CHAPTER 14:Bloody Gun

202 14 0
                                    

   Bermulalah misi kumpulan EXOSHIDAE yang ingin menuntut bela kematian Yuri dan Lay dengan menyerang mansion milik Edward Bae JiSung.

   Segala persediaan untuk pergi menyerang juga sudah disediakan.Keadaan senjata dan peluru perlu berada dalam keadaan baik dan cukup untuk berperang.

   Talian radio telekomunikasi juga perlu berada dalam keadaan baik dan taliannya juga perlulah  lancar untuk berhubung sesama sendiri.

  Kumpulan itu akan ke mansion tersembunyi The Masked Man dengan menaiki dua buah helikopter yang tentunya dipandu Kris dan Taeyeon.

   "Baiklah,semua persiapan dan alatan berada dalam keadaan baik.Helikopter juga baik-baik sahaja tanpa sebarang kerosakan,"beritahu Jaehyun dan Ten dari kumpulan NCT U yang juga mekanik kumpulan mereka.

  Suho mengangguk sahaja,"Baiklah,terima kasih,Jaehyun,Ten."

   Taeyeon dan Kris memakai ear muff di telinga mereka lalu masuk ke dalam helikopter.Kedua-duanya memeriksa alat-alat kawalan helikopter tersebut."Sila bersiap sedia.Goo dan Galaxy Heli akan berlepas sekarang,"umum Kris melalui mikrofon pada ear muffnya.

    Ahli-ahli yang lain terus menaiki kedua- dua helikopter tersebut dengan ear muff masing-masing.

  Jaehyun dan Ten memandang tablet pemeriksa cuaca pada tangan mereka lalu menunjukkan thumbs up kepada Taeyeon dan Kris,menandakan keadaan cuaca sekarang berada dalam keadaan baik.

   Kipas helikopter mula berputar perlahan lalu kelama-lamaan semakin laju sehingga terangkat helikopter itu."Berlepas!,"kata Taeyeon sambil menarik alat kawalan helikopter.

   Akhirnya,kedua-dua helikopter selamat berada di udara.

   

   "Pandai betul Edward bersembunyi.Mesti di hutan juga tempat persembunyiannya,"ujar Sehun sambil memandang permandangan di sekeliling Galaxy Heli yang dinaikinya.

   Kai yang berada di sebelah Sehun hanya diam membisu.Dia kelihatan sedang menggelamun.

   "Aku akan turunkan kamu semua di sini.Sila bersiap sedia dengan hook masing-masing,"ujar Kris sambil menghentikan helikopternya daripada bergerak.Suho memandang ke bawah dengan sebuah binokular,cuba mencari tempat sesuai untuk turun ke bawah.Sepucuk pistol hook dicapai lalu ditembak ke lokasi.

   "Aku akan turun dahulu,kemudian baru yang lain menyusul.Okay?,"Suho terus mengenakan pencangkuk pada tali hook lalu meluncur  turun ke bawah,seperti bermain flying fox.

     "All clear!,"beritahu Suho kepada Xiumin melalui radio telekomunikasi."Baiklah semua,mari kita turun!."

   Bergilir-gilirlah ahli lelaki turun meluncur ke bawah sana,mengikut jejak ketua kumpulan mereka.

    Di Goo Heli pula,Sunny ialah orang pertama untuk turun ke bawah.Mereka tidak gayat kerana sudah dilatih bertahun-tahun oleh agensi mereka.

   Kai dan Yoona tidak turun ke bawah kerana perlu mengawasi drone milik kumpulan mereka di dalam helikopter.Selepas kematian Yuri,Yoona menggantikan tugas gadis itu sebagai pengawal keselamatan kumpulan melaui komputer dan drone kumpulan mereka.

  "Good luck for your first mission as a drone controller,Yoona-ya,"ucap Kai sambil memandang Yoona.Helikopter mereka berdua hanya berhenti sebelah-menyebelah sehingga Kai boleh nampak Yoona dengan jelas.

  Yoona mengukirkan senyuman paling manis,"Gomawo,Jongin."

   

  "Move!,"arah Suho lalu mereka pun berlari ke hadapan sedikit.

THE MASKED MAN(EXOSHIDAE//MALAY FF)Where stories live. Discover now