Unknown's POV
"Lembab!"
Teriak seseorang di hujung talian dengan marah sekali.
Dia mengeluh,"Maafkan saya-,"
"Tiada maaf bagimu!Mengapa kamu ini terlalu lembab sangat?!Sepatutnya kamu sudah lama membunuh mereka!."
Giginya diketap,menahan geram.Bosnya itu terlalu garang,sedangkan tugasnya hanya sebagai stalker,bukanlah killer.
"Apa yang boleh saya buat untuk puaskan hati bos?."
"Aku mahu kau bunuh salah seorang daripada mereka!Jika misi ini gagal lagi,nyawa kau akan tamat!."
Tutt-Tutt
Dia melepaskan keluhan berat.Kini dia benar-benar rasa terbeban.
End of POV
Petang itu,Kai dan Yuri ditugaskan untuk menjejaki lokasi baharu The Masked Man dengan bantuan kumpulan perisik agensi mereka,Kumpulan Super Junior.Mereka hanya berdua-duaan di dalam bilik EXOSHIDAE.Ahli-ahli lain ada yang mengambil cuti sehari atau melencong ke mana-mana.
"Tidak adil sungguh!Mengapa hanya kita sahaja yang bersusah-payah buat semua ini?,"rungut Yuri sambil menghempaskan mukanya ke atas papan kekunci komputer."Rosak keyboard itu nanti,"tegur Kai dalam nada suara mendatar.Dia masih serius dalam melakukan kerjanya.
Yuri memutarkan anak mata sendiri lalu bangun dari duduknya,bercadang mahu pergi ke pantri.Dia sempat menoleh,"Mahu pesan apa-apa?."
"Espresso panas satu,"balas Kai sambil tersenyum senget kepada Yuri.
"Coming!,"balas Yuri sambil membuka pintu pantri.
Di dalam pantri,Yuri pun membancuhkan air untuk dirinya dan Kai.Berkerut keningnya tatkala menggunakan mesin pembancuh kopi tersebut.
Tiba-tiba,mulutnya ditekup sesuatu.Pandangan Yuri mula menjadi kabur dan gelap akhirnya.Dia terus rebah tidak sedarkan diri.Mesin kopi itu pula dibiarkan masih berfungsi sehingga air kopi di dalam mug melimpah-limpah sehingga tertumpah di atas tubuh Yuri.
Sementara itu,Kai masih fokus melakukan kerjanya."Kau sedang buat apa?"
"Soalan apa kau tanya ini,Yul?Tentulah aku sedang mencari lokasi Edward."
Nampaknya,Kai terlalu fokus sehingga tidak boleh membezakan suara Yuri dengan suara orang lain.
"Bagaimana kalau aku ini,bukan Yuri?"
Kai mula mahu menoleh,tetapi mulut lelaki itu terus ditekupkan sehelai tuala kecil sehingga rebah dari kerusi yang didudukinya.
Si dia terus mengukirkan senyuman jahat,gembira misinya berjaya.
Sejam kemudian
Ahli-ahli kumpulan SuJu pun masuk ke dalam bilik EXOSHIDAE untuk menjenguk Kai dan Yuri yang berada di dalamnya.
Leeteuk merasakan ada sesuatu yang tidak kena,yang menimbulkan sangsi dalam hatinya.Seboleh mungkin dia cuba menolak perasaan negatif itu.Dia yakin,kedua-dua mereka berada dalam keadaan selamat.Sebaik sahaja pintu dibuka,bunyi mesin bancuh kopi jelas menjengah pendengaran mereka.
Dua buah komputer penjejak lokasi menggunakan satelit masih terbuka tanpa tertutup suisnya.Tetapi,dua orang ahli yang berkulit hitam manis itu tidak pula kelihatan.Perasaan negatif yang cuba ditolak tadi mula menjengah lagi ke hati Leeteuk.
"Mungkin mereka pergi bancuh air kopi,"tebak Kangin sambil melangkah ke pantri di bilik itu.Semakin dia mendekati pantri,semakin jelas bunyi mesin bancuh kopi di dalamnya.
Pintu pantri pun perlahan-lahan dibuka. Tetapi tiada sesiapa pun di dalamnya.Yang ada hanyalah sebuah mug yang berlimpah-limpah air kopi sehingga ke lantai pantri.Sebuah mug lagi hanya terbiar di sebelah mesin tersebut.Segera Kangin menutup suisnya.Bau kuat air kopi terus menusuk hidungnya.
"Hey,pantri ini terbiar!Tidak mungkin mereka hanya biarkan kopi-kopi yang dibancuh itu terbengkalai begitu sahaja?,"beritahu Kangin sambil mengurut dagunya.
YOU ARE READING
THE MASKED MAN(EXOSHIDAE//MALAY FF)
Mystery / Thriller"Kamu semua tidak akan dapat menghalang aku. Sekali aku membuat tindakan,kamu semua akan binasa."-The Masked Man "Lelaki jahat itu akan dihentikan segala agendanya,walau apa jua cara sekalipun!,"-Suho "Usaha sahaja tidak cukup. Kita perlukan kerja...