Bab 5

267 7 0
                                    

Ruiz Naufal memanggil setiausahanya. "Lily..masuk sekejap bilik saya."Lily pun masuk. "Harini saya ada mesyuarat ke?" Lily menyemak jadual bosnya. "Ada tuan.Harini tuan ada mesyuarat dengan Dato' Tengku Azman pukul 4 petang nanti."

"Ok,terima kasih Lily.Awak boleh sambung buat kerja awak." Lily mengangguk lalu beredar. "Aduhh..malasnya nak mesyuarat.
Aku ni muda lagi,baru 24 tahun.Tapi,dah kena jaga sebuah syarikat.Nasib badanlah."
~~~~~~~~~~~~~~~
Ruiz Naufal mengetuk pintu itu sebelum masuk. "Assalamualaikum pakcik." Dato' Tengku Azman menjemput Ruiz Naufal duduk. "Pakcik nak bincang pasal apa dengan saya ni?" Dato' Tengku Azman tersenyum. "Pakcik ada dapat satu idea baru untuk mengembangkan perniagaan kita.

Ruiz Naufal memandang rakan kongsinya merangkap kawan baik ayahnya lama. "Idea apa pakcik? Wahh..walaupun pakcik dah berusia.Otak tetap cerdas ye.
Mengalahkan anak muda." Mereka ketawa kecil.

"Jangan pandang pakcik sebelah mata.
Pakcik ada jumpa satu tanah dekat Johor yang kosong.Itu kawasan kampung.
Takdelah maju sangat lagi kawasan tu.Tapi,
pakcik pasti bila syarikat perkongsian kita ditubuhkan..Kawasan itu pasti maju.Kita kan banyak pekerja.Lagipun,orang kampung yang pandai2 pun boleh kerja di situ." Ruiz Naufal berasa tertarik.

Mereka berbincang lama.Akhirnya,Mereka capai kata sepakat. "Baiklah pakcik,nanti saya suruh pekerja saya tengokkan tempat tu dulu dan minta kebenaran ketua kampung kat situ nak beli tanah tu.
Assalamualaikum." Mereka bersalaman sebelum Ruiz Naufal pergi.
~~~~~~~~~~~~~~
Putri Izreen memecut laju ke arah rumah Tasha.Dia memakirkan motornya di bawah pokok rendang. "Tasha..tunggu jap!!" Dia menahan Tasha yang ingin masuk ke dalam kereta. "Iz..aku ingat kau tak datang tadi." Putri Izreen menghulurkan sebuah beg kertas kepada Tasha.

"Takkan aku tak datang kot.Kau kan kawan baik aku.Nah..hadiah untuk kau.Tapi,tak seberapa sangat." Tasha memeluk Putri Izreen erat. "Aku sayang kau Iz..Kaulah kawan baik aku dunia akhirat.Aku doakan kau dapatlah tawaran universiti bagus jugak.Nanti cuti,aku melawat ye?"

Sudah berlinangan air mata Tasha.Berpisah dengan kawan,kan? Siapa tak sedih.. "Yelah..aku pun sayang kau.Jangan lupa aku ye kat sana nanti.Thanks doakan aku.Mestilah kau kena lawat aku,kalau tidak..aku sekeh kepala kau." Tasha ketawa kecil.Air matanya masih mengalir.Dia menatap muka Putri Izreen lama.

"Woi,tak payahlah sampai tatap aku macam tu.Kau nak pergi belajar je.Bukan nak bunuh diri.Insyaallah..kita akan jumpa lagi nanti.Jangan nak nangislah.Tak cantik dah kau." Putri Izreen mengesat air mata Tasha.Tasha masuk ke dalam keretanya.

"Assalamualaikum!! Aku akan rindu kau!!" Putri Izreen melambai Tasha yang sudah jauh dari pandangannya.Setitis air matanya menitik. 'Aik..aku nangis ke?' Dia mengesatnya. "Wahh..nangis ke Iz? Tak sangka kau ada juga sifat perempuan.Ingat ada perangai lelaki je."

Putri Izreen menyepak kaki Farish kuat. "Oww..oww..sakitlah tomboy." Putri Izreen mencubit bahunya. "Padan muka..kacau aku lagi.Aku ni perempuanlah.
P-E-R-E-M-P-U-A-N." Eja Putri Izreen satu2 huruf. "Yelah2..janganlah marah.Aku main2 je.Aku tahulah kau perempuan.Takkan aku buta kot?"

Putri Izreen mencebik. "Kau bila lagi nak keluar dari kampung ni? Tasha dah..Tak sabar aku nak kau keluar dari hidup aku.Menyemak je!!" Farish menjelingnya tajam. "Ouh..tak sabar ye.Takpe,jangan risau.Aku akan pergi petang ni.Kau seronoklah nanti." Farish berlalu dengan perasaan sedihnya.

"Farish..Farish!! Ala..itupun nak merajuk ke?! Gedik betul!! Farish!!" Jerit Putri Izreen.Farish hanya berlalu dengan muka monyoknya. "Ish budak ni..asyik nak merajuk je." Dia pun terus pulang ke rumahnya.
~~~~~~~~~~~~~~~
Putri Izreen membetulkan paip singki di dapur.Habis basah lencun bajunya. "Putri..Putri.Dan habis baiki belum?" Tanya Tuk Husin. "Belum Tuk.Lagi sikit je ni." Tuk Husin memandang jam di dapur.

"Dah nak pukul 4 petang dah ni.Kamu kata Farish bertolak ke bandar petang ni.Tak nak pergi rumah dia ke?" Putri Izreen menepuk dahinya. "Aduhh..Putri lupa pulak.Thanks atuk ingatkan.Tapi,singki ni macam mana?" Tuk Husin mengambil sebuah baldi hitam.

"Kamu tadahlah air yang menitik tu dengan baldi.Nanti sambung balik baiki.Pergilah rumah Farish tu.Nanti dia merajuk." Putri Izreen ketawa kecil. "Dia memang suka merajuk je.Kalah budak kecil."

Putri Izreen menukar bajunya yang basah.Dia hanya jalan kaki untuk ke rumah Farish kerana jarak rumah mereka tidak jauh.Kelihatan Farish memasukkan beg pakaiannya ke dalam kereta Saga biru. "Assalamualaikum." Farish mendongak.
"Waalaikumussalam.Aik..Iz datanglah.
Wahh..bukan budak ni ke yang nak halau aku tadi ke? Tiba2 dia pulak yang datang."

Putri Izreen tersengih. "Kau ni..cukuplah tu merajuk.Malas aku nak layan.Nah..hadiah dari aku.Jangan buka sekarang." Farish mengambil beg kertas tersebut. "Thanks..
baik juga kau ni." Putri Izreen tersenyum manis.

Farish menatap muka Putri Izreen lama. "Iz..aku akan rindu kau.Ini jujur dari hati aku.Aku tak tipu.Aku suka kawan dengan kau.Kau walaupum kasar,ganas..tapi kau baik dan jujur.Tapi,kadang2 aku terasa yang aku suka kau lebih dari kawan.Aku tahu macam mustahil,kan? Tapi inilah realiti.."

Putri Izreen terkelu.Kata2 Farish membuatkan mulutnya terkunci. "Serious babe..I will miss you." Farish masuk ke dalam keretanya. "Semoga kita jumpa lagi.Assalamualaikum." Putri Izreen tersenyum dan melambai Farish.
~~~~~~~~~~~~~

Budak Kampung Vs Budak Bandar Where stories live. Discover now