Bab 15

184 6 0
                                    

Ruiz Naufal melihat jam tangannya. "Lambat betul Nisha ni..Bukan dah habis kelas ke? Tak nampak batang hidung pun." Putri Izreen yang baru selesai mendaftar menghampiri Ruiz Naufal. "Nisha tak keluar lagi ke?"

Ruiz Naufal menggeleng.Putri Izreen berasa kasihan melihat muka Ruiz Naufal yang risau. "Jomlah..ikut aku.Aku tahu adik kau kat mana." Ruiz Naufal mengekori Putri Izreen ke kafeteria.Putri Izreen menunding jarinya ke arah sekumpulan lelaki.

"Iz..adik saya perempuanlah..Itu semua lelaki." Putri Izreen menjeling tajam. "Aku tahulah adik kau perempuan.Mata aku tak buta lagi untuk membezakan jantina." Ruiz Naufal tersengih.

"Cubalah kau tengok betul2 siapa kat tengah2 tu.Bukan adik kau ke?" Ruiz Naufal melihat dengan lebih teliti.Membuntang matanya melihat Nisha dan dua orang rakan perempuannya berborak mesra dengan sekumpulan lelaki.

Salah seorang lelaki bermain dengan rambut Nisha yang lembut sambil mengelus pipi Nisha.Ruiz Naufal terus menjerit nama Nisha sebelum tangan lelaki Itu merayap ke zon bahaya.Nisha terkejut melihat abangnya. "Abang.."

Ruiz Naufal yang marah menarik tangan Nisha kuat. "Apa yang Nisha buat ni?! Nisha ni takde maruah ke?! Jom balik!" Nisha meronta-ronta supaya tangannya dilepaskan.

"Nisha buat apa?! Nisha lepak dengan kawan2 je kan?! Abang buta ke?! Lepaskanlah tangan Nisha!" Ruiz Naufal masih memegang tangan Nisha erat.

"Lepak apanya! Nisha biar je lelaki tak guna tu sentuh2 Nisha! Tolonglah jaga diri sikit!" Nisha mengerang kesakitan. "Woi,
lepaskanlah tangan aku! Sakitlah bodoh!" Ruiz Naufal ingin sahaja menampar Nisha.

Putri Izreen yang memerhati dari tadi mendekati mereka. "Ruiz..lepaskanlah dia.Tangan dia sakitlah.Lagipun,ramai orang tengok ni.Nanti Nisha yang malu.Lepaskanlah.." Perlahan-lahan Ruiz Naufal melepaskan pegangannya.

Serta merta dia berasa bersalah melihat pergelangan tangan Nisha yang berwarna biru. "Nisha..jom balik dengan abang.Biar abang sapu ubat kat rumah nanti." Nisha ketawa sinis. "Tak payahlah nak baik sangat.Dahlah buat aku sakit! Aku tak nak balik dengan kau.Blahlah! Aku tak nak tengok muka kau.."
~~~~~~~~~~~
Ruiz Naufal masuk ke dalam bilik Nisha.
Nisha yang sedang baring terus berpura-pura tidur.Ruiz Naufal melutut di tepi katilnya.Dia mengambil tangan kanan Nisha.Perlahan-lahan dia menyapu ubat gamat di pergelangan tangan Nisha.

Nisha sedaya upaya menahan diri daripada buat sebarang bunyi. "Nisha..abang minta maaf ye? Abang tak berniat nak marah Nisha pun.Abang dah gembira tau tadi nak ambil Nisha,abang nak belanja makan aiskrim kat kedai favourite Nisha.Abang baru nak buat surprise,tapi,abang yang 'ter' surprise." Ruiz Naufal menatap muka adiknya.

"Nisha..abang harap sangat Nisha jaga batasan dengan kawan lelaki Nisha.Nak berkawan boleh,tapi janganlah mesra sangat.Nisha tu perempuan..Ada maruah.Abang tak nak Nisha menangis nanti sebab dah hilang segalanya." Ruiz Naufal bangun dan menyelimutkan Nisha.

"Abang harap sangat Nisha dapat dengar semua apa yang abang cakap tadi.
Tapi,Nisha dah tidur.Takpelah..nak buat macam mana,kan? Selamat malam..Abang sayang Nisha." Itulah apa yang diucapnya hampir setiap hari.Dia mengucup dahi Nisha dan berlalu keluar.

Nisha yang menahan sebaknya sejak tadi terus menghamburkan tangisnya. "Nisha pun sayang abang.." Akhirnya dia lena bersama linangan air mata.
~~~~~~~~~~~~~
Putri Izreen melihat cermin buat kali terakhir. "Hmm..nak tukar gaya rambut tak? Asyik gaya 'ponytail' je..Bosanlah.." Putri Izreen berfikir seketika.

"Tak payah.Dah cantik dah tu." Putri Izreen terus memandang Ruiz Naufal yang sedang bersandar di pintu biliknya. "Woi,apahal masuk bilik aku ni? Tak reti nak ketuk dulu ke?"

"Cik Putri Izreen..saya dah ketuk 3 kali tahu tak? Tapi awak yang tak dengar2.
Lagipun,awak yang biarkan pintu bilik awak terbuka seluas alam.Saya pun jenguklah." Putri Izreen tersengih.Dia mengangkat tangan tanda menyerah.

"Tapi,aku rasa macam nak tukar jelah.
Bosanlah.." Ruiz Naufal mencebik. "Saya kata takyah.Mengada-ngada nak bosan."
Putri Izreen pelik. "Apahal kau tak kasi pula? Kau siapa nak halang aku?"

"Iz..saya tak nak awak jadi lain di mata lelaki lain kat universiti nanti.Biarlah diorang tengok awak yang memang macam ni.Kalau awak nak cantik2,depan saya je ye?" Ruiz Naufal tersenyum nakal. "Dan saya tuan rumah ni...or maybe your future husband,right? So,you have to listen to me,okay?"

Putri Izreen menjulingkan matanya. "Whatever..anyway,kau ke yang hantar aku hari ni?" Ruiz Naufal mengangguk. "Yup.But only for your first day.Hari lain awak kena naik Pak Mat dengan Nisha." Muka Putri Izreen jelas tidak suka.

"Saya tahu awak tak suka,tapi..nak buat macam mana.Kalau awak buat baik dengan dia,dia baiklah.Kalau awak ganas dengan dia macam awak ganas dengan saya,dia ganaslah."

"Sempat lagi kutuk aku.Yelah2..aq tak kisah pun.Janji aku pergi sekolah." Mereka turun ke bawah.Nisha yang sedang menonton televisyen melihat Putri Izreen lama.Putri Izreen berasa serba tak kena. 'Baju aku kotor ke? Hodoh sangat ke aku ni?'

Ruiz Naufal memperkenalkan Putri Izreen pada Nisha. "Nisha..ni Putri Izreen.Panggil dia Iz." Nisha bangun. "Ye2..Nisha tahu.
Mummy dah cerita semuanya.Malas nak dengar lagi.Anyway,welcome to our family.
Village girl.." Ayat terakhir itu dibisik perlahan di telinga Putri Izreen.

Dia hanya sabar. "Iz nak breakfast tak?" Putri Izreen menggeleng. "Dah lambatlah.
Nisha takde kelas ke pagi ni?" Nisha menggeleng. "Nope.Please go now both of you.Korang kacau aku nak tengok TV." Hati Putri Izreen panas. "Ouh..so sorry Nisha.Lagipun,memang tak nak lama2 kat sini.Buat sakit hati je,kan?"

Nisha menjelingnya.Ruiz Naufal yang merasakan keadaan semakin tegang terus menolak Putri Izreen masuk ke dalam kereta. "Iz..kenapa awak cari pasal dengan dia? Kan saya kata awak kena berbaik dengan dia?" Putri Izreen diam.Dia hanya memandang ke luar tingkap.

"Iz.." Panggil Ruiz Naufal lembut. "Aku bukan jenis orang yang sabar.Dan aku memang suka straight to the point.So,you have to accept me like this.Don't ever interrupt our business." Ruiz Naufal menggeleng. 'Sabar jelah Ruiz..'
~~~~~~~~~~
Putri Izreen menghabiskan notanya.Dia mengangkat mukanya.Ramai pelajar sudah keluar dari dewan kuliah.Hanya tinggal dia dan beberapa pelajar yang sedang berborak.Sedang dia mengemas barang,seseorang menyapanya.

"Hai..awak ni budak baru,kan?" Putri Izreen memandang muka budak lelaki itu.
Nampak macam muka 'playboy'. "Ye..aku budak baru,kenapa? Ada masalah ke?" Lelaki itu mengangguk. "Masalahnya awak dah curi sesuatu dari saya."

Putri Izreen pelik. "Bila pula aku curi barang kau ni? Kenal kau pun tidak..Peliklah." Lelaki itu tersenyum manis. "Awak dah curi hati sayalah." Lelaki itu mengenyitkan mata.Putri Izreen tergelak kecil. "Poyo gila kau ni.Dahlah,lebih baik aku layan beruk dari layan kau.Lelaki..semua mulut manis je."

Putri Izreen meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga. "Perempuan tu tak layan kau pun.Kesian.." Kata rakannya. "Diamlah..Menyibuk jelah kau ni."
~~~~~~~~~~~~~
Hai readers..Sorry sgt2 sbb lmbt update.Kebelakangan ni,banyak kerja nak buat..So sorry😅😅 Harao enjoy ye! Vote jgn lupa.Chaw dulu!!

Budak Kampung Vs Budak Bandar Where stories live. Discover now