Bab 7

235 8 2
                                    

Ruiz Naufal memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah kuning besar.Dia membetulkan urat lehernya. "Huh..sampai pun akhirnya." Dia membetulkan kolar bajunya dan rambutnya yang agak serabai.Businessman..mestilah kena segak dan kemas.

"Assalamualaikum!!" Jerit Ruiz Naufal kuat.Beberapa minit kemudian,seorang lelaki yang agak berusia keluar. "Waalaikumussalam.Masuklah.." Lelaki itu membuka pagar.

"Handsomenya kamu ni..mesti semua anak dara kampung ni pelik lelaki sekacak kamu ni ada kat sini.Yelah..ni kan kampung." Ruiz Naufal ketawa kecil. "Pakcik ni..Saya manusia biasa juga.Takdelah handsome mana pun.Tapi,kalau orang puji..Terima jelah.Takkan nak marah pula." Meledak ketawa mereka.

Mereka duduk di buaian yang berada di luar rumah ketua kampung tersebut. "Esah..
Esah!! Buatkan air kopi untuk kami ni!" Jerit Pak Yaakob. "Kamu ni datang sebab tanah tu ke?" Ruiz Naufal mengangguk. "Ye..Saya nak beli tanah tu untuk kembangkan syarikat.Nak dirikan ibu pejabat kat sini jugalah."

"Ouh..tinggi cita2 kamu ye." Makcik Esah meletakkan dua cawan kopi di atas meja. "Jemputlah minum." Ruiz Naufal menghirup sedikit sambil memandang sawah padi di hadapan rumah Pak Yaakob.
"Kamu ni bos ke pekerja?"

"Saya..bos.Patutnya pekerja saya yang patut jumpa pakcik.Tapi,diorang ada masalah.Saya pun datanglah." Pak Yaakob menghirup lagi airnya. "Bos? Nampak muda sangat kamu ni.Umur berapa? Dan kahwin ke? Ouh..lupa nak tanya.Nama kamu siapa?"

Ruiz Naufal tergelak kecil mendengar banyak persoalan daripada Pak Yaakob. "Saya baru 24 tahun.Walaupun muka handsome macam ni,malangnya tak kahwin lagi.Nama saya Ruiz Naufal.Pakcik boleh panggil Ruiz."

"24? Mudanya..macam mana boleh kendalikan syarikat waktu umur macam ni? Kamu boleh panggil pakcik,Pak Yaakob."

"Syarikat ni sebenarnya milik ayah saya.Tapi,ayah saya meninggal dunia tahun lepas.Jadi,saya sebagai anak sulung kenalah jaga syarikat ni.Takdelah mahir sangat lagi.Tapi,kena cuba." Pak Yaakob menepuk bahu Ruiz Naufal lembut.

"Insyaallah..kamu boleh berjaya.Pakcik akan doakan." Ruiz Naufal tersenyum. "Marilah pakcik tunjuk lokasi tanahnya.Dah nak maghrib ni.Lebih baik cepat."
~~~~~~~~~~~~~~~
Ruiz Naufal bersalaman dengan para jemaah di masjid. "Saya balik dululah Pak Yaakob.Dah lewat ni." Ruiz Naufal melihat jamnya. "Maaflah sebab tak dapat nak tumpangkan kamu kat rumah pakcik.
Kebetulan pula anak dan menantu nak balik malam ni."

"Eh..takpelah pakcik.Saya tak kisah pun.
Saya boleh cari hotel kat mana2.
Oklah,pakcik.Assalamualaikum." Ruiz Naufal menyalami Pak Yaakob.Dia masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi.
~~~~~~~~~~~~~~
"Aik..apahal kereta aku ni? Takkan rosak kot? Aduhh..lecehlah macam ni.Aku dahlah ngantuk." Keretanya berhenti di hadapan sebuah rumah kayu.Dia cuba menekan pedal..Tapi keretanya hanya bergerak sedikit sahaja.Dia pun keluar dari keretanya dan membuka 'hood' kereta.(hihi..tak tahulah betul ke tak namanya.Bantai je.)

"Apa yang rosak ni? Aku mana tahu bab2 kereta ni." Ruiz Naufal bersandar di tepi keretanya.Pinn!! Pinn!! Sebuah motor menghampirinya. "Assalamualaikum.Apa yang kamu buat kat sini?" Tanya Tuk Husin.

"Waalaikumussalam.Kereta saya ni rosak.Tapi,saya tak tahu kenapa.Dekat sini ada bengkel tak? Saya ni bukan asal sini pun.Saya dari KL." Mereka berjabat tangan.
"Bengkel memang ada..Tapi sekarang ni dah lewat.Bengkel semua dan tutup.Kamu ni ada tempat nak tidur tak? "

Ruiz Naufal menggeleng. "Hmm..kamu tidur jelah rumah atuk.Kamu dah solat isyak belum?" Ruiz Naufal mengangguk. "Saya dah jama' dengan maghrib tadi."

"Ouh..nama anak ni apa? Panggil atuk..Tuk Husin."

"Nama saya Ruiz Naufal.Panggil Ruiz." Tuk Husin mengangguk. "Jemputlah masuk rumah atuk yang biasa ni.Rumah kampunglah katakan.Harap kamu selesa." Ruiz Naufal membuka kasutnya lalu duduk di sofa.Matanya melilau melihat rumah kampung yang kemas dan cantik itu.

"Putri..Putri.Buat air kopi.Ada tetamu datang ni." Jerit Tuk Husin. "Baik Tuk." Putri Izreen segera menyiapkan seteko kopi panas.Dia meletakkan teko dan dua cawan di hadapan Ruiz Naufal.Putri Izreen menuang perlahan air ke dalam cawan.

'Macam lemah lembut je budak ni.Muka pun boleh tahan.' Kata Ruiz Naufal di dalam hati. "Putri..duduklah sini.Tolong layan tetamu ni.Buat apa yang patut.Nanti sediakan bilik untuk Ruiz tidur.Atuk kena pergi doa selamat dekat rumah Ustaz Halim." Putri Izreen mengangguk.

Putri Izreen terus duduk di hadapan Ruiz Naufal setelah atuknya pergi.Dia melihat Ruiz Naufal dari atas ke bawah. "Kenapa awak tengok saya macam tu? Handsome sangat ke saya ni?" Putri Izreen terbatuk. "Wei..tak lawaklah.Kau,Handsome? Haha..Aku rasa kau dapat anugerah orang yang ke-1...dari bawah handsome."

"Ouh..awak nak kata saya ni orang yang terakhir handsome lah ni?" Putri Izreen mengangguk. "Yup..nasib baik kau faham.Aku bukan tengok kau pun.Aku tengok baju kau.Kau ni mesti dari bandar,kan? Baju smart semacam je.."

"Aah..wahh..pandainya awak teka.
Tahniah..Tahniah." Ruiz Naufal menepuk tangannya. "Woi,jangan jadi macam budak sangatlah.Dah besar panjang pun tepuk tangan macam budak kecil." Ruiz Naufal mencebik. 'Ingat ke lemah lembut..rupanya kasar kemain.'

"Awak..nama awak apa ye? Saya Ruiz Naufal.Panggil Ruiz." Putri Izreen mengangguk. "Ruiz..Nama aku Putri Izreen.But..you don't ever2 call me Putri..
Just call me Iz,okay? And one more thing..
Kenapa kena awak-saya.Kau-aku tak boleh ke.Gelilah.." Ruiz Naufal tergelak kecil.

"Awak-saya kan lebih sopan.Kalau awak nak kau-aku..suka hatilah.Kenapa tak boleh panggil Putri..kan lebih sedap." Putri Izreen menjeling tajam. "Ish kau ni..banyak songeh pulak.Putri tu hanya ahli keluarga aku je boleh panggil..strangers should call me Iz..Understood?" Ruiz Naufal mengangguk.

"Pandai juga awak cakap bahasa inggeris."

"Ouh..kau ingat orang kampung tak pandai ke? Kitaorang pun sekolahlah." Putri Izreen mengepal penumbuknya.Ruiz Naufal berasa terhibur dengan perangai Putri Izreen.
~~~~~~~~~~~~~~~

Budak Kampung Vs Budak Bandar Where stories live. Discover now