Bab 20

224 5 0
                                    

Putri Izreen mengeringkan rambutnya yang basah menggunakan pengering rambut.Dia menyikat rambutnya yang agak lembap. "Hmm..nak pergi ambil angin sekejaplah kat bawah." Putri Izreen terlanggar Nisha yang baru turun dari biliknya. "Woi,buta ke?!" Putri Izreen buat tidak endah sahaja dengan tengkingan Nisha.Putri Izreen lebih meneliti pakaian Nisha yang menjolok mata.

"Kau nak pergi mana ni pakai macam ni? " Nisha menjelingnya. "Kau ni dah macam abang akulah! Suka sangat nak tanya kenapa pakai macam ni! Aku nak lepak dengan kawanlah.Takkan nak berkebun pula!" Putri Izreen menggeleng. "Pakailah baju elok sikit.Baju ni terdedah sangat."

"Woi,kau nak nasihat orang tu cerminlah diri kau dulu! Kau pun tak pakai tudung! Nak suruh aku tutup aurat pula! Blahlah!" Nisha terus menolak Putri Izreen ketepi.Dia hanya istighfar dalam hati.Dia tahu yang dia pun tidak menutup aurat selengkapnya,tapi dia tekad dia ingin memakai tudung juga suatu hari nanti.

Putri Izreen duduk di kerusi yang disediakan di tepi kolam ikan.Bulan dan bintang menerangi langit yang gelap.Putri Izreen bermain dengan ikan koi di dalam kolam. "Ehem..May I sit with you?" Putri Izreen mengangkat mukanya. "Kau tuan rumah ni,kan? Duduk jelah kat mana2 kau suka.Kau nak duduk kat tengah jalan raya depan rumah kau ni pun aku tak kisah."

Ruiz Naufal mencebik. "Awak ni..asyik nak marah je,kan? Cubalah cakap elok2.Saya tanya sebab takut awak nak bersendirian." Putri Izreen meminta maaf. "Iz..saya tak tahulah nak bagi awak hadiah apa.Awak suka apa ye? Cubalah bagi 'hint' sikit."

"No..No..No..Nama pun hadiah,kan? Kenalah surprise! Pandai fikirlah." Ding! Sebuah mesej masuk.Belum sempat Putri Izreen mengambil handphonenya,Ruiz Naufal segera menyuruh. "Iz..boleh buatkan kopi tak? Dahagalah.."

"Kejaplah..Aku nak baca mesej sekejap. " Sekali lagi Ruiz Naufal menyuruh. "Nak sekarang..Please..Sekejap je." Putri Izreen mengeluh sebelum berlalu ke dapur. "Thank you!" Ruiz Naufal terus mengambil Iphone 6 Putri Izreen.Dia mencebik apabila yang menghantar mesej adalah Farish.

Farish:
"Iz..Aku minta maaf sgt2 psl pagi tadi.Aku risaukan kau.Aku call byk kali kau tak angkat.Kau maafkan aku tak? Ermm..kau dh tanya Ruiz ke pasal kucing yg kau nk sgt tu? Kalau dia kasi bela,aku boleh belikan."

Kucing? Nampaknya dah ada idea nak beli apa.Ouh..kalau Farish letak nama elok2.Kalau aku,diletaknya 'mamat annoying'.Derap kaki Putri Izreen makin jelas di telinga Ruiz Naufal.Dia segera meletakkan semula handphone Putri Izreen.

"Sorrylah lambat..tadi tak jumpa kopi pula." Putri Izreen meletakkan dua cawan kopi panas. "Takpe2." Ruiz Naufal menghirup sedikit.Ahh..nikmat.Kopi Putri Izreen memang terbaik.
~~~~~~~~~~

Ruiz Naufal tekun menyemak fail2 syarikat yang bertimbun di mejanya.Lelaki dihadapannya yang sudah berdiri selama 6 minit tidak dihiraukannya. "Hoi,Ruiz.Kau ni..agak2lah tak nampak aku berdiri depan kau ni.Lama aku diri tau." Ruiz Naufal hanya memandang sekilas.

"Kau nak apa? Cakap jelah.Aku banyak kerja ni." Irfan menjegilkan matanya. "Kau ni kan..kau yang panggil aku masuk bilik kau! Tak layan pula tu.Nasib baiklah kat pejabat,kalau tidak memang dah melayanglah tangan aku ni kat kau."

Ruiz Naufal tersengih. "Sorry bro..aku stresslah banyak kerja.Kenapa aku panggil kau ye?" Ruiz Naufal berfikir semula.Irfan sudah menjeling tajam. "Ouh..aku nak suruh kau temankan aku pergi kedai haiwan nanti.Boleh?"

"Aduhh..apalah kau ni.Benda ni je ke kau nak cakap kat aku? Lebih baik call je." Ruiz Naufal menghulur tiga buah fail tebal. "Aku nak suruh kau semak semua ni.Boleh tak teman aku?" Irfan yang ingin melangkah keluar berpaling semula memandang Ruiz Naufal.

"Ye2..mestilah boleh.Naik kereta kau." Ruiz Naufal tersenyum seorang diri.Dia dapat membayangkan muka Putri Izreen yang seronok bila mendapat hadiah darinya nanti.
~~~~~~~~~~
Irfan yang masih tidur dikejutnya. "Woi,bangunlah.Budak ni kan..sempat lagi tidur.Nasib baik tak meleleh air liur." Irfan menggosok matanya. "Ala..dah sampai ke? Kau ni..kacau mimpi aku je.Aku baru nak masuk meminang Putri Salju tau."

Ruiz Naufal ketawa. "Kepala otak kau Putri Salju.Jomlah turun." Mereka masuk ke dalam kedai.Pelbagai jenis haiwan yang ada.Ruiz Naufal menghampiri seekor kucing yang menarik perhatiannya.Seekor kucing parsi berwarna putih bertompok coklat hazel dan matanya biru turquoise.

"Irfan,comel tak kucing ni?" Irfan yang sedang bermain dengan hamster menghampiri Ruiz Naufal. "Comel giler kucing ni! Kau nak bagi aku ke? Terharunya.." Irfan pura2 mengesat air matanya.Irfan seorang penggemar kucing tegar.Di rumahnya,ada 7 ekor anak kucing jenis bengal.

"Tak payah nak terharu sangat.Buat apa aku nak bagi kau? Kau dah ada berlambak kucing kat rumah tu." Irfan mencebik. "Yelah..tapi,bila masa kau suka kucing ni? Pelik pula aku."

"Aku nak bagi hadiah kat seseorang."

"Untuk buah hati ye?" Irfan mengangkat sebelah keningnya.Ruiz Naufal hanya tersenyum. "Tapi..bukan buah hati kau jauh ke? Kau nak pos ke?" Ruiz Naufal hanya diam dan terus menghampiri kaunter.
~~~~~~~~~
Ruiz Naufal meletakkan kucing itu di ruang tamu.Kucing itu berlari di sekeliling rumah dengan bebas.Datin Elina duduk di sebelah Farish yang sedang duduk di sofa. "Ruiz..Kenapa balik awal ni? Ada masalah ke?"

"Taklah..Ruiz saja je balik awal.Penat pula rasanya." Datin Elina meletakkan kucing comel itu di atas ribanya.Dia mengusap lembut bulunya. "Kenapa tiba2 beli kucing ni? Siapa pula nak jaga,mandikan dia?"

"Kucing ni hadiah untuk Iz.Dialah kena jaga." Datin Elina tersenyum. "Ruiz..
mummy tengok kamu dengan dia mesra je,kan? Jangan cakap kamu dah suka dia.Nanti ada yang kecewa.Mummy tak suka kamu kecewakan orang." Ruiz Naufal hanya mengangguk perlahan.
~~~~~~~~~~
Putri Izreen yang baru pulang terus dipaksa duduk di kerusi taman. "Apahal kau ni,Ruiz? Aku nak mandilah.Aku penat." Ruiz Naufal menahan Putri Izreen. "Kejap je..Saya nak bagi awak sesuatu.Mesti awak gembira sangat." Ruiz Naufal segera mendapatkan kucing parsi itu.

"Tadaaa!! Comel tak?" Putri Izreen tersenyum lebar.Mukanya menampakkan dia sangat gembira.Dia mengusap-ngusap kepala dan badannya.Putri Izreen mengangkat mukanya memandang Ruiz Naufal.Mukanya masam semula. "Thanks.." Katanya mendatar.Dia terus mengangkat kucing itu naik ke biliknya.

Ruiz Naufal berasa sangat kecewa dengan reaksi Putri Izreen.Dia pasti yang mulut comel itu akan bercakap tanpa henti dan memilih nama kucing itu.Tapi,kenapa Putri Izreen kelihatan sedih?

Putri Izreen meletakkan kucing di sebelahnya. "Hmm..aku namakan kau...Montel,okay? Sebab kau ni montel sangat." Montel mengiau tanda faham. "Comelnya kau ni..Kesian pula aku tengok Ruiz tadi..Muka dia frust gila aku tak layan dia.Aku bad moodlah." Putri Izreen memang suka meluahkan perasaannya pada kucing dari kecil sampai sekarang.

Putri Izreen mengeluh apabila teringat Farish.
~~~~~~~~~~

Budak Kampung Vs Budak Bandar Where stories live. Discover now