang lelaki yang baik.Sabarlah ye dengan perangai dia tu.Apa2 telefon kami."

Ruiz Naufal mengangguk. "Insyaallah..
Terima kasih juga sebab bagi saya tumpang rumah secara free.Saya harap dengan menunaikan hasrat Atuk dapat membalas budi.

Putri Izreen memeluk Tuk Husin dan Nek Jah lama.

"Putri..nanti dekat sana jaga diri..Jaga adab kat rumah orang.Belajar elok2.Banggakan kami.Jangan kasar sangat.Sopan sikit.
Jangan asyik gaduh dengan Ruiz tu.Cuba berbaik dengan dia." Putri Izreen tersengih. "Jangan lupa telefon kami kat sini.Kami akan sentiasa doakan kamu."

Putri Izreen masuk ke dalam kereta Perve hitam Ruiz Naufal.Dia melambai Tuk Husin dan Nek Jah dengan perasaan sayu.
~~~~~~~~~~~~
Huhu..sedihnya..Putri Izreen kena berpisah dengan nenek dan atuk dia..Jangan lupa vote ye! Thank you! Chaw dulu!😝😝

Budak Kampung Vs Budak Bandar Where stories live. Discover now