Bab 14

182 10 2
                                    

"Iz..Iz!! Cepat siap!!" Ruiz Naufal mengetuk pintu bilik Putri Izreen kuat.Putri Izreen yang baru bangun tidur membuka pintu.Ruiz Naufal memegang dadanya. "Astaghfirullahalazim..Iz.Awak ni memang kalau bangun tidur memang rambut menggerbang ke? Takutlah.."

Putri Izreen menguap besar. "Kau kenapa ketuk2 pintu aku ni? Kalau semata-mata nak membebel..Lebih baik tak payah."

"Saya suruh awak siap cepat." Putri Izreen menggosok matanya. "Ish..nak pergi mana? Ngantuklah.." Ruiz Naufal menjeling geram. "Awak ni..semenjak datang rumah ni,asyik tidur je,kan? Saya tengok awak kat kampung segar bugar je." Katanya sinis.

Putri Izreen mencebik. "Yelah2..aku siap cepat.Tapi jangan lupa bagitau nak pergi mana."

"Siap cantik2 sikit.Jangan selekeh sangat." Sempat Ruiz Naufal menyuruh. "Aku tahulah.." Putri Izreen memakai sehelai blaus labuh ungu bercorak bunga kecil dan sehelai skirt hitam labuh.Dia mencalit wajahnya dengan sedikit bedak.Dia memang tidak suka bersolek.
Rambutnya yang panjang mengurai diikat 'ponytail'.

Putri Izreen turun ke bawah.Ruiz Naufal terpaku seketika sebelum sedar sendiri. "Cantik Iz pakai macam ni.Kalau dari dulu nampak sopan dan cantik macam ni..mesti ramai meminang." Putri Izreen memukul lengan Ruiz Naufal kuat. "Ouh..kau nak cakap selama ni aku tak cantik dan tak sopanlah?!"

Putri Izreen mula naik angin. "Bukan tak cantik2 dan sopan langsung.Cuma kurang je.." Putri Izreen memuncung. "Kita nak pergi mana ni?" Mereka masuk ke dalam kereta.

"Kita nak ambil adik saya,Nisha.Dan daftar awak dekat universitilah." Putri Izreen terkejut. "Eh,bukan kata esok ke? Kau nak cakap yang aku akan sekolah sama dengan adik kau yang gedik dan vogue tu? Kenapa kau pilih sekolah tu?"

Bertubi-tubi Putri Izreen menanyakan soalan. "Relax..relax.Ya,awak akn sekolah sama dengan adik saya yang gedik dan vogue tu.Saya pilih sekolah tu sebab sekolah tu antara sekolah yang terbagus di Kuala Lumpur tau.Saya dah hantar result awak yang bagus tu.Dan awak diterima.Jadi alang2 pergi situ..saya daftar kanlah awak sekali." Putri Izreen mengangguk.

"Apa nama universiti yang bagus sangat tu?" Ruiz Naufal fikir seketika. "INTI International University & Colleges."(main hentam je). Putri Izreen berdebar. "Awak janganlah berdebar sangat.Awak nak pergi belajar,bukan berperang.And class awak bermula esoklah."

Reda sikit perasaan Putri Izreen. "Boleh tak nak tanya sesuatu? Jangan cakap tak boleh sebab... perkara ni dan lama berlegar di dalam kepala aku." Ruiz Naufal ketawa kecil. "Kenapa? Awak nak kahwin dengan saya ke?"

Putri Izreen menjegilkan matanya. "Hei..aku muda lagilah! Aku nak tanya pasal adik kau.Aku tengok mummy takdelah vogue pun.Biasa je.Tapi,aku tengok dia vogue gila..lepas tu macam liar.Tak tahu ikut siapa.No offense,okay?"

"Nope.Adik saya tu dulu tak macam tu.Dia jadi macam tu lepas ayah saya meninggal dunia.Dulu,dia rapat sangat dengan daddy.Apa je dia nak,daddy tunaikan.
Semuanya dia mengadu dekat daddy.Patutnya mummy yang lebih faham dia,tapi dia tak nak mummy faham dia.Dia nak daddy sorang je faham dia." Ruiz Naufal diam seketika.

"Lepas daddy tinggalkan kami,dia jadi budak yang pendiam mulanya.Tapi,lama kelamaan dia jadi liar.Cara pemakaiannya berubah.Suka ponteng kelas.Asyik balik lewat.Bila tanya dia,kenapa dia jadi macam ni..dia akan diam je.Tapi,satu hari..dia balik dalam keadaan mabuk.Saya papah dia naik bilik.Waktu tu saya dah angkat tangan nak tampar dia sebab dah minum air setan.Tapi.."

Imbasan kembali...

"Abang nak tampar Nisha ke?! Tamparlah! Semua orang tak sayang Nisha! Semua orang tak faham Nisha! Daddy je faham dan sayang Nisha.." Makin kuat tangisan Nisha.

"Nisha..kenapa Nisha jadi macam ni? Kenapa sampai minum air setan tu?! Dulu Nisha baik je?! Kenapa?!" Ruiz Naufal geram.Nisha takut melihat abangnya.

"Ni-Nisha tak nak jadi macam ni pun..Nisha sunyi..Abang sibuk je dengan kerja.Mummy pula asyik dengan perjumpaan datin2..
Bisnes online.Nisha sunyi..Nisha ada ramai kawan yang macam Nisha.Diorang buatlah macam sekarang apa yang Nisha buat ni untuk hilangkan perasaan sunyi." Ruiz Naufal berasa bersalah.

"Mula2 Nisha buat semua ni sebab nak perhatian abang dan mummy.Nak tengok mummy dan abang akan luangkan banyak masa dengan Nisha tak sebab Nisha liar.
Tapi,abang dan mummy hanya tegur ala kadar je.Nisha sedih.Lama2 Nisha rasa seronok pulak..Abang dan mummy bukan kisah pun." Ruiz Naufal memeluk Nisha erat.

"Abang minta maaf.Abang kena kerja untuk sara kita semua.Abang harap Nisha faham.
Maafkan mummy juga ye? In Shaa Allah,abang akan cuba luangkan masa untuk Nisha nanti.Jangan minum arak lagi ye? Berdosa.." Nisha yang masih mengalirkan air mata hanya mengangguk perlahan.

"Nisha tidur ye.Abang sayang Nisha." Dia menyelimutkan Nisha dan mengucup dahi Nisha lama.Air mata lelakinya mengalir.Dia sayang keluarganya.

Tamat imbasan..

Putri Izreen terkedu mendengar cerita Ruiz Naufal.Dia menepuk bahu Ruiz Naufal. "Sabarlah ye.Aku tahu kau kuat.In Shaa Allah,Nisha akan berubah satu hari nanti." Ruiz Naufal tersenyum hambar. "Awak pun kena berubah.Jadi lembut sikit.Jangan ganas sangat."

Putri Izreen mencebik.Ruiz Naufal ketawa.
~~~~~~~~~~~

Budak Kampung Vs Budak Bandar Where stories live. Discover now