CHAPTER 10:Irene's Old Story

222 12 13
                                    

Esoknya,mereka pun menaiki kereta sewa yang dipandu Kris ke apartmen yang didiami Irene dan teman serumahnya.

"Tidak sabar aku mahu jumpa Irene,"ujar Sehun dengan gembira.

"Gatal!Mentang-mentang dia lawa,"kata Seohyun sambil menumbuk bahu Sehun perlahan.

"Aku memang tengah gatal sekarang. Tolong garukan!,"balas Sehun sambil nembuat gaya monyet. Malangnya,wajah Sehun yang kacak tidak padan dengan gaya monyet yang dibuatnya.
Sekali lagi Seohyun menumbuk bahunya. Lebih kuat.

Sehun hanya mencebik sambil mengusap bahunya yang kesakitan.

Mereka pun tiba di destinasi mereka. Tersergam indah sebuah apartmen mewah dan tinggi di hadapan mereka.

"Mesti dia orang kaya,"ujar Jessica dengan mata dan mulut terbuka luas.

Taeyeon berjalan menuju ke arah kaunter pernyataan apartmen itu.

"Ini apartmen atau hotel?,"tanya Chanyeol sambil berpusing-pusing,melihat ke sekeliling lobi.

"Ada tidak seorang penginap yang bernama Irene Bae Joo Hyun?,"tanya Taeyeon dalam bahasa Inggeris.

Wanita penjaga itu hanya menggeleng sambil melihat senarai nama penginap apartmen di skrin komputernya.

Taeyeon menjadi buntu,tidak tahu mahu bertanya apa lagi."Bagaimana sekarang,Suho?."

  Suho juga sedang berfikir sambil mengurut dagunya sendiri. Keningnya berkerut,cuba memerah otak.
"Aku akan hubungi Taeyong,"ujar Suho sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Hanya ketua kumpulan NCT U itu sahaja yang boleh diharapnya.

Taeyong:Hyung!Kenapa call saya?Mahu tahu cara memikat hati perempuan dengan kaedah paling-
Suho:God dammit,Taeyong!Be serious please!
Taeyong:Mianhei,hyung.
Suho:Tolong beritahu alamat rumah Irene.
Taeyong:That pretty girl Irene? Ahh she's perfect-
Suho:Don't change the topic,Taeyong!
Taeyong:Arasseo,arasseo. Dia tinggal di rumah bernombor 32.
Suho:Okay bye!

Talian telefon terus dimatikan,malas mahu melayan Taeyong yang suka benar menukar topik,malah lebih tertarik dengan perempuan.

"Okay,guys. Jom kita ke bilik Irene."

       

Kumpulan tersebut pun tiba di rumah Irene dan rakannya. Terpampang papan tanda bertulis "WELCOME" di hadapan pintu,bagai menyambut kedatangan mereka semua.

Taeyeon perlahan-lahan menekan loceng di tepi pintu rumah untuk beberapa kali.

"Wait a minute!,"kata suara lembut milik seorang gadis dari dalam rumah.

Perlahan-lahan pintu rumah dibuka. Muncul seorang gadis yang memakai sweater kuning dan berkaca mata bulat. Rambutnya pula diikat ponytail(di media).

Semua orang kelihatan terkejut apabila melihat kecantikan gadis di hadapan mereka.

"Can I help you guys?,"tanya gadis itu dengan lembut.

"Kami mencari Irene Bae JooHyun. Adakah dia ada di dalam rumah ini?,"tanya Taeyeon dalam nada serius,cuba berlagak profesional.

Gadis itu mengangguk,"Sayalah Irene Bae JooHyun."

Taeyeon terus menunjukkan kad identitinya lagak seorang polis,"Kami dari SM Interregation Agency di Korea ingin menyoal siasat cik Irene."

Kening Irene berkerut seketika selepas melihat kad identiti yang dipegang Taeyeon dengan bersemangat.
"Unnie pegang kad itu terbaliklah,"tegur Yoona sambil mengerling Taeyeon.

THE MASKED MAN(EXOSHIDAE//MALAY FF)Where stories live. Discover now