CHAPTER 15:The Day

213 9 1
                                    

   Edward terus didudukkan di atas kerusi di bilik soal siasat dengan kasar.Lelaki itu pula langsung tidak melawan.Dia hanya diam sambil merenung meja.

  Semua ahli mengelilingi meja sebelum memulakan sesi soal siasat Edward.

  "Tell us,kenapa kau bunuh ramai orang?Apa salah mereka?,"tanya Suho dengan serius,tetapi Edward masih berdiam.

  Tiba-tiba,meja itu dihentak kuat,"Tell us,NOW!!."

  Jeritan itu turut membuatkan ahli-ahli lain kecut perut dan seakan mahu terkucil.Jarang mereka saksikan sisi peribadi Suho yang begitu garang selama mereka mengenali lelaki itu.

  Suho terus mendesak Edward berkali-kali,tetapi lelaki itu hanya senyap.

  "Ambilkan tali untuk melibas."

  Kris terkebil-kebil apabila Suho memandangnya."Tunggu apa lagi?Cepatlah ambil!."

   Lelaki itu terus tersentak apabila dijerkah Suho lalu berlari keluar untuk mencari tali.

  Seutas tali hitam dihulurkan kepada Suho."Chan,aku mahu kau libas dia sekuat hati."

  Edward terus mengangkat mukanya lalu mempamerkan ekspresi takut.

  Chanyeol terus membuka sedikit zip belakang baju banduan yang dipakai Edward untuk memudahkannya bagi melibas tubuh lelaki itu.

  PIAP!!!"Argh!!,"Edward menjerit kesakitan apabila belakang badannya dilibas dengan kuat.Terangkat badannya apabila dilibas sebegitu.Rasa perit dan pedih betul-betul mencengkam.

  "Beritahu cepat!,"arah Suho dengan lantang.

  "Mereka..ialah musuh aku...Mereka lah yang terlibat dalam kegiatan mahu mencuri semua harta aku.Pada masa itu,aku seorang hartawan.Harta aku sangat banyak.Maka,ramai orang mencemburui aku dan bercadang untuk merampas segala harta aku."

   "Disebabkan merekalah,ahli-ahli keluarga aku dibunuh.Aku juga rela melepaskan anak perempuan aku begitu sahaja.Bertahun-tahun aku diselubungi ketakutan kerana aku tahu masih ramai musuh aku di luar sana.Suatu hari,aku menyelamatkan seorang budak yang hampir lemas di sebuah sungai.Aku didik dan latih dia supaya menjadi anak buah aku.Dengan adanya dia,semakin berkembang kelompok anak-anak buah aku.Aku hanya memberikan arahan dan duduk goyang kaki.Segala jenayah-jenayah pembunuhan itu semuanya dilakukan anak-anak buah aku."

   Taeyeon turut mengajukan soalan,"Apa agenda kau yang sebenarnya?."

  Edward hanya membisu,tidak menjawab.

  Chanyeol tanpa ragu-ragu terus memberikan satu lagi libasan pada belakang tubuh Edward.Hampir terjatuh dari kerusi lelaki itu dek libasan kuat tersebut.

   "Ergh...Aku mahu lenyapkan semua keturunan musuh-musuh aku itu,barulah dendam aku akan terbalas."

  "Tidakkah kau terlalu mengikut perasaan,sehingga mahu membunuh semua keturunan musuh kau?Mereka yang tidak bersalah pun kau mahu bunuh.Kenapa kejam sangat?!"kata Chanyeol yang berada di sebelah Edward.

   Edward hanya diam mendengar kata-kata Chanyeol itu.

   "Kau tidak sepatutnya membunuh saudara yang ada kaitan dengan musuh-musuh kau.Sepatutnya kau sudah melaporkan kejadian itu kepada pihak polis atau agensi kami,jika musuh-musuh kau berbuat sesuatu yang buruk terhadap engkau.Pendek akal sungguh,"kata Sooyoung sambil menjeling tajam ke arah Edward.

  "Biar kita selesaikannya di mahkamah saja."

  Perbicaraan di mahkamah berakhir dengn jayanya.Edward dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas jenayah-jenayah pembunuhan yang dirancangnya selama ini.Lelaki itu hanya menerimanya dengan rela.

THE MASKED MAN(EXOSHIDAE//MALAY FF)Where stories live. Discover now