Bab 9

240 10 3
                                    

Putri Izreen memandang Ruiz Naufal yang masih lena dengan perasaan yang geram.Dia menggoncang bahu Ruiz Naufal buat kali keempat tapi malangnya Ruiz Naufal masih di alam mimpi. "Kau ni..memang nak kena.Siaplah kau!" Putri Izreen terus keluar dari bilik.

Bushhh!! Ruiz Naufal terus bangun.Dia melihat bajunya yang sudah basah lencun.Putri Izreen hanya tersenyum sinis sambil memegang baldi. "Iz!! Kenapa kau ni?! Habislah basah aku!!" Merah padam muka Ruiz Naufal.Tuk Husin yang mendengar jeritan itu terus masuk ke dalam bilik.

"Kenapa ni? Apa yang dah jadi?" Ruiz Naufal turun dari katil. "Cucu atuk ni..Dia simbah saya dengan air.Mana saya tak marah." Tuk Husin menggeleng. "Putri..tak baik buat tetamu macam tu.Hormatlah sikit.Kejut elok2 tak boleh ke?"

Putri Izreen memuncung. "Atuk..dia ni yang liat sangat nak bangun.Putri dah kejut dia empat kali tau..Empat kali..dia tetap tak bangun juga.Putri pun simbahlah air.Itupun nak marah.Aku lagi penatlah nak kejut kau! Orang kejut sebab nak suruh pergi solat subuh! Bukan nak suruh buat dosa!"

Ruiz Naufal terkelu. "So-sorry..Saya minta maaf sebab susahkan awak.Saya patutnya berterima kasih sebab kejutkan saya." Putri Izreen hanya berlalu keluar. "Dahlah Ruiz..Putri tu mana pandai merajuk.Dia susah nak kecil hati.Nanti eloklah dia.Kamu pergi mandi.Kita pergi solat subuh dekat surau."

Ruiz Naufal mengangguk perlahan.Dia membonceng motor Tuk Husin ke surau.Putri Izreen dan Nek Jah pula hanya berjemaah di rumah.

"Putri..pergi panggil Ruiz dengan atuk sarapan.Nenek dah siap masak ni." Putri Izreen menghampiri mereka di ruang tamu. "Tuk..jom sarapan.Dah siap dah tu." Tuk Husin berlalu ke dapur.Ruiz Naufal sempat menahannya sebelum dia berlalu pergi. "Saya? Awak tak nak ajak makan ke? "

Putri Izreen menjeling. "Kau dengarkan aku ajak atuk sarapan.Datang jelah kat dapur.Takkan nenek nak bagi kau mati kebulur dekat depan ni.Kalau aku...aku tak kisah pun."

"Awak marah saya lagi ke pasal pagi tadi? Sorrylah ye..Saya tak berniat nak marah pun.Sorry okay? Senyum sikit.Barulah manis." Putri Izreen hanya masam mencuka.

"Apa2 jelah.Buat apa aku nak marah kau lama2 pun.Bukan dapat apa pun.
Dahlah,cepatlah ke dapur.Atuk dan nenek dah lama tunggu tu.Lembaplah kau ni." Ruiz Naufal mengekori dari belakang dan duduk di sebelah Tuk Husin.

"Putri..cedokkan bihun tu dalam pinggan Ruiz." Putri menggeleng.

"Ala..dia kan ada tangan.Pandailah dia ambil sendiri." Dia mencedok bihun ke dalan pinggannya. "Putri..tak baiklah cakap macam tu depan tetamu.Cedokkan jelah.
Bukan susah pun." Putri Izreen membebel perlahan.

Ruiz Naufal hanya tersenyum manis melihat muka Putri Izreen yang masam.
Comel! "Thank you,Iz." Kata Ruiz Naufal lembut.Putri Izreen terkedu mendengar suara Ruiz Naufal yang lembut. 'Aduhh..Kenapa jantung aku ni laju sangat? Aku bukan lari 500 meter pun tadi.' Putri Izreen meneruskan suapannya.
~~~~~~~~~~~~~
Ruiz Naufal membetulkan rambutnya.Dia melihat bilik itu buat kali terakhir.
Walaupun rumah kampung,dia tetap selesa.Kejadian malam tadi menjengah kepalanya.Dia tergelak kecil.Mukanya sangat kelakar.Dia pasti akan merindui telatah Putri Izreen.

"Ruiz..mari sini.Atuk nak cakap sikit dengan kamu." Ruiz Naufal duduk di sofa kayu di ruang tamu. "Ye atuk.Macam serious je." Tuk Husin mengangguk. "Memang serious pun.Atuk nak bincang pasal Putri." Putri Izreen dan Ruiz Naufal terkejut. "Atuk nak kahwinkan kami ke?" Kata mereka berdua serentak.Mereka saling berpandangan dan terus tunduk.Malu..

Tuk Husin dan Nek Jah ketawa. "Jauhnya kamu berdua fikir.Atuk nak bincang pasal lainlah.Kenapa? Nak kahwin ke? Boleh je.." Putri Izreen tersentak. "No..No..No..Putri dengan dia.Memang taklah!" Ruiz mengangkat keningnya. "Apa salahnya?" Putri Izreen memijak kaki Ruiz Naufal kuat.

"Oww..Oww..ok2.Janganlah marah.Main2 je." Tuk Husin dan Nek Jah tersenyum melihat mereka.Memang sepadan walaupun asyik bergaduh. "Atuk nak minta tolong Ruiz sikit.Macam yang kamu tahu.Kami ni duduk kampung.Putri ni dah 19 tahun.Keputusan dia bagus.Tapi,tak dapat2 tawaran ke mana2.Jadi,atuk minta tolonglah bawa dia ke bandar.Tolong carikan universiti yang bagus untuk dia.Kami ni dah tua,tak larat nak pandu jauh2 pergi sana." Rayu Tuk Husin.

Ruiz Naufal berasa serba salah.Putri Izreen terus berdiri. "Putri takkan pergi ke bandar dengan lelaki ni Tuk.Putri pasti nanti Putri akan dapat tawaran juga.Putri tak nak tinggalkan nenek dengan atuk buat masa sekarang." Dia terus berlari keluar rumah tanpa menghiraukan panggilan atuknya.

"Haish budak ni..Keras kepala betul.Sama je dengan maknya." Ruiz Naufal mengeluarkan telefon bimbitnya. "Saya okey je.Tapi,saya kena tanya mummy saya dulu.Takut dia tak kasi." Tuk Husin mengangguk.

"Assalamualaikum mummy.Ruiz ni.Ruiz sihat je.Ruiz nak balik dahlah ni.Ruiz nak tanya mummy sesuatu." Ruiz Naufal memberitahu hasrat Tuk Husin kepada Datin Elina.Dahinya berkerut mendengar jawapan Datin Elina.
~~~~~~~~~~~~~~
Jeng..Jeng..Jeng..Apalah agaknya jawapan Datin Elina.Bacalah bab seterusnya ye! Jangan lupa vote! Thank you!





Budak Kampung Vs Budak Bandar Where stories live. Discover now