PAP!"Aduh,sakitlah!."
"Jangan tidurlah,kita tengah bekerja sekarang!,"marah Taeyeon. Sesuka hati Baekhyun sahaja mahu tidur,maka Taeyeon pun menggunakan kuasa vetonya sebagai penolong ketua untuk mengejutkan Bacon itu.
Baekhyun mencebik,"Alah,kes kita bukankah sudah selesai?Bolehlah kita--,"
Pintu bilik penyiasatan kumpulan EXOSHIDAE tiba-tiba dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu. Suho tiba di bilik sambil termengah-mengah. Manik-manik peluh menghiasi dahinya.
"What's up,Suho hyung?,"tanya Kris yang sedang santai duduk di atas sofa.
Bilik EXOSHIDAE agak mewah dan canggih,seperti bilik-bilik agensi penyiasat yang lain. Di tengah-tengah bilik,ada televisyen dan sofa santai. Di kiri dan kanan bilik ada 9 dan 12 meja kerja untuk ahli perempuan dan ahli lelaki.
Selain itu,ada juga meja-meja untuk mengkaji DNA,cap jari,pita video,mikroskop dan sebagainya untuk mencari bahan bukti.
"Berkumpul di bilik mesyuarat. Sekarang,"arah Suho selepas pernafasannya kembali stabil selepas berlari-lari tadi.
Baekhyun mengeluh. Nampaknya,EXOSHIDAE akan menerima kes yang baharu untuk dilaksanakan.
Di bilik mesyuarat(seperti dalam media)semua ahli kumpulan perlahan-lahan duduk di kerusi yang disediakan.
"Tiff,berhenti baca majalah. Tao,jangan letak kaki atas meja. Kai,Soo,Yoon,berhenti makan ayam kamu. Jess,jangan tidur,"tegur Suho,menggeleng-geleng melihat telatah ahli-ahlinya.
Kris tiba-tiba menutup hidungnya,"Stop eating!Chicken is not my style."Kata-katanya mengundang tawa ahli-ahli yang lain.
"Okay,stop laughing!Semua tumpukan perhatian!,"semua perhatian terus terarah ke arah Suho.
Suho membuka komputernya yang disambungkan ke projector. Terpampang maklumat identiti dan gambar seorang lelaki yang bertopeng putih pada skrin putih di belakangnya.
"Ketua Lee telah memberikan kita satu kes baharu,yang dinamakan 'The Masked Man'."
"Lelaki ini masih tidak dijumpai identiti dan wajah sebenarnya kerana dia melakukan jenayah dengan memakai topeng putih. Dia sangat misteri dan berbahaya,kerana dialah dalang sebenar kes pembunuhan keluarga yang sudah diselesaikan itu,"ujar Suho kepada ahli-ahli kumpulannya dengan lantang dan jelas.
Sehun mengangkat tangannya untuk menanyakan soalan. Suho mengangguk,memberi keizinan.
"Jadi,siapa yang kita berkas hari itu?,"tanya Sehun dalam nada yang serius.
Suho meneguk air kopinya,"Saya percaya,kita hanya memberkas orang kanannya. Dipercayai lelaki ini memiliki ramai orang kanan untuk membantunya melalukan jenayah pembunuhan."
"Oleh itu,kita telah dipertanggungjawabkan untuk memberkas salah seorang orang kanannya terlebih dahulu untuk mengetahui agenda sebenar The Masked Man. Kemudian,barulah kita memberkas dalang yang sebenar-benarnya."
Setiap kata-kata Suho dicatat dengan penuh serius oleh ahli-ahli kumpulan EXOSHIDAE yang lain.
Hyoyeon bertanya,"Bila kita akan bermula?."
"Minggu depan,hari Isnin. Kita akan berkumpul di sini pada pukul 4 petang,arasseo?."
"Baiklah,ketua!."
Suho tersenyum melihat semangat ahli-ahlinya.
Tamat mesyuarat,Suho melangkah ke arah meja kerjanya,tetapi terhenti selepas merasakan bahunya dipegang seseorang.
"Joonmyeon hyung,are you sure you want to do this?,"tanya Lay dengan muka yang gusar.
Suho memegang kedua-dua belah bahu Lay,"I'm sure,Yixing. Kita boleh lakukan jika kita bekerjasama."
Lay hanya tercegat selepas Suho meninggalkannya.
"Inilah masanya,Edward."
Siapa Edward?
......................................................
I'm backkkk:))))
Harap chapter ni tak boringlah. Chapter yang akan datang pasti tidak mengecewakan anda;)
Thank you for reading!Nak tinggalkan vote or comment?Silakan:)
Saya akan bekerja lebih keras. Thanks again!!!^_^
My friend,xoloveyoong,please read this,hehe. I made this for you,cause you like thriller,right?Hehehehe
YOU ARE READING
THE MASKED MAN(EXOSHIDAE//MALAY FF)
Mystery / Thriller"Kamu semua tidak akan dapat menghalang aku. Sekali aku membuat tindakan,kamu semua akan binasa."-The Masked Man "Lelaki jahat itu akan dihentikan segala agendanya,walau apa jua cara sekalipun!,"-Suho "Usaha sahaja tidak cukup. Kita perlukan kerja...