Bab 1

545 16 0
                                    

"Putri..Putri..tolong pergi sidai kain kat luar.Hari tengah panas ni." Putri Izreen bingkas bangun. "Baik nek."

Hai..aku Putri Izreen.Umur aku baru 19 tahun.Muda lagi.Aku tinggal dengan nenek dan atuk aku sejak aku Umur 5 tahun lagi.Mana pergi mak ayah aku? Malangnya,mereka dan pergi menghadap Allah Yang Satu kerana accident yang teruk.

Allahu..sedihlah kalau ingat balik.
Tunggu mak ayah kat pintu lama sebab nak sambut raya.Tapi,tak balik2 rupanya.Jadi,aku duduklah dengan nenek dan atuk yang tercinta.

Aku ni patutnya dekat universiti sekarang.
Result SPM aku..Fuhh..
Hebat..Hehe..bangga pulak.
Tapi,disebabkan aku tinggal di kampung yang agak terpencil ni..Aku tak dapatlah tawaran di mana2.Oklah..setakat tu je kot pengenalan diri aku.Ok,berbalik kepada cerita.

Putri Izreen terus mengangkat raga biru di dapur ke luar rumah. "Huih..panasnya.
Hitamlah aku macam ni." Dia terus menyidai baju2 yang basah di ampaian.
Pinn! Pinn! Sebuah motor berhenti di hadapan rumah Nek Jah. " Atuk.." Putri terus mendapatkan atuknya yang baru pulang dari surau.

"Hah..Putri.Bawa masuk bubur lambuk ni kat dapur.Tadi Pak Cik Ismail bagi."

"Fuhh..bau sedap ni.Panas pulak tu.Tak sabar Putri nak makan." Dia terus berlalu ke dapur dan mengambil sebiji mangkuk.Putri Izreen pun menuang sedikit bubur itu ke dalam mangkuknya.

"Wah..sedapnya." Dia memasukkan beberapa sudu lagi ke dalam mulutnya.Nek Jah tertawa kecil melihat Putri Izreen. "Kamu ni,kalau ye pun dan lama tak makan bubur tu..Janganlah gelojoh sangat.Tak sopan.Takde siapa nak jadikan menantu nanti."

"Ala..biarlah Takde siapa nak jadikan menantu.Putri lagi seronok duduk dengan nenek dan atuk je.Sampai tua.." Licin mangkuk Putri Izreen.Dia pun terus membasuhnya.

"Putri..Putri.Kamu ni menjawab nombor satu ye." Putri Izreen tersengih. "Esok..
kamu ikut atuk pergi kebun ye.Tolong kait kelapa.Bersihkan lalang tu.Ouh..lagi satu pergi ambil air kat perigi bawa naik atas.Nenek nak panaskan air untuk atuk." Putri Izreen mengangkat tangannya ke dahi. "Baik bos."

Dia memang dilatih sejak dulu membuat kerja2 yang agak berat.Tapi,dia tidak kisah walaupun dia perempuan.Kalau duduk kampung,kenalah biasakan diri buat kerja berat sikit.

~~~~~~~~~~~~~

Budak Kampung Vs Budak Bandar Where stories live. Discover now