CHAPTER 8

265 14 27
                                    

   Matanya perlahan-lahan dibuka.Pandangannya terasa kabur dan kepalanya terasa pening.

   "Aku...di mana...?."

  Selepas pandangannya menjadi jelas,kelihatan dia sedang berada di dalam sebuah bilik yang sangat gelap dan hanya sedikit cahaya yang menerangi bilik tersebut.

 Dia cuba menggerakkan tangannya,tetapi dia merasakan kedua-dua belah tangannya sudah digari ke dinding bilik.Dia memandang ke sebelahnya,kelihatan ahli-ahli kumpulannya yang lain juga digari ke dinding sepertinya,tetapi mereka masih belum sedarkan diri daripada pengsan mereka.

   "Sudah bangun,Kim Joon Myeon?."

 Suho mengangkat mukanya dan membuntangkan matanya.

 "Jonghyun..."

  PUNCH!

  Suho hanya mampu memejamkan matanya,menahan keperitan di pipi.

 Matanya merenung tajam ke arah Jonghyun.

  Siapa sangka,kawan baiknya pada masa dulu,akan menjadi musuhnya?

 Jonghyun tersenyum sinis sambil tangannya menarik rambut blonde Suho.

 Suho hanya mengetap giginya.Tangannya sudah digari,dia tidak boleh berbuat apa-apa."Kau mahu apa,Jonghyun?"

"Tidak sangka,bukan?Kawan baik kau..,"

  Jonghyun berbisik di telinga Suho,"Bukan Kim Jong Hyun yang dahulu lagi?."

 Suho memalingkan kepalanya.Rasa marah terhadap Jonghyun sudah semakin membuak-buak.

 Jonghyun ialah kawan baiknya ketika mereka masih kecil.Suho dan Jonghyun sangat rapat seperti adik-beradik,sehinggalah berlaku suatu kejadian yang menyebabkan mereka berpisah.

Berbelas tahun dahulu

 "Jjong!."Jonghyun mengangkat kepalanya sambil tersenyum melihat Joonmyeon berlari anak ke arahnya.

  Pagi itu,Joonmyeon dan Jonghyun bermain bersama-sama di sebuah sungai berdekatan taman perumahan mereka.

  "Joonmyeon,mari kita mandi bersama!,"ajak Jonghyun yang sudah menukar pakaiannya.

  Joonmyeon yang ketika itu masih kecil,hanya mengikut ajakan Jonghyun tanpa berfikir tentang keselamatannya jika berenang di sungai tersebut.

 Sungai itu mempunyai kedalaman air sedalam 7 kaki(random jeXD) jika terus berenang ke tengah.Mereka terus mandi tanpa memikirkan bahaya yang akan datang.

 "Joon,jom kita ke tengah!,"ajak Jonghyun,tidak puas mandi dalam air yang sudah mencecah hingga ke bawah dadanya.

  Joonmyeon menggeleng.Dia takut jika kawasan tengah sungai itu terlalu dalam.Kerana tubuhnya yang kecil,air yang hanya sampai ke bawah paras dada Jonghyun kini berada pada paras lehernya,itupun jika Joonmyeon melompat-lompat sedikit.

 "Penakut!Tidak pandai berenang!,"ejek Jonghyun lalu ketawa.Joonmyeon mencebik,tetapi dia tetap tidak akan mengikut Jonghyun ke tengah.

 "Suka hati kaulah mahu ejek aku,tetapi aku tetap tidak akan ikut kau,Jjong!."

 Jonghyun pun terus berenang ke tengah lalu menjelirkan lidah untuk mengejek Joonmyeon."Pendek!."

   Joonmyeon hanya memutarkan anak mata.

  "Air di sini sangat sejuk dan jernih.Rugi kamu tidak berenang ke sini,Joon!,"kata Jonghyun sambil merecik-recikkan air.

  "Cepatlah mandi,aku sudah menggigil ini.Siapalah yang mahu mandi pagi-pagi,Jjong!,"desak Joonmyeon yang sudah duduk di tebing.

THE MASKED MAN(EXOSHIDAE//MALAY FF)Where stories live. Discover now